Apa itu Program NUR : DOMESTIK ?

Adakah anda layak? Jom Semak Kelayakan anda di sini !

Jom Semak Senarai Pekedai Berdaftar untuk tebus diskaun e-Rebat !

Jom Ketahui Senarai Model & Recommended Puchasing Price (RPP) !

Image
Meningkatkan tahap kesedaran terhadap penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga yang akan membantu mengurangkan kos penggunaan tenaga elektrik;
Image
Menggalakkan amalan cekap tenaga dalam golongan orang awam;
Image
Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf 5 dan 4 bintang di pasaran; dan
Image
Menyelamatkan alam sekitar dengan pengurangan pelepasan gas rumah hijau hasil daripada pengurangan penjanaan tenaga.

 

ATAU

 

Senarai platform E-Dagang yang terlibat:

Untuk maklumat lanjut sila rujuk dokumen berikut:

Pengenalan dan Panduan Program NUR 2026

Panduan Pendaftaran Akaun Elektrik Pengguna

Panduan Tuntutan Diskaun e-Rebat Oleh Pembeli

Panduan Pendaftaran Sebagai Pekedai Berdaftar

Panduan Tuntutan Diskaun e-Rebat Oleh Pekedai Berdaftar

Bahan Promosi untuk rujukan dan hebahan :

Logo Program NUR

Poster Program NUR

Brosur Program NUR

Tips Penjimatan Elektrik di Rumah

a) Berapa jumlah diskaun e-Rebat bagi pengguna domestik yang menyertai program NUR@PETRA?

Setiap pengguna domestik layak mendapat diskaun e-Rebat sehingga RM200 (diskaun e- Rebat RM200 untuk  pembelian penyaman udara atau peti sejuk) dengan pembelian peralatan elektrik cekap tenaga yang berlabel 4 atau 5 bintang yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Energy Commission of Sabah (ECoS). Sila rujuk syarat kriteria di Soalan b) bagi maklumat yang lebih lanjut.

b) Apakah kriteria yang melayakkan saya untuk menyertai program ini?

Untuk menyertai program ini sebagai pengguna domestik anda mestilah,

      • Warganegara Malaysia;
      • Pengguna/pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Nur Power Bhd (NDSB);
      • Pembeli yang tidak pernah membuat mana-mana tuntutan di Program NUR@PETRA 2025; dan
      • 1 akaun elektrik hanya memohon 1 diskaun e-Rebat bagi 1 peralatan elektrik.

c) Adakah jenis barangan elektrik yang boleh dibeli untuk melayakkan pengguna domestik untuk mendapat diskaun e-Rebat di bawah Program NUR@PETRA 2025 sama seperti Program NUR@PETRA 2026?

Ya, jenis barangan elektrik yang layak adalah sama seperti Program NUR@PETRA 2025, iaitu peralatan elektrik cekap tenaga berlabel 4 dan 5 bintang iaitu penyaman udara dan peti sejuk. Senarai model dan jenama yang layak boleh dirujuk di laman sesawang SEDA Malaysia.

d) Adakah pengguna domestik yang telah membuat tuntutan bagi Program NUR@PETRA pada tahun 2025 sebelum ini boleh memohon e-Rebat bagi Program NUR@PETRA tahun ini (2026)?

Diskaun e-Rebat Program NUR@PETRA 2026 hanya layak kepada pemohon yang belum pernah membuat sebarang tuntutan di bawah Program NUR@PETRA sebelum ini, iaitu pemohon yang tidak pernah membuat pembelian bagi tahun 2025.

e) Bagaimanakah cara untuk pengguna domestik memohon diskaun e-Rebat di bawah Program NUR@PETRA?

Terdapat 2 kaedah tersedia untuk pengguna iaitu:

Pillihan 2: Tebus di Kedai Berdaftar:

    • Pergi ke kedai fizikal yang berdaftar di bawah Program NUR.
    • Bawa bersama bil elektrik dan Kad Pengenalan untuk tujuan pengesahan.
    • Pekedai akan bantu membuat semakan dan permohonan.
    • Diskaun e-Rebat NUR boleh dimohon melalui pembelian penyaman udara dan peti sejuk berlabel 4 & 5 bintang cekap tenaga sahaja.
    • Potongan diskaun e-Rebat RM200 akan diberikan secara terus semasa pembelian.

 

ATAU

 

Pilihan 1: Pembelian di Atas Talian:

    • Layari platform e-Dagang yang tersenarai di bawah Program NUR.
    • Cari pekedai berdaftar di bawah Program NUR di platform e-dagang tersebut.
    • Hubungi pekedai untuk mendapatkan bantuan memohon diskaun e-Rebat Program NUR.
    • Pekedai akan meminta beberapa butiran untuk tujuan pengesahan.
    • Semaasa di fasa pembayaran, klik “Baucar NUR” dan potongan akan diberikan secara terus semasa pembelian.
  1.  

f) Apakah platform yang boleh digunakan oleh pengguna domestik untuk membuat pembelian dan tuntutan diskaun e-Rebat secara atas talian?

Terdapat lima (5) platform e-Dagang bagi pengguna domestik membuat tuntutan diskaun e-Rebat secara atas talian iaitu Shopee, Lazada, Tiktok Shop, PGMall dan Youbeli bagi pembelian peralatan elektrik yang tersenarai dibawah Program NUR@PETRA.

g) Bagaimana saya ingin mengetahui senarai kedai / pasar raya yang berdaftar di bawah program ini?

Anda boleh layari www.saveenergy.gov.my untuk mengetahui senarai kedai / pasar raya berdaftar di bawah Program NUR@PETRA untuk pengguna domestik membuat tuntutan diskaun e-Rebat.

h) Berapakah maksimum pengguna berkelayakan untuk Program NUR@PETRA?

Kelayakan maksimum adalah berdasarkan satu (1) akaun bil elektrik hanya layak satu (1) diskaun e-Rebat untuk 1 peralatan elektrik cekap tenaga sahaja.

i) Bagaimana diskaun e-Rebat RM200 ini boleh digunakan?

Selepas pembeli/pengguna disahkan layak menerima diskaun e-Rebat ini, sebanyak RM200 akan dipotong secara terus semasa pembelian di buat. Sebagai contoh, harga peti sejuk sebelum potongan diskaun e-Rebat ialah RM2,000, maka jumlah yang perlu dibayar hanyalah RM1,800. Oleh itu, pembeli/pengguna akan menerima diskaun e-Rebat RM200 secara terus (on-the-spot) semasa pembelian tanpa perlu menunggu proses tuntutan oleh pekedai kepada SEDA Malaysia.

 

Semakan kelayakan boleh di buat melalui laman sesawang www.saveenergy.gov.my dan keputusan kelayakan akan diperoleh serta-merta.

j) Apakah program ini mempunyai kuota?

Program ini mempunyai kuota dan berkonsepkan first come, first served basis.

k) Apakah dokumen dan maklumat yang diperlukan untuk membuat tuntutan diskaun e-Rebat ini?

Anda hanya perlu mempunyai kad pengenalan (warganegara Malaysia) serta nombor akaun bil elektrik (domestik) yang terkini bagi tempoh dua bulan terakhir. Sila rujuk Soalan 1(d) untuk maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan diskaun e-Rebat NUR@PETRA.

l) Bolehkah penyewa rumah (pengguna domestik) memohon diskaun e-Rebat bagi program ini?

Boleh. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk memaklumkan perkara ini kepada pemilik akaun elektrik dan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan.

m) Bolehkah pemilikan diskaun e-Rebat dipindahkan atau ditukar?

Pemilikan diskaun e-Rebat TIDAK BOLEH dipindahkan atau ditukar.

n) Bagaimanakah untuk menyemak kelayakan bagi program ini?

Semakan kelayakan boleh di buat melalui https://nur.seda.gov.my/publics/check dan keputusan kelayakan akan diperoleh serta-merta.

o) Sekiranya saya berminat untuk membuat pembelian melalui kedai / pasar raya berdaftar secara fizikal, bolehkah saya membawa bil elektrik di dalam bentuk salinan digital (softcopy) sahaja?

Boleh, walau bagaimanapun anda disarankan untuk membawa kad pengenalan & bil elektrik dalam bentuk salinan bercetak (hardcopy) bagi memudahkan proses pengesahan akaun elektrik anda.

p) Jika saya telah membuat permohonan dan menerima diskaun e-Rebat di platform e-Dagang (pekedai atas talian), adakah saya dibenarkan untuk membuat penebusan e-Rebat tersebut di kedai atau pasar raya secara fizikal?

Sekiranya anda telah membuat permohonan dan menerima diskaun e-Rebat melalui platform e-Dagang, penebusan hendaklah melalui platform e-Dagang tersebut sahaja.

Sekiranya anda belum menerima diskaun e-Rebat melalui platform e-Dagang, anda masih boleh berkunjung ke kedai atau pasar raya yang berdaftar di bawah program ini untuk membuat penebusan e-Rebat dan pembelian.

q) Saya berminat untuk menyertai program ini dan mendapatkan diskaun e-Rebat pengguna domestik tetapi saya tidak dapat membuat pembelian melalui e-Dagang kerana tiada pilihan penghantaran (delivery) untuk kawasan di Labuan, Sabah dan Sarawak. Apakah jalan penyelesaiannya?

Program NUR@PETRA merangkumi seluruh Malaysia. Penghantaran ke kawasan Labuan, Sabah dan Sarawak adalah bergantung kepada pekedai e-Dagang tersebut.

Walau bagaimanapun, terdapat lebih 2,000 kedai atau pasar raya peralatan elektrik yang berdaftar di bawah Program NUR@PETRA, termasuk di Labuan, Sabah dan Sarawak.

Sila layari https://nur.seda.gov.my/publics/retailer untuk mengetahui senarai kedai atau pasar raya peralatan elektrik yang berdaftar.

r) Semasa saya menyemak kelayakan di laman sesawang yang disediakan, terpapar “Consumer with the account number xxxxxx does not exist” apakah yang perlu saya lakukan?

Sekiranya mesej “Consumer with the account number xxxxxx does not exist” dipaparkan semasa semakan kelayakan, pembeli/pengguna hendaklah membuat pendaftaran dengan klik “Daftar Bil Elektrik” bagi tujuan mendapatkan kelayakan diskaun e-Rebat. Pengesahan pendaftaran akan dimaklumkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja, dan semakan semula hendaklah dibuat melalui laman sesawang yang sama.

Hanya akaun bil elektrik bertarif DOMESTIK sahaja layak untuk menerima diskaun e-Rebat ini.

s) Sekiranya saya membuat pembelian pada tahun 2025, adakah saya akan layak untuk membuat tuntutan diskaun e-Rebat NUR@PETRA di tahun 2026 ini?

Pembelian yang telah dibuat pada Program NUR@PETRA di tahun 2025, adalah tidak layak untuk membuat tuntutan. Namun, pembelian pada Program SAVE 2.0 (tahun 2021), SAVE 3.0 (tahun 2022) dan SAVE 4.0 (tahun 2024) boleh membuat tuntutan.

t) Adakah saya boleh batalkan pembelian yang telah mendapat potongan diskaun e-Rebat ini?

Anda tidak dibenarkan membatalkan pembelian selepas potongan diskaun e-Rebat di buat dan transaksi jual beli telah lengkap. Walau bagaimanapun, sebarang pembatalan pembelian adalah tertakluk kepada budi bicara pihak pekedai.

Pembatalan tersebut hendaklah dimohon melalui pekedai atau platform e-Dagang yang berkenaan, iaitu dengan menghantar e-mel ke [email protected], berserta justifikasi yang munasabah.

u) Bilakah tempoh pembelian yang melayakkan penggunaan diskaun e-Rebat ini?

Tempoh pembelian untuk mendapat potongan diskaun e-Rebat Program NUR@PETRA pada tahun 2026 ini akan dimaklumkan semasa Program NUR:DOMESTIK dibuka.

v) Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi pegawai bagi Program NUR@PETRA jika mengalami sebarang masalah ataupun pertanyaan?

Anda boleh menghubungi pegawai tersedia kami di SEDA Malaysia seperti berikut:

 

Pasukan Khas Program NUR@PETRA

Bahagian Pembangunan dan Fasilitasi Teknikal

SEDA Malaysia

03 8870 5869 | 5864 | 5947 | 5915 | 5953 | 5970

Atau emel ke [email protected]

www.seda.gov.my/nur

Sebarang pertanyaan, sila hubungi

Pegawai Program NUR
Bahagian Pembangunan dan Fasilitasi Teknikal
SEDA Malaysia
03 8870 5869 | 5864 | 5947 | 5915 

Emel: [email protected]

www.seda.gov.my/nur | www.saveenergy.gov.my

Dibiayai oleh Kerajaan Malaysia dan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE)

DENGAN KERJASAMA:
SURUHANJAYA TENAGA (ST)

dan

ENERGY COMMISSION of SABAH (ECoS)

PROGRAM DI BAWAH:
KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA)
AGENSI PELAKSANA:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA