Pemeteran Tenaga Bersih (Net Energy Metering, NEM) 3.0

Oleh Sustainable Energy Development Authority

(SEDA) Malaysia

Image module

Kerajaan telah memperkenalkan Skim Pemeteran Tenaga Bersih (Net Energy Metering, NEM) pada bulan November 2016 dengan peruntukan kuota sebanyak 500MW sehingga tahun 2020 bertujuan untuk menggalakkan penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Malaysia. NEM merupakan satu konsep di mana tenaga yang dihasilkan dari pepasangan sistem fotovolta suria akan digunakan terlebih dahulu dan lebihannya akan dieksport ke grid TNB berdasarkan Kos Pembekalan (Displaced Cost) semasa.

 

Untuk menggalakkan penggunaan Skim NEM, NEM 2.0 telah diperkenalkan pada 1 Januari 2019 dan konsep pemeteran tenaga bersih sebenar (true net energy metering) diwujudkan di mana lebihan tenaga yang dihasilkan daripada pepasangan fotovolta suria akan dieksport ke grid TNB berdasarkan pengimbangan “one-on-one offset”. Program NEM telah dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), dikawalselia oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dengan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia sebagai agensi pelaksana. Kuota 500MW di bawah NEM 2.0 telah dilanggan sepenuhnya pada 31 Disember 2020.

 

Oleh kerana sambutan yang sungguh menggalakkan daripada industri foltovolta suria serta dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan tenaga suria, Menteri Tenaga dan Sumber Asli melalui kenyataan akhbar KeTSA bertarikh 29 Dis 2020, telah memperkenalkan program Pemeteran Tenaga Bersih 3.0 (NEM 3.0) yang bertujuan untuk memberi lebih banyak peluang kepada pengguna elektrik untuk menjimatkan bil elektrik melalui pemasangan sistem fotovolta suria di premis mereka.

 

Merujuk kepada kenyataan media oleh YAB Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) pada 26 Januari 2024, program Net Energy Metering (NEM) 3.0 akan diteruskan dengan tawaran kuota tambahan sebanyak 100MW untuk NEM Rakyat dan 300MW untuk NOVA. Tempoh tawaran kuota NEM 3.0 akan diteruskan sehingga Disember 2024 atau sehingga semua kuota habis diagihkan, yang mana terdahulu. Program NEM 3.0 akan berkuat kuasa dari tahun 2021 sehingga tahun 2024 dan jumlah peruntukan kuota bagi program ini adalah sebanyak 1450 MW. Program NEM 3.0 akan dibahagikan kepada tiga (3) inisiatif / kategori baru seperti berikut:-

Inisiatif / Kategori Kuota Ditawarkan (MW) Tarikh Pembukaan Kuota
Program NEM Rakyat 250MW 1 Februari 2021 – 31 Disember 2024
Program NEM GoMEn (Kementerian dan Entiti Kerajaan) 100MW 1 Februari 2021 – 31 Disember 2024
Program NOVA (Net Offset Virtual Aggregation) 1100MW 1 April 2021 – 31 Disember 2024
Konsep NEM Rakyat

Di bawah Program NEM Rakyat, pengguna domestik yang memasang sistem fotovolta suria (PV) di bumbung premis akan menggunakan tenaga yang dihasilkan terlebih dahulu dan lebihan tenaga yang dihasilkan akan dieksport ke grid TNB. Kredit yang diterima daripada lebihan tenaga tersebut akan digunakan semula untuk mengimbangi bil elektrik berdasarkan imbangan “one-on-one offset” dalam tempoh 10 tahun pengoperasian.

Kuota Ditawarkan Kriteria Kelayakan Kategori Tarif Had Kapasiti Pepasangan
250MWac • Pengguna elektrik yang berdaftar atau sedang memohon untuk berdaftar dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Semenanjung Malaysia
• Pengguna Domestik yang tiada pepasangan fotovolta suria di bawah mana – mana program fotovolta suria yang lain
*Pengguna Domestik bermaksud pengguna yang menduduki premis kediaman persendirian yang tidak digunakan sebagai hotel, asrama atau tujuan menjalankan segala bentuk perniagaan, perdagangan, kegiatan profesional atau perkhidmatan
Domestik • Fasa tunggal – 5 kWac
• Tiga Fasa – 12.5 kWac
Manfaat NEM Rakyat

Tenaga yang dihasilkan oleh pengguna NEM Rakyat akan digunakan terlebih dahulu dan ini akan menyebabkan tenaga yang diimport daripada pembekal utiliti elektrik berkurangan. Di kebanyakan negara, program NEM dapat melindungi pengguna domestik dari kenaikan kadar tarif elektrik di masa akan datang. Ianya amat relevan terutamanya kepada pengguna yang berada di bawah kadar tarif elektrik yang tinggi.

 

Lebihan tenaga yang tidak digunakan akan dieksport ke grid TNB berdasarkan kadar pengimbangan “one-on-one offset”. Keutamaannya adalah untuk penggunaan sendiri, namun kebanyakan pengguna domestik mungkin tidak berada di dalam rumah semasa hari bekerja dan mungkin mempunyai lebihan tenaga yang boleh dieksport ke grid. Lebihan tenaga tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun pengguna dan boleh digunakan semula dalam tempoh maksimum 12 bulan.

Konsep NEM GoMEn

Di bawah Program NEM GoMEN, Agensi Kerajaan yang memasang sistem fotovolta suria (PV) di bumbung premis akan menggunakan tenaga yang dihasilkan terlebih dahulu dan lebihan tenaga yang dihasilkan akan dieksport ke grid TNB. Kredit yang diterima daripada lebihan tenaga tersebut akan digunakan semula untuk mengimbangi bil elektrik berdasarkan imbangan “one-on-one offset” dalam tempoh 10 tahun pengoperasian.

 

Kuota Ditawarkan Kriteria Kelayakan Kategori Tarif Had Kapasiti Pepasangan
100MWac

• Pengguna elektrik yang berdaftar atau sedang memohon untuk berdaftar dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Semenanjung Malaysia

• Agensi Kerajaan yang tiada pepasangan fotovolta suria di bawah mana – mana program fotovolta suria lain

*Agensi Kerajaan bermaksud kementerian, jabatan, atau badan berkanun yang ditubuhkan oleh kerajaan di semua peringkat pentadbiran, sama ada di peringkat persekutuan, negeri, dan daerah, termasuk pihak berkuasa tempatan

Komersial

• Kapasiti maksimum pepasangan fotovolta suria tidak melebihi 1,000kW dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

a) Bagi pengguna Voltan Sederhana yang tidak melebihi 75% Kehendak Maksimum (Maximum Demand, MD) berdasarkan:

• Purata Kehendak Maksimum yang direkodkan dalam tempoh 1 tahun sebelumnya;
• Kehendak Maksimum yang diisytiharkan bagi tempoh kurang dari 1 tahun; dan

b) Bagi pengguna Voltan Rendah tidak melebihi 60% kadar fius (untuk meter langsung) atau 60% penarafan pengubah semasa (CT)

Manfaat NEM GoMEn
Tenaga yang dihasilkan oleh pengguna NEM GoMEn akan digunakan terlebih dahulu dan ini akan menyebabkan tenaga yang diimport daripada pembekal utiliti elektrik berkurangan. Di kebanyakan negara, program NEM dapat melindungi pengguna dari kenaikan kadar elektrik pada masa akan datang. Ianya amat relevan bagi pengguna yang berada di bawah kadar tarif elektrik yang tinggi.

 

Di bawah program ini juga, Lebihan tenaga yang tidak digunakan akan dieksport ke grid TNB berdasarkan kadar pengimbangan “one-on-one offset”. Keutamaannya adalah untuk penggunaan sendiri, namun kebanyakan pengguna mungkin tidak beroperasi pada hujung minggu atau cuti umum dan mempunyai lebihan tenaga yang boleh dieksport ke grid. Lebihan tenaga tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun pengguna dan boleh digunakan semula dalam tempoh maksimum 12 bulan.
Syarat Perlesenan
Pelesenan diperlukan di bawah Seksyen 9 Akta Bekalan Elektrik untuk mana-mana pihak menggunakan, mengusahakan atau mengendalikan penggunaan atau pengendalian pepasangan solar PV di atas 72kWp untuk sistem tiga fasa dan di atas 24kWp untuk sistem fasa tunggal. Pengguna NEM atau pemilik sistem solar PV boleh memohon lesen dari Suruhanjaya Tenaga (ST) setelah menerima informasi bahawa permohonan NEM telah diluluskan.

MELALUI PERJANJIAN PEMBELIAN KUASA (PPA) ATAU PAJAKAN FOTOVOLTA SURIA

Program NEM yang telah diperbaharui ini telah melahirkan peluang perniagaan Fotovolta Suria yang baharu bagi para pelabur di mana pelanggan boleh memilih untuk membeli tenaga elektrik yang dijana daripada sistem Fotovolta Suria dengan menandatangani perjanjian pembelian kuasa (PPA), melalui program pajakan Fotovolta Suria atau hibrid seperti yang ditawarkan oleh pelabur Fotovolta Suria

PERJANJIAN PEMBELIAN KUASA (PPA)

  • Bayaran pendahuluan boleh dirunding dan berdasarkan perjanjian di antara pelabur dan pengguna
  • Penyenggaraan & Prestasi Tanpa Kebimbangan
  • Pembayaran dalam Bentuk Tenaga (RM / kWj) - Anda akan membayar tenaga solar yang dijana (RM / kWh) daripada sistem PV
  • Tempoh pembayaran balik yang lebih lama
  • Pemasangan dilakukan oleh kontraktor EPC Pelabur
  • Sistem dimiliki oleh Pelabur

Pajakan Solar

  • Penyenggaraan & Prestasi Tanpa Kebimbangan
  • Tempoh pembayaran balik yang lebih lama
  • Bayaran Bulanan Tetap (RM) - Anda membayar "sewa" bulanan tetap untuk penggunaan sistem PV
  • Pemasangan dilakukan oleh kontraktor EPC Pelabur
  • Pemilikan sistem selepas tempoh pajakan berakhir

Kaedah Pembayaran

KONTRAK LANGSUNG
Image module
  • Perjanjian 2 pihak: Pengguna & Pelabur
  • Pungutan bayaran antara 2 pihak
SARE
Image module
  • Perjanjian tiga pihak: Pengguna, Pelabur & TNB
  • Pungutan bayaran melalui bil elektrik
  • TNB mengenakan bayaran 2 sen / kWj sebagai bayaran perkhidmatan
  • Amaun tertunggak tidak di bayar - TNB boleh memutuskan bekalan kuasa (ESA Akta Seksyen 29)

TUNAI, ATAU PINJAMAN BANK/KAD KREDIT

Pelanggan yang ingin menyertai Skim NEM yang baharu boleh melakukan pembelian sistem Fotovolta Suria secara terus samada melalui pembayaran tunai, pinjaman peribadi atau kad kredit.

Tunai

  • Sekali Bayar
  • Pemilik rumah adalah pemilik sistem

PINJAMAN / KAD KREDIT

  • Pembayaran berdasarkan kos sistem & kadar faedah
  • Tempoh pembayaran boleh berbeza-beza
  • Bayaran bulanan tetap
  • Kos pendahuluan bergantung pada kos sistem
  • Pemilik rumah adalah pemilik sistem
  • Penyenggaraan dan prestasi adalah berdasarkan pihak Pengeluar

NEM Rakyat & NEM GoMEn

 

Deskripsi Versi Muat turun
Garis Panduan bagi Pemasangan Fotovolta Suria (PV) di bawah program NEM Rakyat dan NEM GoMEn di Semenanjung Malaysia DIKEMAS KINI setakat 5 Februari 2024
Kontrak Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) bagi NEM Rakyat DIKEMAS KINI setakat 8 Mac 2021
Kontrak Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) bagi NEM GoMEn DIKEMAS KINI setakat 8 Mac 2021

PROSEDUR KAJIAN PENILAIAN PEMETERAN TENAGA BERSIH (NEMAS)

Sebelum membuat permohonan NEM, pihak yang berminat perlu menghubungi Pemegang Lesen Pengagihan (TNB) bagi menjalankan Kajian Penilaian NEM (NEMAS) bagi pepasangan melebihi 72kW. Secara amnya, keperluan NEMAS adalah diwajibkan bagi cadangan kapasiti pepasangan (kW) seperti di jadual di bawah:

Installed CapacityStudy RequiredFee of Study
1-72 kWNo-
>72 kW - 180 kWYesRM1,000.00
>180 kW - 425 kWYesRM5,000.00
>425 kW - 1 MWYesRM8,000.00

Kajian akan dilakukan oleh Pemegang Lesen Pengagihan (TNB) atau perunding yang diiktiraf oleh TNB untuk menentukan keperluan teknikal dan keselamatan serta menentukan kebolehlaksanaan penyambungan.

DescriptionVersionDownload
NEMAS Process FlowNEW as of 2 October 2019
NEM - Technical Study Application FormNEW as of 2 July 2018
Icon
126.23 KB
5564 Downloads
NEM Customer Load Profile FormNEW as of 2 July 2018
Icon
65.46 KB
4989 Downloads
List of TNB Nodal PointsNEW as of 14 April 2020
Icon
59.39 KB
4388 Downloads
List of Qualified ConsultantsUPDATED as of 1 December 2023

PROSEDUR PERMOHONAN METER NEM DAN MENANDATANGANI KONTRAK NEM

  • Sila klik Carta Aliran Proses Permohonan Meter NEMbagi maklumat aliran kerja.
  • Pemohon NEM perlu mengemukakan permohonan pemasangan Meter, hanya setelah kerja-kerja pemasangan Solar PV selesai sepenuhnya.
  • Sila pastikan keperluan meter dipenuhi mengikut Buku Panduan Permohonan Bekalan Elektrik (ESAH) TNB yang boleh didapati dari laman web TNB, sebelum mengemukakan permohonan.
  • Sila pastikan alamat emel pelanggan dalam Borang Permohonan Meter NEM dan Borang Akuan NEM dikemaskini untuk tujuan penghantaran surat tuntutan, Surat Akuan NEM dan bil NEM.
  • Hanya permohonan yang lengkap sahaja yang akan diproses. Permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada pemohon. TNB berhak untuk menolak permohonan yang tidak lengkap.
  • Serahan mesti dilakukan di Pejabat Subzon TNB, termasuk borang dan dokumen sokongan berikut:

Permohonan Meter Bagi Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) beserta semua borang dan dokumen sokongan seperti di bawah:

  • Borang Permohonan Meter NEM
  • Sijil NEM
  • Gambar meter TNB dan rangkaian penyambungan daripada grid;
  • Gambar lokasi meter yang dicadangkan (Sekiranya terdapat perubahan lokasi meter untuk meter yang sedia ada)

Kontrak NEM termasuk borang dan dokumen sokongan seperti berikut:

  • Borang Akuan NEM (Kontrak TNB)
  • Borang G & Borang H
  • Salinan Lesen Penjanaan oleh Suruhanjaya Tenaga (tertakluk kepada keperluan mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990)
  • Kontrak NEM (Domestik / Bukan Domestik)
  • Borang Pemeriksaan & Pentauliahan TNB
DescriptionVersionDownload
NEM Meter Application FormUPDATED as of 27 July 2020
Icon
464.12 KB
8312 Downloads
NEM Rakyat & NEM GoMEn Application Form (TNB Contract) UPDATED as of 13 July 2021
TNB Inspection & Commissioning FormNEW as of 2 July 2018
Icon
147.71 KB
3793 Downloads

BAGI SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:

Puan Sunarni binti Maulan

 

Telefon : 03-7967 9222
Emel : [email protected] / [email protected]

 

Lead (Green Energy Management)
Level 4, Tower D, TNB Platinum,
No 3, Jalan Bukit Pantai, Bangsar,
59100 Kuala Lumpur.

Program NOVA

 

Description Version Download
Garis Panduan bagi Pepasangan Fotovolta Suria (PV) di bawah program NOVA di Semenanjung Malaysia DIKEMASKINI setakat 5 Februari 2024
Kontrak Kategori A – Kontrak Net Offset bagi Pelanggan Bukan Domestik DIKEMASKINI setakat 15 Julai 2023
Kontrak Kategori B – Kontrak Net Offset Virtual Aggregation (Nova) bagi Pelanggan Bukan Domestik DIKEMASKINI setakat 16 April 2021

Prosedur bagi kajian penilaian sambungan (CAS)

Sebelum membuat permohonan NEM, pihak yang berminat perlu menghubungi Pemegang Lesen Pengagihan (TNB) untuk menjalankan Kajian Penilaian Sambungan (CAS).  CAS adalah merupakan prasyarat untuk kelulusan permohonan NOVA bagi pepasangan melebihi 72 kW. Secara amnya, keperluan CAS adalah diwajibkan bagi cadangan kapasiti pepasangan (kW) seperti di jadual di bawah:

Kapasiti Pepasangan (kW) Keperluan Menjalankan Kajian Yuran Kajian (RM)
1. Pepasangan pada Voltan Rendah & Voltan Sederhana
1-72kW Tidak -
>72kW – 180kW Ya RM 1000
>180kW – 425kW Ya RM 5000
>425kW – 1,000kW Ya RM 8000
>1,000kW – 2,000kW Ya RM 15000
>2,000kW – 5,000kW Ya RM 20000
2. Pemasangan pada Voltan Tinggi Berdasarkan caj yang dikenakan oleh Perunding Berkelayakan

PROSEDUR PERMOHONAN bagi METER Nova DAN MENANDATANGANI KONTRAK Nova

  • Sila klik Carta Aliran Proses Permohonan Meter NEMbagi maklumat aliran kerja.
  • Pemohon NOVA perlu mengemukakan permohonan pemasangan Meter, hanya setelah kerja-kerja pemasangan Solar PV selesai sepenuhnya
  • Sila pastikan keperluan meter dipenuhi mengikut Buku Panduan Permohonan Bekalan Elektrik (ESAH) TNB yang boleh didapati dari laman web TNB, sebelum mengemukakan permohonan.
  • Sila kemas kini alamat emel pelanggan dalam Borang Permohonan NOVA untuk tujuan penghantaran surat tuntutan, Surat Akuan NOVA dan bil NOVA.
  • Hanya permohonan yang lengkap sahaja yang akan diproses. Permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada pemohon. TNB berhak untuk menolak permohonan yang tidak lengkap.
  • Serahan mesti dilakukan di Pejabat Subzon TNB, termasuk borang dan dokumen sokongan berikut:

 

Permohonan Meter NOVA hendaklah mengandungi kesemua borang dan dokumen sokongan seperti di bawah:-

  • Borang Permohonan NOVA
  • Sijil NOVA
  • Gambar meter TNB dan rangkaian penyambungan daripada grid;
  • Gambar lokasi meter yang dicadangkan (Sekiranya terdapat perubahan lokasi meter untuk meter yang sedia ada)

 

Kontrak NOVA hendaklah mengandungi borang-borang dan dokumen sokongan seperti di bawah:-

  • Borang Permohonan NOVA (Kontrak TNB)
  • Borang G & Borang H
  • Salinan Lesen Penjanaan oleh Suruhanjaya Tenaga (tertakluk kepada keperluan mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990)
  • Kontrak NOVA (Kategori A / Kategori B)
  • Borang Pemeriksaan & Pentauliahan TNB
Deskripsi Versi Muat Turun
Borang Permohonan NOVA DIKEMASKINI setakat 13 Julai 2021
Borang Pemeriksaan & Pentauliahan TNB BARU setakat 2 Julai 2018

 

BAGI SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI

Puan Sunarni binti Maulan
Telefon : 03-7967 9222
Emel : [email protected] / [email protected]
Lead (Green Energy Management)
Level 4, Tower D, TNB Platinum,
No 3, Jalan Bukit Pantai, Bangsar,
59100 Kuala Lumpur.

RPVI adalah Pelabur Solar PV Berdaftar di Bawah Program NEM yang membolehkan mana-mana syarikat menjadi pelabur di bawah projek fotovolta suria. Di bawah RPVI, pelabur menyediakan perkhidmatan perjanjian pembelian kuasa (PPA) dan Pajakan Solar.

Direktori RPVI
RPVI Tempatan
  • Tiada had kapasiti
  • Harus diperbadankan/ditubuhkan secara tempatan
  • Modal berbayar minimum RM1 juta
RPVI Syarikat Asing
  • Hanya boleh memberikan perkhidmatan bagi kapasiti melebihi 250kW
  • Harus diperbadankan/ditubuhkan secara tempatan
  • Modal berbayar minimum RM10 juta
  • 80% dari tenaga kerja mestilah warga tempatan
  • Wajib mempunyai 100% kontraktor EPC tempatan

RPVSP adalah syarikat Pembekal Perkhidmatan Fotovolta Suria Berdaftar (RPVSP) yang merangkumi perkhidmatan seperti perundingan, reka bentuk, bekalan, pemasangan dan pengujian & pentauliahan sistem fotovolta suria yang lengkap.

DIREKTORI RPVSP
broc_nem_bm
RPVSP
RPVI

Sertailah kami untuk memelihara persekitaran dan meratakan keluk iklim untuk masa depan yang lebih lestari!

Untuk mengetahui bagaimana anda boleh mengambil bahagian dalam skema NEM ini, berikut adalah aliran kerja yang boleh anda rujuk:

Aliran Kerja NEM
Image module

Untuk mengetahui bagaimana anda boleh mengambil bahagian dalam skema NEM ini, berikut adalah aliran kerja NOVA yang boleh anda rujuk:

Aliran Kerja NEM
Image module

Berapa banyakkah yang boleh anda jimatkan dengan menggunakan solar? Jom ketahui pengiraanya melalui kalkulator pelaburan NEM kami.

Kalkulator NEM
Apakah konsep/mekanisme pelaksanaan Pemeteran Tenaga Bersih (Net Energy Metering, NEM) 3.0 yang akan dilaksanakan pada tahun 2021?

Kerajaan telah memperkenalkan program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) 3.0 untuk memberi peluang kepada lebih banyak pengguna untuk memasang sistem fotovolta suria di bumbung rumah atau bangunan masing-masing untuk mengurangkan bil elektrik. Program NEM 3.0 melibatkan tiga inisiatif baharu iaitu:

1) Program NEM Rakyat
2) Program NEM GoMEn (Kementerian dan Entiti Kerajaan)
3) Program NOVA (Net Offset Virtual Aggregation)

Maklumat lebih lanjut terdapat dalam jadual di bawah:

Bilakah program NEM 3.0 akan dilaksanakan dan berapakah jumlah kuota yang akan ditawarkan?

Program NEM 3.0 akan dilaksanakan bermula dari tahun 2021 sehingga 2023 dengan penawaran kuota sebanyak 500 megawatt (MW). Pecahan kuota adalah mengikut inisiatif/kategori berikut:

Inisiatif / Kategori Kuota Ditawarkan (MW) Tarikh Pembukaan Kuota
Program NEM Rakyat 100MW 1 Februari 2021 – 31 Disember 2023
Program NEM GoMEn (Kementerian dan Entiti Kerajaan) 100MW 1 Februari 2021 – 31 Disember 2023
Program NOVA (Net Offset Virtual Aggregation) 300MW 1 April 2021 – 31 Disember 2023
Siapakah yang layak memohon NEM Rakyat & NEM GoMEn?
  • Pengguna yang berdaftar atau sedang memohon untuk berdaftar dengan Tenaga Nasional Malaysia (TNB) di Semenanjung Malaysia;
  • Pengguna/pemohon yang tiada pepasangan sistem fotovolta suria di bawah mana – mana program suria fotovolta sebelum ini; dan
  • Pemohon yang memenuhi kriteria berikut:

 

Program Kriteria Pemohon Kategori Pengguna TNB Dibawah Tarif Berikut
Program NEM Rakyat Pengguna domestik yang menghuni premis kediaman persendirian yang tidak digunakan sebagai hotel, asrama atau digunakan untuk tujuan menjalankan segala bentuk perniagaan, perdagangan, kegiatan profesional atau perkhidmatan. Tarif Domestik
Program NEM GoMEn (Kementerian dan Entiti Kerajaan) Sebuah Kementerian, jabatan atau badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan di semua peringkat pentadbiran sama ada di peringkat persekutuan, negeri atau daerah termasuk pihak berkuasa tempatan Tarif Komersial
Apakah jenis pepasangan yang layak di bawah NEM Rakyat & NEM GoMEn?

Di bumbung rumah atau bangunan di dalam satu premis yang sama.

Berapakah had kapasiti maksimum yang dibenarkan untuk setiap permohonan NEM Rakyat & NEM GoMEn?
Program Had Kapasiti
Program NEM Rakyat Fasa Tunggal – 4 kWac Tiga Fasa – 10 kWac
Program NEM GoMEn (Kementerian dan Entiti Kerajaan)

Kapasiti maksimum pepasangan sistem fotovolta suria tidak melebihi 1,000 kW dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

a) untuk Pengguna Voltan Sederhana (Medium Voltage), tidak melebihi 75% Kehendak Maksimum (Maximum Demand,MD) berdasarkan:

  • purata Kehendak Maksimum yang direkodkan dalam tempoh 1 tahun sebelumnya; atau
  • Kehendak Maksimum yang diisytiharkan bagi tempoh kurang dari 1 tahun; dan

b) untuk Pengguna Voltan Rendah (low voltage), tidak melebihi 60% dari kadar fius (untuk meter langsung) atau 60% dari penarafan pengubah semasa (CT).

Bagaimana saya boleh mengemukakan permohonan NEM Rakyat & NEM GoMEn?

Permohonan di bawah program NEM Rakyat dan NEM GoMEn boleh dikemukakan kepada SEDA Malaysia melalui  sistem eNEM  di pautan https://services.seda.gov.my/nem/home. Pemohon NEM juga perlu melantik Pembekal Perkhidmatan Fotovolta Suria Berdaftar (RPVSP) di bawah SEDA Malaysia untuk membuat permohonan NEM. Senarai syarikat RPVSP di bawah SEDA Malaysia boleh didapati melalui laman sesawang SEDA Malaysia di pautan http://www.seda.gov.my/directory/registered-pv-service-provider-directory/

Selepas saya mendapat kelulusan NEM, bilakah saya perlu memulakan pepasangan solar PV?

Pemohon mesti memulakan pepasangan solar PV dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh kelulusan NEM. Kegagalan memulakan pepasangan solar PV dalam tempoh tersebut akan menyebabkan kelulusan NEM dibatalkan dan fi pemprosesan yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.

Apakah jenis meter yang diperlukan untuk NEM Rakyat & NEM GoMEn?

Terdapat dua jenis meter yang diperlukan untuk NEM Rakyat & NEM GoMEn dan butirannya adalah seperti di bawah:

  • Meter dua arah TNB (dengan ciri eksport-import) untuk merekodkan jumlah elektrik yang digunakan, dihasilkan, atau dieksport;
  • Meter fotovolta suria untuk merekodkan jumlah elektrik yang dihasilkan oleh sistem fotovolta suria.
Apakah tempoh masa maksimum yang dibenarkan dari permohonan kepada NEMCD?

12 bulan dari tarikh kelulusan NEM sehingga tarikh NEMCD sebenar. Jika tidak, kuota yang diperuntukkan akan ditarik balik dan ditawarkan kembali kepada calon pemohon NEM yang lain.

Jika saya merancang untuk memasang fotovolta suria untuk penggunaan sendiri (SELCO) dan telah mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan tiada aliran balik atau tenaga yang dieksport ke grid, adakah saya perlu memohon NEM?

Tidak perlu. Walaubagaimanapun, bagi sistem fotovolta suria dengan kapasiti melebihi 72 kW, lesen penjana (persendirian) dari Suruhanjaya Tenaga diperlukan dan tertakluk kepada peraturan yang berkaitan di bawah Akta Bekalan Elektrik (ESA). Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Garis Panduan Penyambungan Pemasangan Fotovolta Suria untuk Penggunaan Sendiri (SELCO) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Adakah saya layak untuk menyertai NEM 3.0?

Ya, selagi anda adalah pelanggan TNB. Pastikan anda adalah pelanggan TNB yang berdaftar (nama / nama syarikat anda tertera di bil TNB).

Jika saya merancang untuk memasang atau telah memasang sistem fotovolta suria untuk penggunaan sendiri (SELCO) dan telah mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan tiada aliran balik atau tenaga yang dieksport ke grid, adakah saya perlu memohon NEM?

Tidak, tetapi bagi sistem fotovolta suria dengan kapasiti melebihi 72 kW, lesen penjana (persendirian) dari Suruhanjaya Tenaga diperlukan dan tertakluk kepada peraturan yang berkaitan di bawah Akta Bekalan Elektrik (ESA). Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Garis Panduan Penyambungan Pemasangan Fotovolta Suria untuk Penggunaan Sendiri (SELCO) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Bagaimanakah sambungan di antara sistem fotovolta suria pengguna dan sistem pengagihan (distribution system) TNB?

Sambungan ke rangkaian TNB hanya boleh dilakukan melalui sambungan tidak langsung (in-direct connection), iaitu di papan agihan (Distribution Board) pemilik sahaja.

Apakah jenis insentif yang ada untuk pengguna NEM?

Pada masa ini, terdapat beberapa insentif Teknologi Hijau yang ditawarkan kepada syarikat yang layak dan maklumat lanjut mengenai  Insentif Teknologi Hijau boleh didapati di laman sesawang Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di pautan https://www.mida.gov.my/forms-and-guidelines/tax-incentives-for-green-industry/  

Adakah terdapat tempoh di dalam kontrak NEM diantara TNB dan Pengguna NEM?

Tempoh kontrak NEM adalah selama sepuluh (10) tahun dari tarikh permulaan kontrak NEM. Selepas sepuluh (10) tahun pepasangan fotovolta suria tersebut adalah untuk penggunaan sendiri (SELCO) di premis tersebut sahaja. Tiada offset dan roll-over yang akan dibenarkan bagi lebihan tenaga yang dieksport selepas sepuluh (10) tahun kontrak NEM.

Adakah pemilik dapat mengeluarkan wang tunai dari lebihan tenaga yang dihasilkan setiap bulan?

Tiada sebarang transaksi tunai di bawah program NEM Rakyat dan NEM GoMEn namun lebihan tenaga yang dihasilkan daripada sistem Solar PV yang tidak digunakan boleh dieksport ke grid TNB. Kredit yang diterima daripada lebihan tenaga tersebut akan digunakan untuk mengimbangi sebahagian daripada bil elektrik untuk tenaga yang dibekalkan oleh TNB sepanjang tempoh pengebilan yang terpakai. Kredit bersih tersebut dibenarkan untuk digunakan semula dalam tempoh maksimum dua belas (12) bulan sepanjang tempoh penyelesaian. Lebihan tenaga yang masih ada selepas tempoh tersebut akan dilucuthakkan.

Apakah yang dimaksudkan dengan Kajian Penilaian NEM (NEMAS)?

NEMAS adalah kajian untuk menentukan kesan teknikal terhadap talian pengagihan elektrik TNB dan menetapkan keperluan teknikal dan keselamatan yang mungkin diperlukan bagi setiap pepasangan NEM.

Pengguna NEM boleh mendapatkan khidmat TNB atau mana-mana pihak yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk menjalankan NEMAS bagi pepasangan melebihi 72kW.

Fi dan keperluan NEMAS adalah berdasarkan kapasiti pepasangan (kW) seperti di bawah:

 

Kapasiti Dipasang Kajian Diperlukan Yuran Pengajian (RM)
1 kW – 72 kW Tidak N/A
> 72 kW – 180 kW Ya RM 1,000
> 180 kW – 425 kW Ya RM 5,000
> 425 kW – 1 MW Ya RM 8,000
Saya telah mendapat kelulusan NEMAS tetapi tidak memperolehi kuota di bawah skim NEM 2.0. Bolehkah saya menggunakan kelulusan NEMAS yang telah diterima untuk NEM 3.0?

Ya. Selagi NEMAS masih dalam tempoh sahlaku dan kapasiti yang dipohon tidak melebihi kapasiti yang dipersetujui oleh TNB.

Adakah lesen penjanaan Suruhanjaya Tenaga diperlukan untuk permohonan NEM Rakyat & NEM GoMEn?

Lesen Penjanaan hanya diperlukan untuk pepasangan sistem fotovolta suria melebihi 24kWp untuk fasa tunggal dan melebihi 72kWp untuk tiga fasa.

Apakah maklumat & dokumen yang diperlukan untuk permohonan NEM?

Maklumat:

Profil pemohon;
Maklumat projek;
Informasi teknikal; dan
Pelan kerja yang dicadangkan.

 

Dokumen:

Rekabentuk Kejuruteraan Terperinci yang disahkan oleh Orang Berkelayakan;
Bil elektrik (3 bulan terkini) atau inbois yang dikeluarkan oleh TNB;
Kelulusan dan laporan NEMAS (bagi pepasangan melebihi 72kW); dan
Dokumen bukti pemilikan tapak projek.

Bagaimana untuk menyemak senarai orang kompeten elektrik (contohnya: pendawai elektrik) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga?

Anda boleh menyemak senarai orang kompeten elektrik di laman sesawang Suruhanjaya Tenaga di pautan https://ecos.st.gov.my/ms/senarai-orang-kompeten-berdaftar-elektrik-

Logo NEM 3.0

Banner NEM 3.0

Nama Telefon Emel
TS. EDISHAM MOHD SUKOR 03-8870 5865 [email protected]
IR. MOHD ZAMRI LATON 03-8870 5873 [email protected]
TS. MOHD IDHAM MOHAMMAD 03-8870 5824 [email protected]
RUBITA HANI ABD.SAMAD 03-8870 5829 [email protected]
FIKRI MOHD SHAMSUDDIN 03-8870 5828 [email protected]
SHARINA HISHAMUDDIN 03-8870 5837 [email protected]
AMEER DARWIESS BIN AMRAN 03-8870 5907 [email protected]