About SEDA Policies Net Metering Feed-in Tariff (FiT) Statistics & Monitoring Download & Media Directory Events & Trainings
ANNOUNCEMENTS
Jobs@SEDA - Audit Assistant – Internal Audit Unit   11/07/2018
Jobs@SEDA - Program Manager for Component 2 – Awareness and institutional capacity development, Green Technology Applications for Low Carbon Cities (GTALCC) Project, Energy Demand Management Unit   06/07/2018
Jobs@SEDA - Program Manager for Component 3 - Low carbon technology investments in cities, Green Technology Applications for Low Carbon Cities (GTALCC) Project, Energy Demand Management Unit   06/07/2018
Inaugural Town Hall Session: RE Industry With YB Puan Yeo Bee Yin, Minister of Energy, Technology, Science, Climate Change & Environment   05/07/2018
Reinstatement of Fees for Testing & Commissioning Witnessing for Solar PV under the Community Category   22/06/2018
Continuous Development Programme (CDP) for SEDA Malaysia Grid-Connected Solar PV Systems Design Qualified Persons (QPs)   25/04/2018
Guideline on Solar Photovoltaic Installation under Net Energy Metering (NEM) Scheme, 8th February 2018.   16/03/2018
Seminar on Energy Audit Conditional Grant (Commercial & Industry) under the RMK-11   15/02/2018


Home  »  Announcements


Tawaran Penyertaan "Projek Sistem Pemantauan Solar PV Nasional dan Pengkalan Data" Kepada Pemegang Kelulusan Galakan (PKG/FiAH) yang Berminat (Kapasiti maksima 1000kW)
 

LATAR BELAKANG 

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia) akan membangunkan projek Sistem Pemantauan Solar PV Nasional dan Pengkalan Data di pepasangan sistem solar PV di bawah mekanisma Feed-in Tariff (FiT) yang terpilih.Tujuan utama projek ini adalah untuk membangunkan sistem web portal dan pengkalan data dengan menyediakan platform pemantauan prestasi secara terus dari pepasangan solar PV di peringkat Nasional. Projek ini yang akan melibatkan sebanyak 120 pepasangan solar di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah dijangka bermula pada Ogos/September 2017 dan diselesaikan pada Q2 2018. 

 

KRITERIA PEMILIHAN

  • Pemegang Kelulusan Galakan (PKG) di bawah mekanisma Feed-in Tariff (FiT) 
  • Kapasiti maksima pepasangan solar PV adalah 1000kWp
  • Penyertaan tertakluk kepada first come first serve basis
  • Pemilihan sistem adalah tertakluk kepada SEDA Malaysia

 

MANFAAT MENYERTAI PROJEK

Pemegang Kelulusan Galakan (PKG) yang terpilih untuk menyertai projek ini akan memperoleh manfaat seperti berikut;

  • Kos pemasangan peralatan hardware bagi sistem pemantauan PV termasuk di pepasangan PKG akan ditanggung oleh SEDA Malaysia;
  • Yuran langganan internet selama empat (4) tahun bagi kegunaan sistem pemantauan solar PV di pepasangan PKG akan ditanggung oleh SEDA Malaysia;
  • PKG boleh mengakses historical data dan laporan pemantauan bagi pepasangannya di webportal secara percuma, dengan ini prestasi pemasangan berbanding sistem-sistem lain dapat dikenalpasti; dan
  • Segala maklumat dan data peribadi PKG dianggap sulit dan tidak didedahkan kepada umum di dalam webportal sistem ini. 

 

BORANG PENYERTAAN

SEDA Malaysia memohon kerjasama daripada semua PKG yang berminat untuk memberi maklumbalas penyertaan projek ini dengan mengisi borang yang telah dilengkapkan seperti lampiran di bawah sebelum 30 August 2017 (Rabu). SEDA Malaysia akan memaklumkan kontraktor yang berjaya dilantik kepada pihak Tuan/Puan bagi tujuan akses dan perlaksanaan Projek.

 

PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI

Sebarang pertanyaan, pihak tuan/puan boleh menghubungi pegawai SEDA Malaysia iaitu;

a)     En. Mohd Amirshaifulrazain Abu Zaini di talian 03-8870 5856 dan email amir@seda.gov.my

b)     En. Mohd Idham Mohammad di talian 03-8870 5824 dan email idham@seda.gov.my

c)     En. Haniff Ngadi di talian 03-8870 5626 dan email haniff@seda.gov.my.

 

Surat & Borang Maklumbalas

 
Copyright © 2018 SEDA Malaysia. All Rights Reserved.
Terms and Conditions of Use Links Enquiry Contact Us FAQs Sitemap