Insentif Tenaga Boleh Baharu

OLEH PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN TENAGA LESTARI

(SEDA) MALAYSIA

Lanjutan Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) & Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (GITE) hingga 2023.

Untuk Belanjawan 2020, kerajaan mengumumkan bahawa insentif Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (GITE) akan dilanjutkan hingga 2023.

 

Skim Pembiayaan Teknologi Hijau 2.0 (GTFS 2.0)

 

GTFS adalah merupakan skim pembiayaan yang ditawarkan kepada pelabur yang disokong oleh kerajaan dan menawarkan subsidi kadar faedah/keuntungan 2% setiap tahun untuk tujuh tahun pertama dan 60% jaminan kerajaan dari kos komponen hijau kepada institusi kewangan.

 

Untuk maklumat lebih lanjut layari: https://www.gtfs.my/