About SEDA Policies Net Metering Feed-in Tariff (FiT) Statistics & Monitoring EE Download & Media Directory Events & Trainings
OTHERS NEWS
Four IPP contracts axed amid spending cuts   13/07/2018
Four IPP deals scrapped, more under review   13/07/2018
Government allocates RM114 million to subsidise electricity   13/07/2018
Electricity tariffs to remain till Dec, minister says govt absorbing costs   12/07/2018
Kerajaan peruntukkan RM114 juta subsidi surcaj pengguna domestik   12/07/2018
No increase in electricity tariffs for domestic users in the next six months, says Minister   12/07/2018
Putrajaya to cancel four new IPPs, another four under review   12/07/2018
Yeo Bee Yin : Malaysia decided to cancel 4 IPP contracts   12/07/2018


Home  »  Others News


Kerajaan peruntukkan RM114 juta subsidi surcaj pengguna domestik
 

Published on 12 July 2018

PUTRAJAYA: Kerajaan memperuntukkan RM114 juta sebagai subsidi surcaj elektrik bagi 81.7 peratus pengguna domestik dari Julai hingga Disember tahun ini, kata Menteri Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin.

Beliau berkata peruntukan bagi subsidi itu adalah daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) bagi memastikan pengguna domestik tidak perlu membayar bagi sebarang kenaikan dalam tarif elektrik, yang akan disemak semula setiap enam bulan.

"Jadi jika anda lihat dalam bil elektrik rumah anda, tidak ada dikenakan surcaj, ia adalah sifar, kerana kerajaan bayarnya untuk anda. Ini adalah daripada dana KWIE. Kami gunakan dana itu untuk membantu pengguna," katanya bagi mengulas komen Naib Presiden PKR Rafizi Ramli minggu lepas berhubung kenaikan tarif elektrik.

Rafizi mendakwa kenaikan tarif elektrik akan membunuh pelbagai langkah baik yang diambil oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk mengurangkan kos hidup.

Bercakap kepada pemberita selepas sesi dialog dengan pemain industri tenaga di sini, hari ini, Yeo berkata beliau akan menjelaskan butiran tentang bagaimana kerajaan membelanjakan RM114 untuk subsidi pengguna domestik pada minggu depan.

"Kami ada dana RM760 juta, dan kementerian membelanjakan RM114 juta. Kini kami ada pilihan sama ada mahu menggunakan baki itu untuk memberi subsidi bagi pengggunaan komersial atau pada pusingan akan datang, kami boleh sekali lagi gunakan dana itu bagi penggunaan domestik," katanya.

Berhubung 1.1 juta voltan rendah pengguna komersial, Yeo berkata mereka akan berdepan impak minimum daripada kenaikan tarif dan impak surcaj tolak Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah kurang daripada 70 sen.

"Jika kedai mamak kata bil elektrik mereka naik dan dengan itu harga nasi lemak perlu dinaikkan, jangan percaya pada mereka. Anda boleh laporkan kenaikan harga kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan," katanya.

Yeo, dalam ucap tamanya sebelum itu menekankan bahawa amat penting untuk memastikan tenaga diperbaharui adalah pada kadar munasabah dan ditawarkan di seluruh Malaysia bagi kemudahan kawasan luar bandar terutama di Sarawak.

"Saya telah melawat beberapa tempat di Sarawak dan penduduk masih tiada akses kepada bekalan elektrik. Masih ada anak-anak yang tidak mempunyai lampu elektrik untuk membaca dan belajar pada waktu malam, dan ini amat tidak wajar. Saya tahu tenaga solar dan mikro-hidro adalah penyelesaian bagi anak-anak ini, dan kami akan bawa cahaya ke kawasan luar bandar ini," katanya.

Link : Astro Awani Online

 
Copyright © 2018 SEDA Malaysia. All Rights Reserved.
Terms and Conditions of Use Links Enquiry Contact Us FAQs Sitemap