Image module

Pembukaan semula kuota e-Dagang (Shopee dan Lazada) akan dilaksanakan pada 10 Februari 2021 (Rabu) pada jam 12:00 tengahari.

 

Permohonan e-Rebat RM200 melalui Shopee dan Lazada menerusi pembukaan semula kuota e-Dagang ini akan dijalankan secara first come, first served basis.

 

Sekiranya kuota e-Dagang telah habis digunakan selepas pembukaan semula kuota ini, pengguna digalakkan untuk membuat permohonan melalui Pekedai/Peruncit Peralatan Elektrik yang berdaftar dengan SEDA Malaysia. Senarai Pekedai/Peruncit Peralatan Elektrik yang berdaftar boleh disemak melalui pautan di bawah.

 

Jimat Wang, Jimat Tenaga, Selamatkan Alam Sekitar.

 
Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) 2.0 merupakan sebuah program pemberian e-rebat sebanyak RM200 kepada mana-mana isi rumah yang membeli alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga yang berlabel cekap tenaga  4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) pada tahun 2021.
 
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)  merupakan Kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk memantau pelaksanaan SAVE 2.0 dan  SEDA Malaysia telah dilantik sebagai Agensi Pelaksana.
 

APAKAH SAVE 2.0?
Sebuah program pemberian e-rebat RM200 kepada isi rumah yang membeli alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga yang telah menjalani pengesahan pengujian prestasi peralatan cekap tenaga yang mendapat 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

 

OBJEKTIF

 

  • Objektif utama program SAVE 2.0 adalah seperti berikut:

*  meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang dan peralatan cekap tenaga di pasaran; dan

*  meningkatkan kesedaran orang ramai agar membeli kelengkapan cekap tenaga yang akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik pengguna terutamanya pengguna domestik.

 

  • Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun bermula dari Januari sehingga Disember 2021.
 

 

  • Warganegara Malaysia.

  • Pengguna/pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB dan SEB.

  • Menggunakan e-Rebat untuk pembelian penyaman udara ATAU peti sejuk berlabel 4 ATAU 5 Bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021.

  • 1 akaun bil elektrik, 1 diskaun e-Rebat & 150,000 tebusan pertama sahaja.

Kaedah Pembelian (Pekedai / Peruncit)
Permohonan Bermula 7 Januari 2021

Kaedah 1: Pembelian dan Penebusan di Kedai atau Pasar Raya Berdaftar

Kaedah Pembelian (atas talian/e-Dagang)
Permohonan Bermula 7 Januari 2021

Kaedah 2: Pembelian Secara Atas Talian / e-Dagang

 

Panduan Pendaftaran dan Penebusan
 

SEDA MALAYSIA

TAKLIMAT PROGRAM SUSTAINABILITY ACHIEVED VIA ENERGY EFFICIENCY (SAVE) 2.0 KEPADA PEKEDAI / PERUNCIT (RETAILERS)

 

Tarikh : 4 Februari 2021 (Khamis)

Masa : 2.30 Petang – 5.00 Petang

Pendaftaran : Link

TERBUKA KEPADA SEMUA PEKEDAI / PERUNCIT PERALATAN ELEKTRIK YANG SAH

 
 

SEDA MALAYSIA

PENDAFTARAN SEBAGAI PEKEDAI/PERUNCIT PERALATAN ELEKTRIK (PENYAMAN UDARA DAN PETI SEJUK) 4 / 5 BINTANG YANG SAH OLEH SURUHANJAYA TENAGA

 

Tarikh : 29 Disember 2020 (Selasa)

Masa : 12.00 Tengahari

Sistem Pendaftaran : Link

TERBUKA KEPADA SEMUA PEKEDAI / PERUNCIT PERALATAN ELEKTRIK YANG SAH

 
  Logo dan bahan promosi untuk program SAVE 2.0 hanya boleh digunakan oleh pekedai / peruncit peralatan elektrik (penyaman udara dan peti sejuk) 4 / 5 bintang yang berdaftar secara sah dengan SEDA Malaysia.  

 

LOGO

 

 

 

BROCHURE

POSTER

  Taklimat Khas Pekedai/Peruncit Peralatan Elektrik yang Sah untuk Pendaftaran Program SAVE 2.0 – Slaid pembentangan, sila muat turun disini.  

 

Taklimat Khas Pekedai Peruncit Peralatan Elektrik yang Sah untuk Pendaftaran Program SAVE 2.0

Bagi sebarang pertanyaan mengenai Program SAVE 2.0, boleh hubungi talian di bawah:

PegawaiTelefon
ISHAMUDDIN MAZLAN03 - 8870 5859
TS. ZURLINDA ASMA AZIZ03 - 8870 5815
NOOR HISAM ABU BAKAR03 - 8870 5814
ROHAIZA RAZALI03 - 8870 5853
NUR FARAH AIN ISA03 - 8870 5808
TC. MOHD ROZI MOHD YAACOB03 - 8870 5817
A’ZAIDAH BINTI BURHAN03 - 8870 5811
TS. STEVE ANTHONY LOJUNTIN03 - 8870 5841
MOHD SHAH HAMBALI ARIFIN03 - 8870 5849
 

Sebarang Pertanyaan:

Pasukan Khas Program SAVE 2.0
Bahagian Pembangunan dan Fasilitasi Teknikal
SEDA Malaysia
03-8870 5800
www.saveenergy.gov.my

Dengan Kerjasama: Program di bawah: Agensi Pelaksana: