About SEDA Policies Net Metering Feed-in Tariff (FiT) Statistics & Monitoring EE Download & Media Directory Events & Trainings FAQ
ANNOUNCEMENTS
BRIEFING ON NET ENERGY METERING (NEM) & SUPPLY AGREEMENT FOR RENEWABLE ENERGY (SARE) TO REGISTERED SERVICE PROVIDERS   15/11/2018
Clarification to the eBidding mechanism for Biogas project   13/11/2018
Flushing off all unsuccessful registered profiles and applications of Company in preparation for the release of 2022 Biogas (30MW) through the e-bidding   09/11/2018
Continuous Development Programme (CDP) for SEDA Malaysia Grid-Connected Solar PV Systems Design Qualified Persons (QPs)   02/11/2018
REGISTERED PV SERVICE PROVIDERS RENEWAL AND NEW REGISTRATION FOR THE YEAR 2019   01/11/2018
Quota Release for Biogas   25/10/2018
Quota Release for Small Hydro and Biomass   25/10/2018
MINISTER YB YEO BEE YIN ANNOUNCES REVOCATION OF NON-PERFORMING FEED-IN TARIFF PROJECTS AND NEW QUOTA RELEASE BY SEDA IN Q4 2018   18/10/2018


Home  »  Announcements


SEDA (SH) 12/ 2018 - Sebut Harga bagi Pelaksanaan Kerja-Kerja Retrofit Sistem Lampu di Bangunan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (Mestecc), Blok C5, Parcel C, Putrajaya
 

NOTIS SEBUT HARGA

  1. Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat / pembekal yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:

NO. SEBUT
HARGA

TAJUK

KOD BIDANG

TARIKH IKLAN DAN TARIKH  TUTUP

SEDA(SH)-12/2018

PELAKSANAAN KERJA-KERJA RETROFIT SISTEM LAMPU DI BANGUNAN KEMENTERIAN TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR & PERUBAHAN IKLIM (MESTECC), BLOK C5, PARCEL C, PUTRAJAYA

  1. KERJA-KERJA PENGEZONAN (REZONING) SEMULA SISTEM LAMPU DI BANGUNAN C5; DAN
  2. KERJA-KERJA PERTUKARAN LAMPU LED DI BANGUNAN C5.
     

CIDB:
Gred G2 sehingga G7
Kategori: ME
Pengkhususan:
E04 (Pemasangan Voltan Rendah)/E11 (Kerja Am Elektrik)/ E03/E17


Suruhanjaya Tenaga:
Kontraktor Elektrik Berdaftar,
Kelas A/B/C

Tarikh Iklan:
5 September 2018
(Rabu)


Tarikh Taklimat:
6 September 2018
(Khamis)


Masa:
11:00 Pagi

Tempat Taklimat:
Bilik Mesyuarat Kasturi, Bahagian Pemantauan Dan Penilaian, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC), Aras 2, Blok C5, Putrajaya

Tarikh Tutup:
19 September 2018
(Rabu)


Masa:
12:00 Tengah Hari
  1. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Pelaksanaan Kerja-kerja Retrofit Sistem Lampu Di Bangunan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC), Blok C5, Parcel 5, Putrajaya.
  • Kerja-kerja pengezonan (rezoning) semula sistem lampu di bangunan C5; dan
  • Kerja-kerja pertukaran lampu LED di bangunan C5.
  1. Sesi Taklimat Sebut Harga dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN kepada firma / syarikat yang ingin menyertai sebut harga ini dan akan diadakan pada 6 September 2018 (Khamis) pada jam 11:00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Kasturi, Bahagian Pemantauan Dan Penilaian, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC), Aras 2, Blok C5, Putrajaya. Pembekal hendaklah membawa satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Sijil Perakuan Pendaftaran Sebagai Kontraktor Elektrik dari Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Cop Syarikat semasa menghadiri sesi taklimat. Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Taklimat Sebut Harga boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
  1. Dokumen Sebut Harga hanya akan dijual pada 5 September 2018 (Rabu) sehingga 7 September 2018 (Jumaat) iaitu pada waktu pejabat jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang bertempat di Ibu Pejabat SEDA Malaysia, Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja) secara TUNAI sahaja. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pembekal.
  1. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeterai dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga disebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:

Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Tingkat 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya

  1. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.
  1. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
 
Copyright © 2018 SEDA Malaysia. All Rights Reserved.
Terms and Conditions of Use Links Enquiry Contact Us FAQs Sitemap