Banner image

PENGUMUMAN TERKINI

(01/07/2026) PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PROGRAM NUR@PETRA TAHUN 2026 BAGI KATEGORI DOMESTIK

Tuan/Puan,

Susulan pengumuman oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), pelaksanaan Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR@PETRA) Tahun 2026 bagi kategori Domestik telah bermula pada 1 Julai 2026 sehingga 31 Disember 2026, tertakluk kepada kuota yang disediakan secara first come, first serve basis.

Program ini menawarkan diskaun e-Rebat sebanyak RM200 kepada pengguna domestik bagi pembelian penyaman udara atau peti sejuk berlabel 4 atau 5 bintang cekap tenaga.

Sehubungan itu, pengguna domestik adalah dinasihatkan untuk membuat semakan kelayakan terlebih dahulu serta memastikan pembelian dibuat bagi produk yang tersenarai di bawah Program NUR@PETRA melalui pekedai berdaftar.

Pautan semakan dalah seperti berikut:

  1. Semakan Kelayakan Pengguna
    https://nur.seda.gov.my/publics/check
  2. Senarai Pekedai Berdaftar
    https://nur.seda.gov.my/publics/retailer
  3. Senarai Produk Tersenarai di bawah Program NUR@PETRA
    https://nur.seda.gov.my/publics/product

Dokumen rujukan berkaitan Program NUR@PETRA bagi kategori Domestik turut disediakan di laman sesawang Program NUR@PETRA untuk rujukan pengguna dan pekedai berdaftar.

Bagi pekedai berdaftar, penolakan terus bagi diskaun e-Rebat RM200 hendaklah diberikan terlebih dahulu kepada pembeli sebelum tuntutan dikemukakan melalui Sistem NUR. Semua tuntutan yang dihantar hendaklah mematuhi Standard Operating Procedure (SOP), Terma dan Syarat serta garis panduan Program NUR@PETRA yang telah ditetapkan.

Kerjasama dan perhatian semua pihak dalam memastikan kelancaran pelaksanaan Program NUR@PETRA amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Pasukan Projek
Program NUR@PETRA
Tel: 03-8870 5869 | 5864 | 5947 | 5915
E-mel: [email protected]
NUR@PETRA

(24/06/2026) Pengumuman Terkini Program NUR@PETRA 2026

Tuan/Puan, 

Program NUR@PETRA tahun 2026 dibuka kepada dua kategori iaitu NUR: DOMESTIK dan NUR: CHILLER, tertakluk kepada kuota secara first come, first serve basis. 

Butiran lanjut berkenaan kedua-dua kategori di bawah Program NUR@PETRA 2026 adalah seperti berikut: 

KATEGORI 1 – NUR: DOMESTIK 

      • Diskaun e-Rebat sebanyak RM200 kepada pengguna domestik/isi rumah bagi pembelian peralatan elektrik cekap tenaga yang berlabel 4 atau 5 bintang.
      • Tarikh pelaksanaan diskaun e-Rebat NUR: DOMESTIK akan diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
      • Pekedai berdaftar boleh mengemaskini profil kedai, manakala pekedai yang berminat untuk mendaftar boleh mengemukakan permohonan melalui sistem NUR di www.nur.seda.gov.my/login sebelum tuntutan dibuka.

KATEGORI 2 – NUR: CHILLER 

      • Rebat sehingga RM500,000 kepada pengguna industri dan komersial bagi penukaran sistem penyejukan cekap tenaga untuk tujuan comfort cooling.
      • Rebat NUR: CHILLER telah bermula pada 1 Mac 2025 dan akan berakhir pada 31 Disember 2026, tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
      • Pemohon dinasihatkan supaya memastikan semua maklumat dan dokumen sokongan adalah lengkap, tepat dan sah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pasukan Projek NUR atau layari laman sesawang www.seda.gov.my/nur 

Sekian, terima kasih. 

 

Pasukan Projek 

Program NUR@PETRA 

Tel: 03-8870 5869 | 5864 | 5947 | 5915 | 5953 | 5970 

E-mel: [email protected] 

Diskaun e-Rebat RM 200
NUR : DOMESTIK
KLIK DI SINI
Banner image
Rebat sehingga RM 500,000
NUR : CHILLER
KLIK DI SINI
Banner image

Sebuah program Rebat oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang dijenamakan semula daripada Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) yang dilaksanakan oleh SEDA Malaysia untuk memberi manfaat kepada pengguna domestik bagi pembelian peralatan elektrik cekap tenaga oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Energy Commission of Sabah (ECoS) kini diperluaskan merangkumi pihak industri dan komersial.

 

Program NUR@PETRA bagi tahun 2026 terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  • NUR:DOMESTIK yang menawarkan diskaun e-Rebat kepada pengguna akaun elektrik domestik; dan
  • NUR:CHILLER yang menyediakan rebat kepada sektor industri dan komersial.
01.
01.
Meningkatkan tahap kesedaran terhadap penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga yang akan membantu mengurangkan kos penggunaan tenaga elektrik;
02.
02.
Menggalakkan amalan cekap tenaga di kalangan orang awam, industri dan komersial; dan
03.
03.
Menyelamatkan alam sekitar dengan pengurangan pelepasan gas rumah hijau hasil dari pengurangan penjanaan tenaga.
Sebarang Pertanyaan Klik DiSini

Dibiayai oleh Kerajaan Malaysia dan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE)

DENGAN KERJASAMA:

SURUHANJAYA TENAGA (ST)

dan

ENERGY COMMISSION of SABAH (ECoS)

PROGRAM DI BAWAH:

KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA)

AGENSI PELAKSANA:

SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA