About SEDA Policies Net Metering Feed-in Tariff (FiT) Statistics & Monitoring EE Download & Media Directory Events & Trainings
ANNOUNCEMENTS
Sebut Harga SEDA(SH)-11/2018 : Perolehan Hijau- Tawaran Sebutharga Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah serta Menyelenggara Server dan Menaik Taraf Sistem Email untuk SEDA Malaysia   16/08/2018
NEW TRAINING COURSE: "Operation & Maintenance of Biogas Power Plant Course"   02/08/2018
Sebut Harga SEDA(SH)-05/2018: Consultancy for Local Authorities Business Plan on Green Technology Incentive Scheme for Households and SMEs   01/08/2018
Sebut Harga SEDA(SH)-08/2018: Consultancy for Low Carbon Public Transport (Bus): Scaling-Up Financing and Viable Business Cases for Cities.   01/08/2018
Sebut Harga SEDA(SH)-09/2018: Project Consultancy for The Development of Low Carbon Cities Assessment and Accreditation Panel, Facilitator and Accessor/Verifier Training Curriculum Under ‘Train The Trainer’ Activity for GTALCC   31/07/2018
Sebut Harga SEDA(SH)-10/2018: Project Consultancy Work for The Study on an Institutional Framework for Low Carbon Cities   31/07/2018
Jobs@SEDA - Legal Advisor   25/07/2018
Jobs@SEDA - Audit Assistant – Internal Audit Unit   11/07/2018


Home  »  Announcements


Kenyataan Tender Terbuka: Design, Supply, Deliver, Install, Testing & Commissioning and Maintenance of 100kWp (nominal) Retrofitted Grid Connected Solar Photovoltaic (GCPV) System and Ancillary Works at Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)
 
Kenyataan Tender Terbuka: Design, Supply, Deliver, Install, Testing & Commissioning and Maintenance of 100kWp (nominal) Retrofitted Grid Connected Solar Photovoltaic (GCPV) System  and Ancillary Works at Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)
  1. Tawaran tender ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor tempatan di Malaysia sahaja yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia dan Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:

NO. TENDER

TAJUK

SYARAT PENDAFTARAN

TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT, TEMPAT TAKLIMAT DAN TARIKH TUTUP

SEDA(T)-01/2018

“Design, Supply, Deliver, Install, Testing & Commissioning and Maintenance of 100kWp (nominal) Retrofitted Grid Connected Solar Photovoltaic (GCPV) System  and Ancillary Works at Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)”

 

CIDB:
Gred G3 sehingga G7
Kategori: ME
Pengkhususan: E4/E22/E33/E35
 
SEDA Malaysia:
Registered PV Service Provider (RPVSP) 2018
 
Suruhanjaya Tenaga:
Kontraktor Elektrik Berdaftar Kelas A/B

 

Tarikh Iklan:
7 Mei 2018
(Isnin)
 
Tarikh Taklimat:
15 Mei 2018 
(Selasa)
 
Tempat Taklimat:
Blok Anjung,
Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Behrang, 35950 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
 
Masa Taklimat:
11:00 pagi
 
Tarikh Tutup:
8 Jun 2018
(Jumaat)
 
Masa:
12:00 tengah hari
 
  1. Kontrak yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam DOKUMEN TENDER bagi “Design, Supply, Deliver, Install, Testing & Commissioning and Maintenance of 100kWp (nominal) Retrofitted Grid Connected Solar Photovoltaic (GCPV) System  and Ancillary Works at Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN).
  1. Sesi Taklimat Tender adalah DIWAJIBKAN kepada firma / syarikat yang ingin menyertai tender ini dan akan diadakan pada 15 Mei 2018 (Selasa) pada jam 11:00 pagi bertempat di Blok Anjung, Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Behrang, 35950 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. Kontraktor hendaklah membawa:
  • Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Syarikat;
  • Cop Syarikat; dan
  • Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Taklimat Tender (muat turun DI SINI - borang manual TIDAK akan dibekalkan)

semasa menghadiri sesi taklimat.

  1. Naskah Dokumen Meja Tender boleh disemak pada 16 Mei 2018 (Rabu) sehingga 18 Mei 2018 (Jumaat) iaitu pada waktu pejabat jam 9:00 pagi sehingga 4:00 petang di Ibu Pejabat SEDA Malaysia, Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
  1. DOKUMEN TENDER hanya akan dijual pada 16 Mei 2018 (Rabu) sehingga 18 Mei 2018 (Jumaat) iaitu pada waktu pejabat jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang bertempat di Ibu Pejabat SEDA Malaysia, Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya dengan harga sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja) termasuk GST 6% secara TUNAI sahaja (bayaran tidak dikembalikan). Cadangan Tawaran Tender ini adalah menjadi tanggungjawab kontraktor.
  1. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada KONTRAKTOR ATAU WAKIL YANG SAH SAHAJA. Sekiranya pihak Kontraktor ingin menghantar wakil, sila bawa bersama Surat Perwakilan Kuasa. Bagi tujuan pembelian Dokumen tender, Kontraktor dikehendaki membawa dokumen berikut semasa membeli dokumen tender:
  • DOKUMEN ASAL bagi sijil-sijil berikut:
    • SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK) dari CIDB;
    • SIJIL PERAKUAN REGISTERED PV SERVICE PROVIDER (RPVSP) 2018 dari SEDA Malaysia; 
    • SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR ELEKTRIK dari Suruhanjaya Tenaga; dan
    • SURAT PENDAFTARAN GST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia
  • SATU SALINAN bagi setiap Sijil-sijil tersebut; dan
  • SURAT PERWAKILAN KUASA daripada ibu pejabat Kontraktor yang asal (sekiranya pihak Kontraktor ingin menghantar wakil).
  1. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeterai dan bertanda dengan Tajuk dan No. Tender di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender atau dihantar ke alamat seperti berikut:

Jawatankuasa Pembuka Tender
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Tingkat 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya

Pegawai bertanggungjawab: En Edisham Mohd Sukor atau Pn Zurlinda Asma Aziz

  1. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.
  1. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
  1. Sebarang pertanyaan adalah melalui email: RET@seda.gov.my
 
Copyright © 2018 SEDA Malaysia. All Rights Reserved.
Terms and Conditions of Use Links Enquiry Contact Us FAQs Sitemap