INSENTIF KEWANGAN BAGI TEKNOLOGI HIJAU SEBAGAIMANA YANG DIUMUMKAN DI BAWAH BAJET 2020
Untuk Bajet 2020, Kerajaan mengumumkan bahawa Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) dan Pengecualian Cukai Pendapatan bagi Perkhidmatan Teknologi Hijau (GITE) akan dilanjutkan sehingga 2023.
Skim Kewangan Teknologi Hijau 2.0 (GTFS 2.0)
GTFS merupakan satu skim kewangan untuk pelabur-pelabur yang mendapat sokongan kerajaan dan menawarkan kadar subsidi 2% p.a. faedah/untung untuk tujuh tahun pertama dan 60% jaminan kerajaan bagi kos komponen hijau kepada institusi kewangan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati : https://www.gtfs.my/