-
-
Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat yang berpengalaman, berkelayakan dan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) (pendaftarannya masih berkuatkuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Sebut Harga ini ditutup) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk melaksanakan kerja berikut:
No. Sebut Harga Tajuk Sebut Harga Kod Bidang Tarikh Iklan,
Tarikh Taklimat dan Tarikh TutupSEDA(SH)-12/2025
Kerja-Kerja Rekabentuk Dan Hiasan Landskap Untuk Bangunan Pejabat SEDA Malaysia
Syarikat berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai:
- Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK):
- Gred G1
- Kategori: CE (Kejuruteraan Awam)
- Pengkhususan:
- CE14 (Landskap diluar bangunan)
- Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK); dan
- Sijil Taraf Bumiputera (STB).
Tarikh Iklan:
25 Julai 2025
(Jumaat)Tarikh Taklimat:
1 Ogos 2025
(Jumaat)Tempat Taklimat:
Bangunan 3517,
Jalan Teknokrat 5, Cyberjaya SelangorMasa Taklimat:
10:00 pagiTarikh Tutup:
11 Ogos 2025
(Isnin)Masa:
12:00 tengah hari2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Kerja-Kerja Rekabentuk Dan Hiasan Landskap Untuk Bangunan Pejabat SEDA Malaysia.
3. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada syarikat yang ingin menyertai Sebut Harga ini dan akan diadakan secara fizikal di alamat yang tertera di perkara 1 pada 1 Ogos 2025 (Jumaat), pukul 10:00 pagi. Syarikat boleh membuat permohonan melalui e-mel kepada [email protected] selewat-lewatnya pada 1 Ogos 2025 (Jumaat), pukul 9:30 pagi dengan menyertakan bersama:
- Borang Pengesahan Kehadiran (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (seda.gov.my);
- Satu (1) salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) – Gred G1, Kategori: CE (Kejuruteraan Awam), CE14 (Landskap diluar Bangunan);
- Satu (1) salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK);
- Satu (1) salinan Sijil Taraf Bumiputera (STB); dan
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Borang 9/D/13/dll.)
4. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan tawaran Penyebut Harga tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Syarikat yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Sebut Harga ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua syarikat yang berbeza. Wakil syarikat hendaklah penama di dalam Sijil SPKK atau orang yang diberi kuasa (Surat Penurunan Kuasa perlu disertakan).
-
-
5. Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibeli secara dalam talian. Dokumen Sebut Harga mula dijual pada 25 Julai 2025 (Jumaat, pukul 9:00 pagi hingga 4:00 petang) sehingga 11 Ogos 2025 (Isnin, pukul 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit : Satu Ratus Sahaja).
-
6. Syarikat hendaklah mengemukakan permohonan pembelian kepada [email protected] dengan menyertakan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga (boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia www.seda.gov.my) dan dokumen sokongan seperti di perkara 3. Unit Perolehan akan memberikan butiran bayaran melalui e-mel kepada syarikat selepas semakan permohonan disahkan.
-
Borang Pembelian
DokumenBorang Pengesahan Kehadiran 7. Semua kos berkaitan cadangan tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pemohon. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja. Syarikat hendaklah mengemukakan resit pembayaran melalui e-mel kepada [email protected]. Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.
8. Cadangan tawaran (dalam bentuk hardcopy dan softcopy (pendrive)) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia
Bangunan Cyberview 23A, Aras 6, Persiaran APEC,
Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor9. Jika serahan dokumen melalui perkhidmatan kurier, Syarikat hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kurier seperti tarikh, pukul dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Syarikat juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup Sebut Harga selewat-lewatnya pada pukul 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
10. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
11. Cadangan tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
12. Syarikat yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.