Bagi mendapatkan kelayakan menjual tenaga boleh baharu pada kadar Tarif Galakan (FiT), SEDA Malaysia perlu meluluskan permohonan Kelulusan Galakan (FiA). Permohonan FiA boleh dilakukan secara atas talian melalui laman web rasmi SEDA Malaysia. Semua permohonan FiA akan disemak dan dinilai secara telus. Sistem permohonan FiA dalam talian akan disediakan.
JENIS SUMBER TENAGA BOLEH BAHARU YANG DIGUNAKAN
Biojisim (termasuk sisa pepejal perbandaran), biogas (termasuk tempat pembuangan sampah / kumbahan), hidrokuasa kecil dan fotovolta solar. Pemilihan sumber-sumber boleh baharu ini berdasarkan pada teknologi yang telah terbukti dan potensi teknikal di bawah persekitaran tempatan.KAPASITI PEMASANGAN BAGI TENAGA BOLEH BAHARU (TBB)
Kapasiti pepasangan maksima bagi semua pemasangan TBB yang layak ialah 30MW melainkan mendapat kelulusan khas dari Menteri. Kadar FiT menjadi lebih rendah apabila kapasiti yang dipasang meningkat, disebabkan penjimatan kos dari ekonomi mengikut skala. Biojisim (termasuk sisa pepejal), biogas (termasuk tapak pelupusan / kumbahan/), hidrokuasa kecil dan fotovolta solar.KEBARANGKALIAN PEMASANGAN TBB MEMENUHI SEBARANG KRITERIA YANG MELAYAKKANNYA UNTUK MENDAPAT KADAR TARIF GALAKAN BONUS.
Kadar FiT tambahan akan diberikan kepada pemasangan TBB yang memenuhi kriteria yang melayakkannya mereka mendapat bonus tambahan kadar FiT.PEMASANGAN TBB SELESAI, GRID DISAMBUNGKAN DAN SEDIA MENGHASILKAN TBB UNTUK JUALAN KOMERSIL
Kadar FiT untuk solar PV akan dikenakan pengurangan sekiranya gagal untuk menyiapkan projek mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan manakala untuk biogas, biojisim dan hidrokuasa kecil tidak akan dikenakan degression jika gagal untuk menyiapkan projek pada tempoh yang ditetapkan tetapi perlu mengemukakan permohonan lanjutan masa.

