YBrs. Tuan Mohd Saiful Sungkih Abdullah
Anggota Pihak Berkuasa
YBrs. Tuan Mohd Saiful Sungkih Abdullah telah dilantik sebagai Anggota Pihak Berkuasa pada 1 Ogos 2022. Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian di Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan Malaysia.
Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada tahun 1995 daripada Universiti Malaya (UM). Beliau memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Awam dan Diplomatik pada tahun 1997.
YBrs. Tuan Mohd Saiful telah dikurniakan beberapa anugerah, antaranya; Anugerah Pingat Kebesaran Negeri Sarawak, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada Perbendaharaan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah and Jabatan Perdana Menteri.