GERAN AUDIT TENAGA BERSYARAT UNTUK SEKTOR KOMERSIAL (2021)

  1. Sebagai kesinambungan Program Geran Audit Tenaga Bersyarat bawah Projek-projek Kecekapan Tenaga RMK-11, kami dalam proses memohon dana untuk projek serupa yang dijangkakan akan dilaksanakan bagi tahun 2021.
  2. Audit tenaga merupakan proses sistematik untuk memahami bagaimana dan di mana tenaga digunakan, bagaimana untuk menguruskannya dan mengenal pasti potensi penjimatan tenaga./li>
  3. Secara amnya, komponen projek ini terdiri daripada:
    • Pengauditan Tenaga yang melibatkan tenaga elektrik dan termal (sekiranya ada);
    • Pelaksanaan Langkah-langkah Penjimatan Tenaga, termasuk pemantauan selama 3 tahun setelah audit tenaga;
    • Pembangunan kapasiti & latihan-latihan audit tenaga dan pengurusan tenaga elektrik dan termal.
  1. Terbuka untuk bangunan sedia ada dengan tarif elektrik komersial/perdagangan yang tertakluk bawah Peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik dengan Cekap –Efficient Management of Electrical Energy Regulations (EMEER) 2008 yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga dan mempunyai Pengurus Tenaga Elektrik Berdaftar –Registered Electrical Energy Manager (REEM) yang sah.
  2. Bagi mereka yang layak dan berminat boleh membuat pra-pendaftaran dengan mengisi borang dalam talian di sini atau memuat turun untuk cetakan
    (Borang -A)
    166.64 KB
    405 Downloads
    dan hantar ke SEDA Malaysia atau e-mel ke rohaiza@seda.gov.my / farahain@seda.gov.my .
  3. Pelaksanaan projek;
    • Kementerian Pelaksana: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
    • Urusetia: Suruhanjaya Tenaga
    • Agensi pelaksana: SEDA Malaysia (Sektor Komersil)

Objektif

  • Untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan pelaksanaan audit tenaga sebagai sebahagian daripada kecekapan tenaga dan amalan pemuliharaan tenaga.
  • Untuk memberikan bantuan kewangan kepada pemohon yang layak melalui geran, sebagai pemangkin pelaksanaan audit tenaga, untuk mengenal pasti pola penggunaan tenaga semasa, menetapkan garis dasar dan mengenal pasti potensi penjimatan tenaga.
  • Untuk menyediakan platform dan fasilitasi bagi pelaksanaan langkah-langkah penjimatan tenaga berdasarkan hasil laporan audit tenaga.
  • Untuk memastikan penjimatan tenaga elektrik dicapai melalui pelaksanaan langkah-langkah penjimatan tenaga yang dicadangkan dalam laporan audit tenaga.
  • Pembangunan kapasiti dalam industri untuk memenuhi permintaan aktiviti audit tenaga di sektor komersial / industri.

Nilai tambahan:

Bangunan di bawah Program Geran Audit Tenaga Bersyarat untuk Sektor Komersial yang telah melaksanakan Langkah-langkah Penjimatan Tenaga dan mencapai penjimatan tenaga layak untuk Penilaian Bangunan Rendah Karbon menggunakan skim penilaian Standard Industri Pembinaan 2012, CIS 20: 2012 (GreenPASS). Lawati www.seda.gov.my/greenpass untuk maklumat lebih lanjut.