-
-
Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada firma audit yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) (pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Sebut Harga ini ditutup), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Malaysian Institute of Accountants (MIA) untuk menyediakan perkhidmatan berikut:
No. Sebut Harga Tajuk Sebut Harga Kod Bidang Tarikh Iklan, Tarikh Taklimat dan Tarikh Tutup
SEDA(SH)-07/2026
Pelantikan Firma Audit Bagi Perkhidmatan Pengauditan Pematuhan Pengurusan Hasil Peruntukan daripada Tarif Elektrik (AoT) di Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bagi Tahun 2024 dan 2025
Kementerian Kewangan
221803
Perkhidmatan Kewangan Dan Insuran – Penyediaan Akaun Dan Pengauditan
Tarikh Iklan:
11 Jun 2026
(Khamis)Tarikh Taklimat:
19 Jun 2026
(Jumaat)Tempat Taklimat: Secara dalam talian (Microsoft Teams)
Masa Taklimat:
10:00 pagiTarikh Tutup:
26 Jun 2026
(Jumaat)Masa:
12:00 tengah hari2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi bagi Pelantikan Firma Audit Bagi Perkhidmatan Pengauditan Pematuhan Pengurusan Hasil Peruntukan Daripada Tarif Elektrik (AoT) Di Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bagi Tahun 2024 Dan 2025.
3. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada firma audit yang ingin menyertai Sebut Harga ini dan akan diadakan secara dalam talian (Microsoft Teams) pada 19 Jun 2026 (Jumaat), pukul 10:00 pagi. Firma audit boleh membuat permohonan melalui e-mel kepada [email protected] selewat-lewatnya pada 26 Jun 2026 (Jumaat; pukul 9:30 pagi) dengan menyertakan bersama:
-
-
-
- Borang Pengesahan Kehadiran (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my);
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta lampiran kod bidang 221803);
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Borang 9/13/D/lain-lain); dan
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Malaysian Institute of Accountants (MIA).
-
-


Borang Pembelian
DokumenBorang Pengesahan Kehadiran -
-
4. Kegagalan atau lewat hadir ke sesi taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan pemohon tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Firma audit yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Sebut Harga ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua firma audit yang berbeza. Wakil firma audit hendaklah penama di dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan atau orang yang diberi kuasa (Surat Penurunan Kuasa perlu disertakan).
5. Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibeli secara dalam talian. Dokumen Sebut Harga mula dijual pada 11 Jun 2026 (Khamis, pukul 9:00 pagi hingga 4:00 petang) sehingga 26 Jun 2026 (Jumaat, pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit : Satu Ratus Sahaja).
6. Firma audit hendaklah mengemukakan permohonan pembelian kepada [email protected] mailto: dengan menyertakan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga (boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia www.seda.gov.my) dan dokumen sokongan seperti di perkara 3. Unit Perolehan akan memberikan butiran bayaran melalui e-mel kepada firma audit selepas semakan permohonan disahkan.
- 7. Semua kos berkaitan cadangan tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pemohon. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja. Firma audit hendaklah mengemukakan resit pembayaran melalui e-mel kepada [email protected]. Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.
-
8. Cadangan tawaran (mestilah dalam dua (2) bentuk iaitu hardcopy dan softcopy (pendrive)) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia
Blok 3517, Jalan Teknokrat 5, Cyber 5
63000, Cyberjaya, Selangor7. Jika serahan dokumen adalah melalui perkhidmatan kurier, Firma audit hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kurier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Firma audit juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup sebut harga selewat-lewatnya pada pukul 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
8. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
9. Cadangan tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
10. Firma audit yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.

