Pemasangan dan Penyenggaraan Sistem Solar Fotovolta Tersambung Grid

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (Sustainable Energy Development Authority Malaysia– SEDA Malaysia) adalah sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 [Akta 726]. Peranan utama SEDA Malaysia adalah untuk mentadbir dan menguruskan pelaksanaan mekanisme Tarif Galakan (Feed-in Tariff – FiT)  yang telah diberi mandat di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu (TBB) 2011 [Akta 725]. Di bawah akta ini, terdapat lima (5) sumber boleh baharu yang telah dikenalpasti dan memenuhi kriteria untuk dilaksanakan dan mendapat faedah dari mekanisma FiT iaitu biojisim, biogas, hidrokuasa kecil, solar fotovolta (PV) dan geoterma.

Teras Tiga (3) Polisi dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Baharu Nasional, menjelaskan keperluan untuk mempergiatkan usaha pembangunan modal insan dalam industri Tenaga Boleh Baharu (TBB). SEDA Malaysia amat maklum terdapat keperluan yang kritikal untuk meningkatkan pengetahuan dan kompetensi pekerja tempatan dalam bidang solar PV bagi memastikan sistem yang akan dipasang adalah berkualiti, mematuhi piawaian yang ditetapkan dan dapat bertahan lama. Oleh yang demikian, SEDA Malaysia telah membangunkan kursus latihan Pemasangan dan Penyenggaraan Sistem Solar Fotovolta (PV) Tersambung Grid untuk meningkatkan kecekapan Penyedia Perkhidmatan solar PV tempatan.

Kursus ini akan diadakan di Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Utara, Kedah Industrial Skills and Management Industrial Centre (KISMEC), Terengganu Skills Development Centre (TESDEC) dan Pahang Skills Development Centre. Yuran adalah termasuk kos bahan pembelajaran (buku) dan makan & minum sepanjang kursus dijalankan. Walaubagaimanapun Yuran tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan peserta ke pusat latihan.

Maklumat lanjut berkenaan kursus :

DocumentsDownload
Course Information - Solar PV Installation and Maintenance
Icon
337.18 KB
17617 Downloads
Content of the Training Manual
Icon
307.35 KB
9779 Downloads
Application Form (New Participant)

Sebarang pertanyaan berkenaan kursus ini, sila emailkan kepada : [email protected] atau hubungi:

  • Mr. Muhammad Mustafa Kamal Bin Abd Rahim ([email protected]) di talian (603) 5513 3560 bagi Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)
  • En. Muhamad Amir Bin Ishak ([email protected]) di talian 018 – 9584255 bagi Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara
  • Pn. Norhaziati ([email protected]) di talian (604) 4414619/4414621 bagi Kedah Industrial Skills and Management Industrial Centre (KISMEC)
  • En Rosli bin Mohd ([email protected]) di talian (609) 627 2222 ext 2260 bagi Terengganu Skills Development Centre (TESDEC)
  • En. Mohd Adhan Safarin Kamaruddin ([email protected]) at 09-5673200 ext 152 for Pahang Skills Development Centre (Pahang Skills).

Jadual kursus bagi tahun 2026 :

Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)

No. Course Code Date Status
1 IMS26-01 3 Feb – 29 Mei 2026 Open
2 IMS26-02 1 Apr – 31 Julai 2026 Open
3 IMS26-03 2 Jun – 30 Sep 2026 Open
4 IMS26-04 3 Ogos – 30 Nov 2026 Open
5 IMS26-05 1 Okt 2026 – 29 Jan 2027 Open

Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara

No. Course Code Date Status
1. IMA26-01 4 Jan – 30 Apr 2026 Closed
2. IMA26-02 1 Apr – 30 Jul 2026 Closed
3. IMA26-03 2 Jun – 30 Sep 2026 Closed

Kedah Industrial Skills and Management Industrial Centre (KISMEC)

No. Course Code Date Status
 Coming Soon

Terengganu Skills Development Centre (Terengganu Skill)

No. Course Code Date Status
Coming Soon

Pahang Skills Development Centre (Pahang Skill)

No. Course Code Date Status
Coming Soon

Buku Pemasangan dan Penyenggaraan Sistem Solar Fotovolta Tersambung Grid kini dijual. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.