Kelayakan:
- Warganegara Malaysia;
- Permohonan bagi lepasan STPM atau SPM atau setaraf dengannya;
- Memiliki lesen memandu kelas B2 dan D (PSV);
- Mempunyai pengalaman lebih dari 5 (tahun) sebagai pemandu.
- Boleh melapor diri dan mula bekerja dengan secepat mungkin.
Kriteria:
- Tiada rekod jenayah.
- Berpengalaman membawa Pihak Pengurusan Tertinggi.
- Berketrampilan kemas dan bersih.
Tugas-Tugas Utama:
- Bertanggungjawab untuk membawa kakitangan dengan selamat ke destinasi seperti yang dikehendaki dari semasa ke semasa;
- Menjaga dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan bersih di luar dan dalam;
- Memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik;
- Mengemaskini jadual dan aktiviti-aktiviti perjalanan setiap hari dan melaporkan kepada penyelia atasan; dan
- Menjalankan apa-apa tugas yang diberikan oleh Pihak Pengurusan SEDA Malaysia dari semasa ke semasa.
Cara Permohonan:
Sila layari www.seda.gov.my untuk butiran lanjut mengenai pengambilan. Permohonan boleh dibuat dengan menghantar e-mel hr@seda.gov.my atau melalui pos ke alamat di bawah. Sila nyatakan jawatan yang dipohon dan sila lampirkan resume atau butiran peribadi anda bersama permohonan.
Ketua Pegawai Eksekutif
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia,
Galeria PjH, Tingkat 9,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
(Rujukan: Pengarah HRA)
Tarikh tutup: 24 Mei 2022
Nota:
- Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk temu duga.
- Pemohon yang tidak menerima sebarang notis dalam tempoh sebulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap diri mereka sebagai tidak berjaya.