-
-
Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat yang berpengalaman, berkelayakan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) (pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Sebut Harga ini ditutup) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menyediakan perkhidmatan berikutt:
No. Sebut Harga Tajuk Sebut Harga Kod Bidang Tarikh Iklan, Tarikh Taklimat dan Tarikh Tutup
SEDA(SH)-20/2025
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MEREKA BENTUK, MEMBEKAL DAN MEMASANG GALERI BANGUNAN PEJABAT SEDA MALAYSIA
Kementerian Kewangan Malaysia
221305
dan
mana-mana010301
atau
020901
Tarikh Iklan:
3 November 2025
(Isnin)Tarikh Taklimat:
5 November 2025
(Rabu)Tempat Taklimat:
Secara dalam talian
(Microsoft Teams)Masa Taklimat:
11:00 pagiTarikh Tutup:
13 November 2025
(Khamis)Masa:
12:00 tengah hari2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Sebut Harga Perkhidmatan Mereka Bentuk, Membekal dan Memasang Galeri Bangunan Pejabat SEDA Malaysia.
3. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada syarikat yang ingin menyertai Sebut Harga ini dan akan diadakan secara dalam talian (Microsoft Teams) pada 5 November 2025 (Rabu), pukul 11:00 pagi. Syarikat boleh membuat permohonan melalui e-mel kepada [email protected] selewat-lewatnya pada 5 November 2025 (Rabu; pukul 10:00 pagi) dengan menyertakan bersama:
-
-
-
- Borang Pengesahan Kehadiran (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my);
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) (berserta lampiran kod bidang 221305 dan mana-mana 010301 atau 020901); dan
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Borang 9/D/13/lain-lain).
-
-
4. Kegagalan atau lewat hadir ke sesi taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan pemohon tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Syarikat yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Sebut Harga ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua syarikat yang berbeza. Wakil syarikat hendaklah penama di dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan atau orang yang diberi kuasa (Surat Penurunan Kuasa perlu disertakan).
-
5. Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibeli secara dalam talian. Dokumen Sebut Harga mula dijual pada 3 November 2025 (Isnin, pukul 9:00 pagi hingga 4:00 petang) sehingga 13 November 2025 (Khamis, pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit: Satu Ratus Sahaja).
-


Borang Pembelian
DokumenBorang Pengesahan Kehadiran 6. Syarikat hendaklah mengemukakan permohonan pembelian kepada [email protected] dengan menyertakan bersama Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga (boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia www.seda.gov.my); dan dokumen sokongan seperti di perkara 3. Unit Perolehan akan memberikan butiran bayaran melalui e-mel kepada syarikat selepas semakan permohonan disahkan.
-
7. Semua kos berkaitan cadangan tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pemohon. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja. Syarikat hendaklah mengemukakan resit pembayaran melalui e-mel kepada [email protected]. Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.
-
8. Cadangan tawaran (mestilah dalam dua (2) bentuk iaitu hardcopy dan softcopy (pendrive)) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia
Aras 6, Cyberview 23A
Persiaran APEC, Cyber 6
63000 Cyberjaya, Selangor9. Jika serahan dokumen adalah melalui perkhidmatan kurier, Syarikat hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kurier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Syarikat juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup sebut harga selewat-lewatnya pada pukul 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
10. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
11. Cadangan tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
12. Syarikat yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.

