-
- Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat yang berpengalaman, berkelayakan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Sebut Harga ini ditutup) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menyediakan perkhidmatan berikut:
No. Sebut
Harga
Tajuk Sebut Harga
Kod Bidang
Tarikh Iklan, dan Tarikh Tutup
SEDA(SH)-13/2025
Perkhidmatan Penyewaan, Penghantaran, Pemasangan, Pengujian, Pentauliahan Dan Penyelenggaraan 50 Set Komputer Riba Untuk SEDA Malaysia
Kementerian Kewangan
210101 – Hardware (low end technology
dan
210109 – Hardware and Software leasing/renting)
Tarikh Iklan:
19 Ogos 2025
(Selasa)
Tarikh Tutup:
27 Ogos 2025
(Rabu)
Masa:
12:00 Tengah Hari
- Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat yang berpengalaman, berkelayakan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Sebut Harga ini ditutup) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menyediakan perkhidmatan berikut:
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Perkhidmatan Penyewaan, Penghantaran, Pemasangan, Pengujian, Pentauliahan Dan Penyelenggaraan 50 Set Komputer Riba Untuk SEDA Malaysia.
3. Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibeli secara dalam talian. Dokumen Sebut Harga mula dijual pada 19 Ogos 2025 (Selasa, pukul 9:00 pagi hingga 4:00 petang) sehingga 27 Ogos 2025 (Rabu, pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit : Satu Ratus Sahaja).
4. Syarikat hendaklah mengemukakan permohonan pembelian kepada [email protected] dengan menyertakan bersama:
- Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga (boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia www.seda.gov.my);
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta lampiran kod bidang berkaitan); dan
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Borang 9/D/13).
Unit Perolehan akan memberikan butiran bayaran melalui e-mel kepada syarikat selepas semakan permohonan disahkan.
5. Semua kos berkaitan cadangan tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pemohon. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja. Syarikat hendaklah mengemukakan resit pembayaran melalui e-mel kepada [email protected]. Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.
6. Cadangan tawaran (mestilah dalam dua (2) bentuk iaitu hardcopy dan softcopy (pendrive)) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia
Bangunan Cyberview 23A, Aras 6, Persiaran APEC,
Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor
7. Jika serahan dokumen adalah melalui perkhidmatan kurier, Syarikat hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kurier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Syarikat juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup sebut harga selewat-lewatnya pada pukul 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
8. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
9. Cadangan tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
10. Syarikat yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.