Banner image
Apa Itu Program NUR: Rebat Sistem Penyejukan Cekap Tenaga?
Banner image
Image
1. Meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan sektor industri dan komersial mengenai kepentingan penggunaan sistem penyejukan dan peralatan elektrik yang cekap tenaga bagi mengurangkan kos penggunaan tenaga elektrik;
Image
2. Menggalakkan amalan cekap tenaga dalam sektor industri dan komersial melalui penggantian sistem chiller sedia ada kepada chiller baharu yang lebih cekap dan berprestasi tinggi;
Image
3. Meningkatkan tahap kecekapan tenaga yang diukur berdasarkan Malaysian Standards (MS) 1525; dan
Image
4. Menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar melalui pengurangan penggunaan tenaga elektrik serta pengurangan pelepasan gas rumah kaca hasil daripada pengurangan penjanaan tenaga

Garis Panduan NUR: Chiller

Borang A1

Borang A2

Sampel Lengkap Borang A2

Banner image
Banner image
Banner image
Banner image

a) SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON PROGRAM INI?

Pemohon yang layak adalah pemilik bangunan, termasuk:

        • Bangunan industri
        • Bangunan Komersial (pejabat, pusat membeli-belah, hotel, dll.)
        • Premis perkhidmatan sosial (kesihatan, pendidikan)

(Pengilang, pembekal, vendor, ESCO atau EPC tidak boleh memohon secara langsung)

b) ADAKAH PROJEK ESCO ATAU EPC DIBENARKAN MEMOHON?

Ya. Model ESCO/EPC dibenarkan, dengan syarat:

        • Pemilik bangunan adalah pemohon rasmi, dan
        • Semua keperluan teknikal serta proses verifikasi dipatuhi.

c) ADAKAH CHILLER SEDIA ADA MASIH BEROPERASI?

Ya. Hanya chiller yang masih beroperasi layak memohon. Penilaian dibuat pada peringkat sistem dan bukan unit chiller secara individu.

d) ADAKAH SISTEM BERTUJUAN COOLING PROCESS LAYAK UNTUK MEMOHON?

Tidak. Program ini hanya meliputi chiller untuk tujuan comfort cooling dan tidak termasuk process cooling.

e) BAGAIMANAKAH KAPASITI CHILLER YANG DILULUSKAN DITENTUKAN?

Jumlah rebat dan kapasiti RT yang diluluskan adalah berdasarkan penilaian teknikal Ahli Jawatankuasa, dengan mengambil kira load profile penyejukan bangunan dan konfigurasi sistem.

f) APAKAH ALIRAN PROSES PERMOHONAN?

    1. Penghantaran borang A1 & A2 beserta dokumen sokongan
    2. Semakan dan penilaian oleh Ahli Jawatankuasa Penilaian dan Pemantauan Program NUR (JKPPPN)
    3. PreVerification oleh Verifier yang dilantik SEDA (sebelum pelupusan/pemasangan)
    4. Kelulusan Laporan PreVerification oleh Ahli JKPPPN
    5. Pemasangan dan Testing & Commissioning
    6. PostVerification oleh Verifier yang sama
    7. Kelulusan Laporan PostVerification
    8. Syor pembayaran rebat kepada pemilik bangunan.

g) BOLEHKAH PEMASANGAN DIMULAKAN SEBELUM PRE-VERIFICATION?

Tidak. Pre‑Verification mesti dijalankan dan diluluskan terlebih dahulu sebelum sebarang kerja pemasangan dilakukan.

h) BERAPAKAH TEMPOH PELAKSANAAN PROJEK?

Projek perlu disiapkan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh kelulusan dan mestilah selesai sebelum 31 Disember 2026, termasuk proses Post‑Verification.

i) ADAKAH LOAD PROFILE DIWAJIBKAN?

Ya. Load profile penyejukan adalah wajib, bagi:

        • menentukan kapasiti chiller yang sesuai,
        • mengelakkan over‑sizing, dan
        • menyokong penilaian teknikal.

j) LOAD PROFILE INDIVIDU ATAU GABUNGAN?

Jika sistem adalah chiller plant bersama, load profile gabungan perlu dikemukakan. Load profile individu hanya diperlukan jika chiller beroperasi secara berasingan.

k) STANDARD APAKAH YANG PERLU DIPATUHI OLEH CHILLER BAHARU?

Chiller yang dicadangkan perlu mematuhi standard berkaitan, termasuk MS:1525, serta menunjukkan peningkatan kecekapan tenaga.

l) BOLEHKAH LAPORAN PRE DAN POST VERIFICATION DIHANTAR SERENTAK?

Tidak.

        • Laporan Pre‑Verification mesti dihantar dan diluluskan terlebih dahulu.
        • Laporan Post‑Verification hanya boleh dihantar selepas pemasangan selesai.

Sebarang pertanyaan yang berkenaan, hubungi

Pegawai Program NUR
Bahagian Pembangunan Fasilitasi dan Teknikal
SEDA Malaysia
03-8870 5953 / 5970
Emel: [email protected]

www.seda.gov.my/nur
www.saveenergy.gov.my

 

Dibiayai oleh Kerajaan Malaysia dan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE)

DENGAN KERJASAMA:
SURUHANJAYA TENAGA (ST)

dan

ENERGY COMMISSION of SABAH (ECoS)

PROGRAM DI BAWAH:
KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA)
AGENSI PELAKSANA:
SEDA MALAYSIA
[/vc_row]

I am text block. Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

I am text block. Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.