About SEDA Policies Net Metering Feed-in Tariff (FiT) Statistics & Monitoring EE Download & Media Directory Events & Trainings FAQ
OTHERS NEWS
Four IPP contracts axed amid spending cuts   13/07/2018
Four IPP deals scrapped, more under review   13/07/2018
Government allocates RM114 million to subsidise electricity   13/07/2018
Electricity tariffs to remain till Dec, minister says govt absorbing costs   12/07/2018
Kerajaan peruntukkan RM114 juta subsidi surcaj pengguna domestik   12/07/2018
No increase in electricity tariffs for domestic users in the next six months, says Minister   12/07/2018
Putrajaya to cancel four new IPPs, another four under review   12/07/2018
Yeo Bee Yin : Malaysia decided to cancel 4 IPP contracts   12/07/2018


Home  »  Others News


ISES 2018 beri komitmen untuk tingkat usaha tenaga lestari
 

Thursday, 12 April 2018

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa Keempat (ISES 2018) yang berlangsung selama dua hari di Kuching, berakhir semalam dengan komitmen untuk meningkatkan usaha tenaga lestari.

Menteri Utiliti Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, yang merasmikan majlis penutup, dalam satu kenyataan, berkata sidang kemuncak itu menyediakan banyak pengetahuan daripada pemimpin dalam sektor tenaga lestari dan juga merupakan platform bagi negeri itu untuk mempamerkan pengalaman sendiri dalam usaha tenaga boleh diperbaharui.

Beliau yakin sidang kemuncak itu telah menghasilkan pelbagai manfaat untuk memacu usaha Sarawak ke arah menjadi kuasa utama serantau di rantau ASEAN dan dalam merealisasikan Grid Borneo.

Tumpuan sidang kemuncak itu termasuk potensi untuk mencapai 100 peratus tenaga boleh diperbaharui dalam campuran tenaga elektrik oleh usaha-usaha kerajaan persekutuan dan negeri serta syarikat-syarikat.


Terdapat juga keperluan bagi utiliti untuk berkembang dan menyesuaikan dengan paradigma tenaga baru untuk memanfaatkan inovasi teknologi dan aplikasinya yang secara drastik dapat mengubah pengurusan tenaga, di samping membolehkan kapasiti penyimpanan tenaga untuk meningkatkan tenaga boleh diperbaharui serta menyediakan pembiayaan melalui sukuk hijau atau pembiayaan bagi projek yang boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga.

Hari pertama sidang kemuncak itu menyaksikan sesi pemadanan perniagaan bagi industri solar dan bukan solar yang melibatkan entiti berkaitan termasuk Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia, Persekutuan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia -Sarawak, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu serta Kumpulan Bank Dunia.

Agensi lain yang terlibat ialah Pusat Inovasi & Kreativiti Global Malaysia, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia - Sarawak, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Sarawak, dan Persatuan Industri Fotovolta Malaysia.

Rundi mengucapkan tahniah kepada usaha Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Boleh Diperbaharui (SEDA) Malaysia dan pasukan dari kementeriannya.

Menurut SEDA, sidang kemuncak itu menyaksikan rekod baru dengan hampir 900 peserta, 50 peserta pameran dan 47 penaja yang datang dari sekurang-kurangnya 25 negara dan menerima banyak pujian daripada peserta antarabangsa dan domestik.

Pengerusi SEDA, Datuk Dr Yee Moh Chai mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Sarawak di atas penganjuran majlis makan malam gala dengan kira-kira 800 tetamu pada hari pertama sidang kemuncak itu.

ISES kelima akan diadakan pada 2020.

Link: Bernama

 
Copyright © 2018 SEDA Malaysia. All Rights Reserved.
Terms and Conditions of Use Links Enquiry Contact Us FAQs Sitemap