Apakah Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR) : CHILLER?
Program NUR:CHILLER adalah program yang dilaksana oleh SEDA Malaysia dengan memberikan e-Rebat sebanyak RM250/RT (maksimum sebanyak RM500,000) kepada pemilik syarikat yang menukar chiller baharu bagi tujuan comfort cooling pada tahun 2025.
OBJEKTIF PROGRAM
Meningkatkan tahap kesedaran orang ramai termasuk industri dan komersial terhadap penggunaan peralatan yang cekap tenaga yang akan mengurangkan kos penggunaan tenaga elektrik;
Menggalakkan amalan cekap tenaga dalam kalangan domestik, industri dan komersial;
Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang di pasaran;
Meningkatkan tahap kecekapan tenaga yang diukur berdasarkan Malaysian Standards (MS) 1525; dan
Menyelamatkan alam sekitar dengan pengurangan pelepasan gas rumah kaca hasil dari pengurangan penjanaan tenaga.
Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama dua (2) tahun dari Januari 2025 hingga Disember 2026.
Sistem chiller yang telah beroperasi 10 tahun ke atas;
Tahap kecekapan tenaga yang rendah berdasarkan Malaysian Standards: (MS) 1525;
Tujuan penyaman udara (comfort cooling) terbuka kepada pemilik bangunan industri dan komersial di seluruh Malaysia;
Rebat sebanyak RM250/RT (Maksimum RM 500,000 bersamaan 2,000RT) untuk kategori premis yang memberikan perkhidmatan sosial seperti kesihatan dan pendidikan;
Rebat sebanyak RM250/RT (Maksimum RM 250,000 bersamaan 1,000RT) untuk kategori premis di bawah sektor ekonomi yang lain seperti hotel, pusat membeli belah dan lain-lain.