Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Fotovolta Suria Tersambung Grid

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (Sustainable Energy Development Authority Malaysia– SEDA Malaysia) adalah sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 [Akta 726]. Peranan utama SEDA Malaysia adalah untuk mentadbir dan menguruskan pelaksanaan mekanisme Tarif Galakan (Feed-in Tariff – FiT)  yang telah diberi mandat di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu (TBB) 2011 [Akta 725]. Di bawah akta ini, terdapat lima (5) sumber boleh baharu yang telah dikenalpasti dan memenuhi kriteria untuk dilaksanakan dan mendapat faedah dari mekanisma FiT iaitu biojisim, biogas, hidrokuasa kecil, Fotovolta Suria (PV) dan geoterma.

Teras Tiga (3) Polisi dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Baharu Nasional, menjelaskan keperluan untuk mempergiatkan usaha pembangunan modal insan dalam industri Tenaga Boleh Baharu (TBB). SEDA Malaysia amat maklum terdapat keperluan yang kritikal untuk meningkatkan pengetahuan dan kompetensi pekerja tempatan dalam bidang Fotovolta Suria (PV) bagi memastikan sistem yang akan dipasang adalah berkualiti, mematuhi piawaian yang ditetapkan dan dapat bertahan lama. Oleh yang demikian, SEDA Malaysia telah membangunkan kursus latihan Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Fotovolta Suria Tersambung Grid untuk meningkatkan kecekapan Penyedia Perkhidmatan Fotovolta Suria (PV) tempatan.

Kursus ini akan diadakan di Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Utara, Kedah Industrial Skills and Management Industrial Centre (KISMEC), Terengganu Skills Development Centre (TESDEC) dan German-Malaysian Institute (GMI). Yuran adalah termasuk kos bahan pembelajaran (buku) dan makan & minum sepanjang kursus dijalankan. Walaubagaimanapun Yuran tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan peserta ke pusat latihan.

Maklumat lanjut berkenaan kursus :

DocumentsDownload
Course Information - Solar PV Installation and Maintenance
Icon
337.18 KB
9668 Downloads
Content of the Training Manual
Icon
307.35 KB
4482 Downloads
Application Form (New Participant)

Sebarang pertanyaan berkenaan kursus ini, sila emailkan kepada : [email protected] atau hubungi:

  • Mr. Muhammad Mustafa Kamal Bin Abd Rahim ([email protected]) di talian (603) 5513 3560 bagi Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)
  • En. Zolkefli bin Abdullah ([email protected]) di talian (604) 924 2200 bagi Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara
  • Pn. Norhaziati ([email protected]) di talian (604) 4414619/4414621 bagi Kedah Industrial Skills and Management Industrial Centre (KISMEC)
  • En Rosli bin Mohd ([email protected]) di talian (609) 627 2222 ext 2260 bagi Terengganu Skills Development Centre (TESDEC)
  • Pn. Noryana Yahya ([email protected]) di talian (03) 8921 9241 bagi German-Malaysian Institute (GMI)

Jadual kursus bagi tahun 2023 :

Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)

No. Course Code Date Status
1. PVINS23-01 23 Jan – 20 Jun 2023 Tutup

Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara

No. Course Code Date Status
1. IMA24-01 15 Jan 2024 Buka
2. IMA24-02 2 Mei 2024 Buka
3. IMA24-03 1 Sep 2024 Buka

Kedah Industrial Skills and Management Industrial Centre (KISMEC)

No. Course Code Date Status Brosur
         

Terengganu Skills Development Centre (TESDEC)

No. Course Code Date Status
1. IMT23-01 12 Mac – 18 Jul 2023 Tutup
2. IMT23-02 6 Ogos – 6 Dis 2023 Buka
3. IMT23-03 18 Sep 2023 – 18 Jan 2023 Buka

German-Malaysian Institute (GMI)

No. Course Code Date Status
       

Buku Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Fotovolta Suria Tersambung Grid kini dijual. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.