(27/06/2026) PENGUMUMAN STATUS PROGRAM NUR@PETRA
Tuan/Puan,
Program NUR:DOMESTIK dan Program NUR:PMKS bagi tahun 2025 telah pun tamat. Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan oleh pengguna domestik, pengguna daripada kalangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), pekedai berdaftar serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program diskaun e-Rebat bagi pembelian peralatan elektrik cekap tenaga ini.
Dengan sambutan yang amat menggalakkan terhadap Program NUR:DOMESTIK 2025, sukacita dimaklumkan bahawa Program NUR:DOMESTIK bagi tahun 2026 akan dilaksanakan. Tarikh pelaksanaan Program NUR:DOMESTIK 2026 akan diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Sehubungan itu, pekedai berdaftar boleh mengemaskini profil kedai, manakala pekedai yang berminat untuk mendaftar boleh mengemukakan permohonan melalui Sistem NUR di www.nur.seda.gov.my/login sebelum tuntutan dibuka.
Selain itu, NUR:CHILLER bagi rebat sistem penyejukan sektor industri dan komersial sehingga RM500,000 bagi penukaran sistem penyejukan cekap tenaga untuk tujuan comfort cooling masih diteruskan, tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Sebarang maklumat lanjut berkaitan Program NUR 2026 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui laman sesawang rasmi SEDA Malaysia serta platform media sosial rasmi SEDA Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Pasukan Projek
Program NUR@PETRA
Tel: 03-8870 5869 | 5864 | 5947 | 5915 | 5953 | 5970
E-mel: [email protected]
(23/12/2025) PENGUMUMAN TERKINI BERKENAAN PROGRAM NUR@PETRA KATEGORI DOMESTIK DAN PMKS
Tuan/Puan,
Untuk makluman, tarikh akhir penghantaran tuntutan bagi Program NUR@PETRA kategori DOMESTIK dan PMKS adalah sebelum/pada 31 Disember 2025 (Rabu), jam 5.00 petang berdasarkan KUOTA. Pemohon dinasihatkan supaya memastikan semua maklumat serta dokumen sokongan yang dikemukakan adalah lengkap, tepat dan sah sebelum tarikh dan masa yang ditetapkan. Tuntutan yang diterima selepas tarikh dan masa tersebut tidak akan dipertimbangkan.
SEDA Malaysia ingin mengingatkan bahawa semua tuntutan melalui sistem NUR hendaklah mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) serta Terma dan Syarat yang ditetapkan. Baucar berstatus “Draft” perlu dikemas kini dalam tempoh 3 hari, jika tidak baucar tersebut akan dibatalkan.
Sebarang pemakluman lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi kami.
Sekian, terima kasih.
Pasukan Projek
Program NUR@PETRA
Tel: 03-8870 5869 | 5864 | 5947 | 5915 | 5953 | 5970
E-mel: [email protected]
(11/11/2025) TAKLIMAT PROGRAM NIKMAT UNTUK RAKYAT (NUR@PETRA) ZON SABAH
Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia akan menganjurkan Sesi Taklimat Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR@PETRA) bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), Industri dan Komersial bagi Sesi 03/2025 di Zon Sabah. Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : 20 November 2025 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Le Méridien, Kota Kinabalu, Sabah
Penyertaan : Terhad kepada 100 peserta terawal sahaja
Bayaran : Percuma (Makan tengah hari dan goodies disediakan )
Taklimat ini diadakan bagi memperkenalkan serta mempromosikan manfaat dan peluang yang ditawarkan di bawah Program NUR@PETRA secara bersemuka. Melalui seminar ini, peserta turut didedahkan kepada penggunaan teknologi cekap tenaga, tenaga boleh baharu, serta pelbagai insentif yang disediakan oleh SEDA Malaysia.
Selain itu, seminar ini juga menjadi platform kepada usahawan sektor PMKS, industri dan komersial untuk mendapatkan maklumat yang lebih menyeluruh secara langsung daripada pasukan pelaksana Program NUR@PETRA.
Program NUR@PETRA menyediakan rebat diskaun sehingga RM4,000 bagi usahawan PMKS untuk pembelian peralatan cekap tenaga, serta sehingga RM500,000 untuk kategori industri/komersial bagi penukaran sistem penyejukan seperti chiller di premis tumpuan awam.
Tuan/puan dipohon untuk melengkapkan pautan pra-pendaftaran sekiranya berminat. Pihak SEDA Malaysia akan menghubungi tuan/puan bagi pengesahan pendaftaran bagi yang berjaya. Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/NURSABAH
Pasukan Projek
Program NUR@PETRA
Tel: 03-8870 5869 | 5864 | 5947 | 5915 | 5953 | 5970
E-mel: [email protected]
(29/10/2025) PENGUMUMAN TERKINI BERKENAAN PROGRAM NUR@PETRA KUOTA TAMBAHAN BAGI KATEGORI NUR:DOMESTIK
Salam sejahtera,
Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa kuota tambahan bagi kategori NUR:DOMESTIK di bawah Program NUR@PETRA akan dibuka untuk permohonan bagi seluruh negeri di Malaysia bermula 30 Oktober 2025. Sehubungan itu, pihak pemohon boleh membuat tuntutan bagi pembelian peralatan elektrik berlabel 4&5 bintang cekap tenaga seperti penyaman udara dan peti sejuk yang layak di bawah kategori NUR:DOMESTIK. Tuntutan adalah berdasarkan first come first served basis selagi peruntukan masih ada.
Permohonan boleh dibuat melalui pautan: https://nur.seda.gov.my. Pihak pemohon juga dinasihatkan untuk memastikan semua maklumat dan dokumen sokongan yang dikemukakan adalah lengkap dan sah bagi mempercepatkan proses kelulusan tuntutan.
Sekian, terima kasih.
Pasukan Projek
Program NUR@PETRA
Tel: 03-8870 5869 | 5864 | 5947 | 5915 | 5953 | 5970
E-mel: [email protected]
(06/05/2025) PENGUMUMAN BAKI TERKINI BERKENAAN PROGRAM NUR:DOMESTIK
Tuan/Puan,
Untuk makluman tuan/puan, Jumlah Kuota Tambahan bagi Program NUR:Domestik hanya berbaki kurang daripada 2,000 unit. Sehubungan itu, Pihak Pekedai wajib menyemak dahulu kelayakan dan rebat yang masih ada sebelum memberikan diskaun rebat RM200 kepada pengguna bagi setiap pembelian melalui pautan https://save.seda.gov.my/publics/check . Proses penebusan masih lagi first come, first serve basis.
Sekian terima kasih.
Pasukan Projek
Program NUR@PETRA
Tel: 03-8870 5869 | 5864 | 5947 | 5915 | 5953 | 5970
E-mel: [email protected]
(30/04/2025) PENGUMUMAN BAKI TERKINI BERKENAAN PROGRAM NUR:DOMESTIK
Tuan/Puan,
Untuk makluman tuan/puan, Jumlah Kuota Tambahan bagi Program NUR:Domestik hanya berbaki kurang daripada 25,000 unit. Sehubungan itu, Pihak Pekedai wajib menyemak dahulu kelayakan dan rebat yang masih ada sebelum memberikan diskaun rebat RM200 kepada pengguna bagi setiap pembelian melalui pautan https://save.seda.gov.my/publics/check . Proses penebusan masih lagi first come, first serve basis.
Sekian terima kasih.
Pasukan Projek
Program NUR@PETRA
Tel: 03-8870 5869 | 5864 | 5947 | 5915 | 5953 | 5970
E-mel: [email protected]
(30/4/2025) PEMAKLUMAN LOKASI PEJABAT BARU SEDA MALAYSIA
|
Bermula 2 MEI 2025 (Jumaat), SEDA Malaysia akan beroperasi di lokasi baharu seperti berikut: Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia Level 6, Cyberview 23A, Persiaran APEC, Cyber 6, 63000, Cyberjaya Selangor Talian telefon bagi SEDA Malaysia akan mengalami gangguan dan akan mula beroperasi semula seperti biasa pada 2 MEI 2025.
Pasukan Projek Program NUR@PETRA Tel: 03-8870 5869 | 5864 | 5947 | 5915 | 5953 | 5970 E-mel: [email protected] |
PENGENALAN PROGRAM NUR@PETRA 2025
Sebuah program e-Rebat oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang dijenamakan semula daripada Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) yang dilaksanakan oleh SEDA Malaysia untuk memberi manfaat kepada pengguna domestik bagi pembelian peralatan elektrik cekap tenaga yang berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Energy Commission of Sabah (ECoS) kini diperluaskan merangkumi pihak industri dan komersial, termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
OBJEKTIF PROGRAM NUR@PETRA 2025
- Meningkatkan tahap kesedaran orang ramai termasuk industri dan komersial terhadap penggunaan peralatan yang cekap tenaga yang akan mengurangkan kos penggunaan tenaga elektrik;
- Menggalakkan amalan cekap tenaga dalam kalangan domestik, industri dan komersial;
- Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang di pasaran;
- Meningkatkan tahap kecekapan tenaga yang diukur berdasarkan Malaysian Standards (MS) 1525; dan
- Menyelamatkan alam sekitar dengan pengurangan pelepasan gas rumah kaca hasil dari pengurangan penjanaan tenaga.
Untuk maklumat lanjut klik ikon kategori bagi Program NUR@PETRA 2025:
Sebarang pertanyaan yang berkenaan, hubungi
Pegawai Program NUR
Bahagian Pembangunan Fasilitasi dan Teknikal
SEDA Malaysia
03-8870 5869 | 5864 | 5947 | 5915 | 5953 | 5970
Emel: [email protected]
www.seda.gov.my/nur
www.saveenergy.gov.my









