Pemeteran Tenaga Bersih (NEM)

OLEH PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN TENAGA LESTARI
(SEDA) MALAYSIA

Kementerian telah memperkenalkan beberapa inisiatif Fotovolta Suria untuk menggalakkan penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Malaysia. Susulan dari sesi Townhall berkaitan TBB yang diadakan pada 12 Julai 2018, salah satu isu utama yang diketengahkan oleh industri Fotovolta adalah keperluan untuk mengubah konsep Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) dari pembayaran bil bersih berdasarkan kos pembekalan sedia ada kepada pemeteran tenaga bersih sebenar. Ini akan membantu meningkatkan pulangan pelaburan Fotovolta Suria di bawah program NEM. Bermula 1 Januari 2019, program NEM telah ditambahbaik dengan pengenalan konsep pemeteran tenaga bersih sebenar bagi membolehkan lebihan tenaga yang dijana daripada Fotovolta Suria dieksport kembali ke grid berdasarkan pengimbangan “offset one-to-one”. Ini bermaksud untuk setiap 1kWj yang dieksport ke grid akan diimbangi dengan 1kWj yang digunakan dari grid, dan bukannya berdasarkan kepada Kos Pembekalan seperti sebelumnya.

 

Peruntukan kuota bagi NEM adalah sebanyak 500 MW sehingga tahun 2020. Peruntukan kuota dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Kediaman, Komersial, Perindustrian dan Pertanian. Skim NEM yang baharu ini hanya boleh digunakan di Semenanjung Malaysia dan pemohon mestilah pelanggan TNB yang berdaftar. Pogram NEM ini dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), dikawalselia oleh Suruhanjaya Tenaga (ST), dengan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia sebagai agensi pelaksana.

Konsep NEM
Image module

NEM merupakan satu konsep di mana tenaga yang dihasilkan dari pemasangan sistem Fotovolta Suria akan digunakan terlebih dahulu, dan lebihannya akan dieksport ke TNB dan diimbangi secara “offset one-to-one”. Skim ini terpakai untuk semua sektor domestik, komersil, perindustrian dan pertanian dengan syarat mereka ini adalah pelanggan TNB. Sistem Fotovolta Suria ini boleh dipasang di bumbung atau tempat letak kereta yang berada dalam kawasan premis mereka.

 

Berdasarkan pengalaman pelaksanaan Sistem Tarif Galakan (FiT), Fotovolta Suria adalah teknologi yang memerlukan pembinaan minima dan dengan kadar penghasilan yang tinggi berbanding dengan teknologi TBB yang lain. Salah satu faktor yang memacu perkembangan tersebut adalah penurunan kos sistem Fotovolta Suria sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Memandangkan teknologi Fotovolta Suria lebih mudah dilaksanakan dengan skim NEM, ia merupakan salah satu teknologi yang membolehkan orang awam memainkan peranan aktif untuk mengurangkan perubahan iklim dengan menghasilkan tenaga bersih, dan seterusnya mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan gas rumah hijau.

 

Skim NEM secara dasarnya adalah untuk melengkapi skim tarif galakan (FiT) dan skim Solar Berskala Besar (LSS) sedia ada dalam mencapai sasaran 20% TBB kebangsaan di dalam mempelbagai sumber kuasa elektrik dengan menggalakkan lebih banyak permohonan sistem Fotovolta Suria di atas bumbung dan seterusnya, usaha ini dapat membantu mengurangkan kebergantungan pada bahan bakar fosil yang diimport.

Tenaga yang dijana daripada system Fotovolta Suria akan digunakan terlebih dahulu oleh penguna NEM dan ini bermakna terdapat pengurangan tenaga yang akan diimport dari TNB. Di kebanyakan negara, skim NEM juga berkesan di dalam menangani perubahan atau peningkatan tarif elektrik pada masa akan datang terutamanya kepada pengguna elektrik yang berada di bawah blok tarif yang tinggi.

 

Di bawah skim NEM, sebarang lebihan tenaga yang dijana akan dieksport ke grid utility/TNB dan akan dibayar melalui pengimbangan “offset one-to-one”. Keutamaan program NEM adalah untuk kegunaan sendiri oleh pengguna NEM, namun beberapa premis terutamanya sektor perindustrian atau pengeluaran yang tidak beroperasi pada hujung minggu berkemungkinan akan mempunyai lebihan tenaga yang boleh dieksport ke grid. Jumlah kredit tersebut boleh dibawa ke hadapan dengan tempoh maksimum selama 24 bulan.

Kapasiti Maksima

Bagi pengguna domestik atau perumahan, kapasiti maksimum sistem PV yang dipasang ialah 12 kWac untuk sistem satu fasa atau 72 kWac untuk sistem tiga fasa.

Sesiapa yang menggunakan, bekerja atau mengendalikan pemasangan perlu mempunyai lesen seperti yang ditetapkan di bawah Garis Panduan ST mengenai Perlesenan Di Bawah Seksyen 9 Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447). . Keperluan perlesenan hanya terpakai untuk pemasangan sistem Fotovolta Suria dengan Kapasiti melebihi 24kW bagi system satu fasa dan melebihi 72kW bagi sistem tiga fasa.

Muat Turun Garis Panduan

MELALUI PERJANJIAN PEMBELIAN KUASA (PPA) ATAU PAJAKAN FOTOVOLTA SURIA

Program NEM yang telah diperbaharui ini telah melahirkan peluang perniagaan Fotovolta Suria yang baharu bagi para pelabur di mana pelanggan boleh memilih untuk membeli tenaga elektrik yang dijana daripada sistem Fotovolta Suria dengan menandatangani perjanjian pembelian kuasa (PPA), melalui program pajakan Fotovolta Suria atau hibrid seperti yang ditawarkan oleh pelabur Fotovolta Suria

PERJANJIAN PEMBELIAN KUASA (PPA)

  • Bayaran pendahuluan boleh dirunding dan berdasarkan perjanjian di antara pelabur dan pengguna
  • Penyenggaraan & Prestasi Tanpa Kebimbangan
  • Pembayaran dalam Bentuk Tenaga (RM / kWj) - Anda akan membayar tenaga solar yang dijana (RM / kWh) daripada sistem PV
  • Tempoh pembayaran balik yang lebih lama
  • Pemasangan dilakukan oleh kontraktor EPC Pelabur
  • Sistem dimiliki oleh Pelabur

Pajakan Solar

  • Penyenggaraan & Prestasi Tanpa Kebimbangan
  • Tempoh pembayaran balik yang lebih lama
  • Bayaran Bulanan Tetap (RM) - Anda membayar "sewa" bulanan tetap untuk penggunaan sistem PV
  • Pemasangan dilakukan oleh kontraktor EPC Pelabur
  • Pemilikan sistem selepas tempoh pajakan berakhir

Kaedah Pembayaran

KONTRAK LANGSUNG
Image module
  • Perjanjian 2 pihak: Pengguna & Pelabur
  • Pungutan bayaran antara 2 pihak
SARE
Image module
  • Perjanjian tiga pihak: Pengguna, Pelabur & TNB
  • Pungutan bayaran melalui bil elektrik
  • TNB mengenakan bayaran 2 sen / kWj sebagai bayaran perkhidmatan
  • Amaun tertunggak tidak di bayar - TNB boleh memutuskan bekalan kuasa (ESA Akta Seksyen 29)

TUNAI, ATAU PINJAMAN BANK/KAD KREDIT

Pelanggan yang ingin menyertai Skim NEM yang baharu boleh melakukan pembelian sistem Fotovolta Suria secara terus samada melalui pembayaran tunai, pinjaman peribadi atau kad kredit.

Tunai

  • Sekali Bayar
  • Pemilik rumah adalah pemilik sistem

PINJAMAN / KAD KREDIT

  • Pembayaran berdasarkan kos sistem & kadar faedah
  • Tempoh pembayaran boleh berbeza-beza
  • Bayaran bulanan tetap
  • Kos pendahuluan bergantung pada kos sistem
  • Pemilik rumah adalah pemilik sistem
  • Penyenggaraan dan prestasi adalah berdasarkan pihak Pengeluar

GARIS PANDUAN PEMASANGAN FOTOVOLTA SOLAR PADA SKIM PEMETERAN TENAGA BERSIH (NEM)

2.0

 

Penerangan Muat Turun
Guidelines for Solar Photovoltaic Installation on Net Energy Metering Scheme_Rev 2 2019 & Schedule 1
NEM Contract for Domestic Consumer_Rev 2019
NEM Contract for Non-Domestic Consumer_Rev 2019

PROSEDUR PENILAIAN KAJIAN PEMETERAN TENAGA BERSIH (NEMAS)

Sebelum melakukan permohonan NEM, pihak yang berminat diminta untuk menghubungi Pemegang Lesen Pengagihan (TNB) bagi menjalankan Kajian Penilaian NEM (NEMAS) bagi pemasangan melebihi 72 kW. Secara amnya, keperluan untuk kajian adalah wajib mengikut cadangan pemasangan berdasarkan kW seperti yang ditunjukkan jadual di bawah:

KAPASITI PEMASANGANKAJIAN DIPERLUKANYURAN KAJIAN
1-72 kWTidak-
>72 kW - 180 kWYaRM1,000.00
>180 kW - 425 kWYaRM5,000.00
>425 kW - 1 MWYaRM8,000.00

Kajian akan dilakukan oleh Pemegang Lesen Pengagihan (PLP) atau perunding yang dilantik untuk menentukan keperluan teknikal dan keselamatan dan menentukan kebolehlaksanaan penyambungan.

PeneranganVERSIMuat Turun
Aliran Proses NEMASBARU pada 2 Oktober 2019
NEM - Borang Permohonan Kajian TeknikalBARU mulai 2 Julai 2018
126.23 KB
1694 Downloads
Borang Profil BebanPelanggan NEMBARU mulai 2 Julai 2018
65.46 KB
1636 Downloads
Senarai Titik Nodal TNBBARU pada 14 April 2020
59.39 KB
1028 Downloads
Senarai Perunding BerkelayakanDIKEMASKINI pada 19 Februari 2021

PROSEDUR PERMOHONAN METER NEM DAN MENANDATANGANI KONTRAK NEM

  • Sila klik Carta Aliran Proses Permohonan NEM bagi maklumat aliran kerja.
  • Pemohon NEM mesti mengemukakan permohonan pemasangan Meter, hanya setelah semua kerja pemasangan Solar PV selesai sepenuhnya.
  • Sila pastikan keperluan meter dipenuhi mengikut Buku Panduan Permohonan Bekalan Elektrik (ESAH) TNB yang boleh didapati dari laman web TNB, sebelum mengemukakan permohonan.
  • Sila pastikan alamat emel pelanggan dalam Borang Permohonan Meter NEM dan Borang Akuan NEM dikemaskini untuk memastikan penghantaran surat tuntutan, Surat Akuan NEM dan bil NEM.
  • Hanya permohonan yang lengkap sahaja yang akan diproses. Permohonan yang tidak lengkap akan di kembalikan kepada pemohon. TNB berhak untuk menolak permohonan yang tidak lengkap.
  • Serahan mesti dilakukan di Pejabat Subzon TNB, termasuk borang dan dokumen sokongan berikut:

Permohonan Meter Bagi Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) beserta semua borang dan dokumen sokongan seperti di bawah:

  • Borang Permohonan Meter NEM
  • Sijil NEM
  • Gambar meter TNB dan rangkaian penyambungan daripada grid;
  • Gambar lokasi meter yang dicadangkan (Sekiranya terdapat perubahan lokasi meter untuk meter yang ada)

Kontrak NEM termasuk borang dan dokumen sokongan seperti berikut:-

  • Borang Akuan NEM (Kontrak TNB)
  • Borang G & Borang H
  • Salinan Lesen Penjanaan oleh Suruhanjaya Tenaga (tertakluk kepada keperluan mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990)
  • Kontrak NEM (Domestik / Bukan Domestik)
  • Borang Pemeriksaan & Pentauliahan TNB
PeneranganVersiMuat Turun
Borang Permohonan Meter NEMDIKEMASKINI pada 27 Julai 2020
464.12 KB
1089 Downloads
Borang NEM Rakyat & NEM GoMEn (Kontrak TNB)KEMASKINI pada 22 Mac 2021
Borang Pemeriksaan & Pentauliahan TNBBARU mulai 2 Julai 2018
147.71 KB
1807 Downloads

ATAU SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:

Puan Sunarni binti Maulan

 

Telefon : 03-7967 9222
Emel : sunarni@tnb.com.my / re@tnb.com.my

 

Tenaga Nasional Berhad, Level 16, Wisma TNB
No 19, Jalan Timur, 46200, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.