Pemasangan dan Penyenggaraan Sistem Solar Fotovolta Tersambung Grid

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (Sustainable Energy Development Authority Malaysia– SEDA Malaysia) adalah sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 [Akta 726]. Peranan utama SEDA Malaysia adalah untuk mentadbir dan menguruskan pelaksanaan mekanisme Tarif Galakan (Feed-in Tariff – FiT)  yang telah diberi mandat di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu (TBB) 2011 [Akta 725]. Di bawah akta ini, terdapat lima (5) sumber boleh baharu yang telah dikenalpasti dan memenuhi kriteria untuk dilaksanakan dan mendapat faedah dari mekanisma FiT iaitu biojisim, biogas, hidrokuasa kecil, solar fotovolta (PV) dan geoterma.

Teras Tiga (3) Polisi dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Baharu Nasional, menjelaskan keperluan untuk mempergiatkan usaha pembangunan modal insan dalam industri Tenaga Boleh Baharu (TBB). SEDA Malaysia amat maklum terdapat keperluan yang kritikal untuk meningkatkan pengetahuan dan kompetensi pekerja tempatan dalam bidang solar PV bagi memastikan sistem yang akan dipasang adalah berkualiti, mematuhi piawaian yang ditetapkan dan dapat bertahan lama. Oleh yang demikian, SEDA Malaysia telah membangunkan kursus latihan Pemasangan dan Penyenggaraan Sistem Solar Fotovolta (PV) Tersambung Grid untuk meningkatkan kecekapan Penyedia Perkhidmatan solar PV tempatan.

Kursus ini akan diadakan di Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Utara, Kedah Industrial Skills and Management Industrial Centre (KISMEC), Terengganu Skills Development Centre (TESDEC), German-Malaysian Institute (GMI) dan Pahang Skills Development Centre. Yuran adalah termasuk kos bahan pembelajaran (buku) dan makan & minum sepanjang kursus dijalankan. Walaubagaimanapun Yuran tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan peserta ke pusat latihan.

Maklumat lanjut berkenaan kursus :

DocumentsDownload
Course Information - Solar PV Installation and Maintenance
Icon
337.18 KB
9643 Downloads
Content of the Training Manual
Icon
307.35 KB
4470 Downloads
Application Form (New Participant)

Sebarang pertanyaan berkenaan kursus ini, sila emailkan kepada : [email protected] atau hubungi:

  • Mr. Muhammad Mustafa Kamal Bin Abd Rahim ([email protected]) di talian (603) 5513 3560 bagi Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)
  • En. Zolkefli bin Abdullah ([email protected]) di talian (604) 924 2200 bagi Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara
  • Pn. Norhaziati ([email protected]) di talian (604) 4414619/4414621 bagi Kedah Industrial Skills and Management Industrial Centre (KISMEC)
  • En Rosli bin Mohd ([email protected]) di talian (609) 627 2222 ext 2260 bagi Terengganu Skills Development Centre (TESDEC)
  • Pn. Noryana Yahya ([email protected]) di talian (03) 8921 9241 bagi German-Malaysian Institute (GMI)
  • En. Mohamad Zakry Bin Hashim ([email protected]) at 09-5673200 ext. 415 for Pahang Skills Development Centre (Pahang Skills).

Jadual kursus bagi tahun 2023 :

Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)

No. Course Code Date Status
1. IMS23-01 23th Jan – 20th Jun 2023 Closed

Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara

No. Course Code Date Status
1. IMA24-01 15th Jan 2024 Open
2. IMA24-02 2nd May 2024 Open
3.  IMA24-03 1st Sep 2024 Open

Kedah Industrial Skills and Management Industrial Centre (KISMEC)

No. Course Code Date Status Brochure
         

Terengganu Skills Development Centre (TESDEC)

No. Course Code Date Status
1. IMT23-01 12th Mac – 18th July 2023 Closed
2. IMT23-02 6th Aug – 6th Dec 2023 Closed
3. IMT23-03 24th Sept 2023 – 24th Jan 2024 Open
4. IMT23-04 22nd Oct 2023 – 22nd Feb 2024 Open

German-Malaysian Institute (GMI)

No. Course Code Date Status
       

Buku Pemasangan dan Penyenggaraan Sistem Solar Fotovolta Tersambung Grid kini dijual. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.