Pemasangan dan Penyenggaraan Sistem Solar Fotovolta Tersambung Grid

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (Sustainable Energy Development Authority Malaysia– SEDA Malaysia) adalah sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 [Akta 726]. Peranan utama SEDA Malaysia adalah untuk mentadbir dan menguruskan pelaksanaan mekanisme Tarif Galakan (Feed-in Tariff – FiT)  yang telah diberi mandat di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu (TBB) 2011 [Akta 725]. Di bawah akta ini, terdapat lima (5) sumber boleh baharu yang telah dikenalpasti dan memenuhi kriteria untuk dilaksanakan dan mendapat faedah dari mekanisma FiT iaitu biojisim, biogas, hidrokuasa kecil, solar fotovolta (PV) dan geoterma.

Teras Tiga (3) Polisi dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Baharu Nasional, menjelaskan keperluan untuk mempergiatkan usaha pembangunan modal insan dalam industri Tenaga Boleh Baharu (TBB). SEDA Malaysia amat maklum terdapat keperluan yang kritikal untuk meningkatkan pengetahuan dan kompetensi pekerja tempatan dalam bidang solar PV bagi memastikan sistem yang akan dipasang adalah berkualiti, mematuhi piawaian yang ditetapkan dan dapat bertahan lama. Oleh yang demikian, SEDA Malaysia telah membangunkan kursus latihan Pemasangan dan Penyenggaraan Sistem Solar Fotovolta (PV) Tersambung Grid untuk meningkatkan kecekapan Penyedia Perkhidmatan solar PV tempatan.

Kursus ini akan diadakan di Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Utara, Kedah Industrial Skills and Management Industrial Centre (KISMEC), Terengganu Skills Development Centre (TESDEC) dan German-Malaysian Institute (GMI). Yuran adalah termasuk kos bahan pembelajaran (buku) dan makan & minum sepanjang kursus dijalankan. Walaubagaimanapun Yuran tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan peserta ke pusat latihan.

Maklumat lanjut berkenaan kursus :

DocumentsDownload
Course Information - Solar PV Installation and Maintenance
337.18 KB
94 Downloads
Content of the Training Manual
307.35 KB
61 Downloads
Application Form (New Participant)
537.23 KB
44 Downloads

Sebarang pertanyaan berkenaan kursus ini, sila emailkan kepada : pvtraining@seda.gov.my atau hubungi:

  • Mr. David Khoo (solarpv@shrdc.org.my) di talian (603) 5513 3560 bagi Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)
  • En. Zolkefli bin Abdullah (zolabmu@yahoo.com.my) di talian (604) 924 2200 bagi Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara
  • Pn. Norhaziati (norhaziati@kismec.org.my) di talian (604) 4414619/4414621 bagi Kedah Industrial Skills and Management Industrial Centre (KISMEC)
  • En Rosli bin Mohd (rosli@tesdec.edu.my) di talian (609) 627 2222 ext 2260 bagi Terengganu Skills Development Centre (TESDEC)
  • Pn. Noryana Yahya (noryana@gmi.edu.my) di talian (03) 8921 9241 bagi German-Malaysian Institute (GMI)

Jadual kursus bagi tahun 2019 :

Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)

No. Course Code Date Status
       

Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara

No. Course Code Date Status
       

Kedah Industrial Skills and Management Industrial Centre (KISMEC)

No. Course Code Date Status
1. IMK19-02 Jun 2019 Open

Terengganu Skills Development Centre (TESDEC)

No. Course Code Date Status
       

German-Malaysian Institute (GMI)

No. Course Code Date Status
1. IMG19-01 2nd Sep 2019 – 20th Dec 2019 Open

Buku Pemasangan dan Penyenggaraan Sistem Solar Fotovolta Tersambung Grid kini dijual. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.