- Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada pembekal/ syarikat yang berpengalaman, berkelayakan, berdaftar dengan Kementerian Kewangan (pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Sebut Harga ini ditutup) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan berikut:
No. Sebut Harga Tajuk Sebut Harga Kelayakan Tarikh Iklan,
Tarikh Taklimat Dan
Tarikh Tutup
SEDA(SH)-10/2026 PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SISTEM ELEKTRIK BAGI BANGUNAN PEJABAT SEDA MALAYSIA Kementerian Kewangan
220503 – Perkhidmatan/
Penyelenggaraan/
Pembaikan Kejuruteraan dan Komunikasi,
Perkakas/ Sistem Elektrik
(Mandatori)
dan
130201 –Peralatan
Kejuruteraan dan Mesin Pengeluaran
/Janakuasa Elektrik dan Peralatan Generator
/Alat Ganti dan Bateri/Janakuasa,
Peralatan/Alat Ganti/Aksesori (Secondary)
(Mandatori)
Atau
140101 – Peralatan
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
/Mesin dan Jentera Penjanaan
dan Pengagihan Tenaga Elektrik serta Aksesori
/Motor dan Alatubah/Alat Ganti
Tarikh Iklan:
26 Jun 2026
(Jumaat)
Tempat Taklimat:
SEDA Malaysia
Tarikh Taklimat:
6 Julai 2026
(Isnin)
Masa Taklimat:
10.00 pagi
Tarikh Tutup:
20 Julai 2026
(Isnin)
Masa Tutup:
12:00 tengah hari
- Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Perkhidmatan Penyelenggaraan Sistem Elektrik Bagi Bangunan Pejabat SEDA Malaysia.
- Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada syarikat yang ingin menyertai Sebut Harga ini dan akan diadakan secara secara fizikal di SEDA Malaysia, Blok 3517, Jalan Teknokrat 5, Cyber 5,63000 Cyberjaya, Selangor pada 6 Julai 2026 (Isnin), pukul 10:00 pagi. Syarikat boleh membuat permohonan melalui e-mel kepada [email protected] selewat-lewatnya pada 6 Julai 2026 (Isnin), pukul 9:30 pagi dengan menyertakan bersama:
- Borang Pengesahan Kehadiran (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my);
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia berserta lampiran kod bidang berkaitan); dan
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan pemohon tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Syarikat yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Sebut Harga ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua syarikat yang berbeza. Wakil syarikat hendaklah penama di dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan atau orang yang diberi kuasa (Surat Penurunan Kuasa perlu disertakan).
- Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibeli secara dalam talian. Dokumen Sebut Harga mula dijual pada 26 Julai 2026 (Jumaat, pukul 9:00 pagi hingga 4:00 petang) sehingga 20 Julai 2026 (Isnin, pukul 9:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit: Satu Ratus sahaja).
- Dokumen Meja Sebut Harga boleh dilihat di Lobi Pejabat SEDA Malaysia pada 26 Jun 2026 (Jumaat) sehingga 20 Julai 2026 (Isnin) seperti ketetapan berikut:
Hari Masa Isnin hingga Khamis
Jumaat
9:00 pagi – 4:00 petang
9:00 pagi – 12:00 tengah hari
2:45 petang – 4:00 petang
- Syarikat hendaklah mengemukakan permohonan pembelian kepada [email protected] dengan menyertakan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga (borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my) dan dokumen sokongan seperti di perkara 3. Unit Perolehan akan memberikan butiran bayaran melalui e-mel kepada syarikat selepas semakan permohonan disahkan.
- Semua kos berkaitan cadangan tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pemohon. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja. Syarikat hendaklah mengemukakan resit pembayaran melalui e-mel kepada 3/3 [email protected]. Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.
- Cadangan tawaran (dalam bentuk hardcopy dan softcopy (pendrive)) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga disebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
- Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia
Blok 3517, Jalan Teknokrat 5, Cyber 5
63000, Cyberjaya Selangor
- Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
- Jika serahan dokumen melalui perkhidmatan kurier, Syarikat hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kurier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Syarikat juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup Sebut Harga selewat-lewatnya pada pukul 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
- SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau manamana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
- Cadangan tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan pukul tutup tidak akan dipertimbangkan.
- Syarikat yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.
| Borang Pembelian Dokumen |
Borang Pengesahan Kehadiran ke Sesi Taklimat |

