Penerimaan Terma-Terma

Penggunaan dan akses ke portal ini (“Laman web SEDA Malaysia”)adalah tertakluk sepenuhnya di atas terma-terma dan syarat-syarat yang terpapar selepas (“Terma dan Syarat”). Penggunaan dan akses anda ke dan/atau pengggunaan selepas dan akses ke laman web SEDA Malaysia adalah termasuk dalam persetujuan anda untuk menerima dan mematuhi Terma dan Syarat. 

Waranti dan Ganti Rugi

Dengan menggunakan laman web SEDA Malaysia, anda telah dengan sepenuhnya memberikan waranti dan bertanggungjawab kepada SEDA Malaysia yang anda tidak akan menggunakan laman web SEDA Malaysia atau sebarang isi kandungannya bagi sebarang tujuan yang tidak mematuhi undang-undang atau menyalahi Terma dan Syarat. Sekiranya anda melanggar sebarang Terma & Syarat, kebenaran bagi anda untuk mengggunakan dan mengakses laman web SEDA Malaysia akan tergugur secara automatik di mana anda melindungi, mempertahankan dan melepaskan SEDA Malaysia dari sebarang bentuk permintaan, tuntutan, kerugian, kehilangan, kerosakan, liabiliti dan tanggungan, termasuklah  yuran guaman, atau sebarang bayaran berpatutan yang di buat oleh sebarang pihak ketiga yang terjadi atau terhasil dari tindakan atau ketiadaan tindakan dari anda, ini termasuklah tuntutan yang terhasil dari penggunaan laman web SEDA Malaysia dan serahan, kiriman atau penghantaran isi kandungan  yang terlampir atau anda melanggar Terma dan Syarat. 

Hakmilik Harta Intelek 

Isi kandungan laman web SEDA Malaysia adalah dilindungi hakcipta dan undang-undang hakmilik dan harta intelek yang sewajarnya, dan ia akan kekal sebagai hak tunggal SEDA Malaysia dan sebarang pihak ketiga. Anda dilarang mengeluarkan semula atau berniat untuk mengeluarkan semula dalam sebarang bentuk, apa-apa sahaja dari laman SEDA Malaysia, sama ada secara penuh atau sebahagian, tanpa mendapatkan kebenaran secara lisan dari SEDA Malaysia sebelumnya.

Merujuk kepada subjek di atas, anda bagaimanapun, boleh memuat turun dan melihat bahan atau mencetak salinan bahan dari laman web SEDA Malaysia untuk kegunaan sendiri atau penggunaan bukan-komersil asalkan anda tidak mengubah salinan dari sebagaimana ia sepatutnya terpapar dari laman web ini (termasuklah notis hakcipta). Sebarang hak yang tidak tertera di bawah Terma dan Syarat adalah terpelihara.  

Laman web  SEDA Malaysia mungkin termasuk isi kandungan pihak ketiga dan ini adalah termasuk di dalam terma penggunaan pihak ketiga berkenaan dan adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mematuhi dengan sewajarnya. 

Hak untuk Tidak Membalas Terpelihara 

Adalah perlu diketahui bahawa melainkan anda menyatakan nama, no kad pengenalan, alamat mastautin, alamat pejabat (sekiranya ada), nombor perhubungan serta, di mana yang dirasakan wajar, nama organisasi dan alamat organisasi serta nombor telefon di dalam emel anda, yang kami mungkin tidak akan membalasnya, ini adalah merupakan hak pihak kami untuk tidak membalas sebarang emel tanpa perlu memberikan sebarang penjelasan.  

Pautan-pautan ke laman web SEDA Malaysia 

Anda adalah tidak dibenarkan untuk meletakkan pautan di dalam web anda ke halaman utama atau sebarang halaman lain dari laman web SEDA Malaysia melainkan kebenaran bertulis telah diperolehi. 

Penyenaraian Pihak Ketiga, Pautan-pautan dan/atau pengiklanan di laman web SEDA Malaysia 

Sekiranya anda berminat untuk disenaraikan di dalam Direktori Industri TBB milik kami, sila rujuk terma dan syarat yang boleh diperolehi di pautan Direktori Industri TBB. 

SEDA Malaysia tidak berada di posisi untuk mengesyorkan atau memberikan sebarang komen yang berkaitan dengan kebolehan entiti-entiti yang tersenarai di dalam Direktori Industri TBB kami. SEDA Malaysia tidak akan melayan sebarang permohonan untuk cadangan atau ulasan dari entiti-entiti berkenaan. Dengan melaksanakan carian ke atas Direktori Industri TBB, anda telah bersetuju untuk tidak menggunakan dan/atau menyebarkan sebarang maklumat yang diminta dan/atau diterima oleh anda bagi sebarang tujuan komersil atau bagi tujuan mengadakan gudang penyimpanan data atau bagi tujuan lain melainkan bertujuan untuk mencari lokasi entiti industri TBB yang berkenaan. 

Sekiranya anda mahu kami mempunyai pautan yang menghubungkan laman web SEDA Malaysia ke laman web anda, anda mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran secara lisan tertakluk kepada hak kami untuk mengenakan bayaran, sekiranya perlu, fi bagi tujuan berkenaan. 

Laman web SEDA Malaysia mungkin mempunyai senarai direktori, pautan-pautan ke laman web pihak ketiga atau iklan-iklan dari pihak ketiga di mana pihak SEDA Malaysia dan laman web SEDA Malaysia tidak mempunyai sebarang kawalan mahupun minat. Walaubagaimanapun, ini tidak sepatutnya ditakrifkan dalam apa juga bentuk sebagai tanda sokongan dari pihak SEDA Malaysia terhadap penyenaraian, laman web atau pengiklanan atau sebarang isi kandungannya. Ini jugak tidak bermaksud bahawa pihak ketiga atau sebarang produk atau perkhidmatan atau pengiklanan pihak ketiga di laman web SEDA Malaysia atau laman web pihak berkenaan atau sebarang isi kandungannya mempunyai sebarang hubungan dengan SEDA Malaysia

Tambahan lagi, adalah dinyatakan bahawa sebarang pemaparan pautan pihak ketiga atau pengiklanan di laman web SEDA Malaysia adalah tidak menyatakan atau menandakan SEDA Malaysia dan laman web SEDA Malaysia sebagai wakil dan adalah wajar laman web pihak ketiga dan produk-produk serta perkhidmatan-perkhidmatan yang mengiklan di laman web SEDA Malaysia mematuhi undang-undang yang mentadbir perniagaan atau isi kandungan laman web mereka. 

SEDA Malaysia dengan ini mengulangi penafian di atas sebagai mutatis mutandis keatas penggunaan anda terhadap pautan-pautan untuk mengakses atau melawati laman web pihak ketiga berkenaan. 

Adalah tidak benar sama sekali bahawa maklumat yang diambil dari laman web SEDA Malaysia ditakrifkan sebagai cadangan atau penghargaan oleh SEDA Malaysia ke atas sebarang entiti yang dinyatakan, dan tiada entiti yang boleh ditakrifkan sebagai ejen kepada, atau bertindak sebagai  syarikat berkaitan, SEDA Malaysia, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air atau Kerajaan Malaysia. 

Bahagian Sistem Dalam Talian e-Galakan 

Bahagian Sistem Dalam Talian e-Galakan adalah terhad kepada mereka yang telah diberikan akses dengan nama pengguna dan kata laluan yang mendapat separa-kelulusan. Walaubagaimanapun, akses berkenaan boleh dibatalkan bila-bila masa sahaja menurut budi bicara pihak SEDA Malaysia tanpa keperluan untuk memberikan sebarang bentuk penjelasan bagi keputusan yang telah dibuat.  Pengguna yang telah mendapat kebenaran untuk mengakses bahagian terlarang di laman web SEDA Malaysia ini adalah dianggap telah mempersetujui perkara-perkara berikut apabila mengakses bahagian ini: 

  • tidak menyerahkan nama pengguna atau kata laluan kepada pihak ketiga; 
  • tidak membenarkan atau menggalakkan sebarang pengguna yang tidak mendapat kelulusan untuk mengakses bahagian terlarang dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan miliknya; dan 
  • untuk menukar kata laluan asal secara terus setelah mengesyaki  bahawa kerahsiaan nama pengguna dan/atau kata laluan telah dikompromi dengan apa cara sekalipun. 

Anda perlu memastikan bahawa semua fail yang dihantar secara lampiran adalah bebas dari virus. 

Undang-undang Pentadbiran

Undang-undang pentadbiran bagi Terma dan Syarat adalah berdasarkan undang-undang Malaysia tanpa mengambil kira lokasi terkini anda atau bidang kuasa apabila anda mengakses laman SEDA Malaysia.

Kepelbagaian Terma dan Syarat. 

Perjanjian ini mengandungi keseluruhan pejanjian di antara SEDA Malaysia dan anda, dan melangkaui semua perjanjian terdahulu yang berkaitan dengan subjek ini. Terma dan Syarat adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa dan berkuatkuasa secara serta merta selepas hebahan terma dan syarat yang dirujuk sebagai “Terma dan Syarat” dan ini adalah termasuk terma dan syarat yang telah diubah. Anda bersetuju untuk menyemak halaman ini setiap kali anda melawati laman web  SEDA Malaysia bagi sebarang kemaskini. Sekiranya anda tidak dapat menerima sebarang terma dan syarat yang telah diubah, anda mestilah berhenti mengakses laman SEDA Malaysia. Penggunaan dan akses anda untuk dan/atau terus menggunakan dan mengakses laman web SEDA Malaysia selepas hebahan perubahan Terma dan Syarat adalah bermaksud bahawa anda telah bersetuju dengan perubahan yang dibuat tanpa sebarang keraguan.  

Sila hubungi SEDA Malaysia sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan laman web SEDA Malaysia atau maklumat di atas. Sila laporkan sebarang pelanggaran Terma dan Syarat kepada SEDA Malaysia.