-
-
Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat/ pembekal yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Sebut Harga ini ditutup) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan berikut:
No. Sebut Harga Tajuk Sebut Harga Kod Bidang Tarikh Iklan dan Tarikh Tutup
SEDA(SH)-03/2026
PERKHIDMATAN PENYEDIAAN LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU KUMPULAN WANG SEDA MALAYSIA (KWSM) DAN KUMPULAN WANG TENAGA BOLEH BAHARU (KWTBB) 2025 BAGI SEDA MALAYSIA
Mana-mana
221601
(Perlu Lesen KDN) atau221609
sehingga
221615atau
222004
sehingga
222008Tarikh Iklan:
30 April 2026
(Khamis)Tarikh Tutup:
11 Mei 2026
(Isnin)Masa:
12:00 Tengah Hari
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Perkhidmatan Penyediaan Laporan Tahunan Bersepadu Kumpulan Wang SEDA Malaysia (KWSM) Dan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) 2025 Bagi SEDA Malaysia.
3. Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibeli secara dalam talian. Dokumen Sebut Harga mula dijual pada 30 April 2026 (Khamis, pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang) sehingga 11 Mei 2026 (Isnin, pukul 9.00 pagi hinggi 12.00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja).
4. Syarikat hendaklah mengemukakan permohonan pembelian kepada [email protected] dengan menyertakan bersama:
-
-
-
- Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my);
-
Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta lampiran kod bidang berkaitan); dan
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Borang 9/D/13/dll.).
-
-
- Unit Perolehan akan memberikan butiran bayaran melalui e-mel kepada syarikat selepas semakan permohonan disahkan.

Borang Pembelian
Dokumen5. Semua kos berkaitan cadangan tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pemohon. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja. Firma audit hendaklah mengemukakan resit pembayaran melalui e-mel kepada [email protected]. Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.
6. Cadangan tawaran hendaklah dalam bentuk hardcopy dan softcopy (pendrive) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia
Blok 3517, Jalan Teknokrat 5, Cyber 5
63000, Cyberjaya, Selangor7. Jika serahan dokumen adalah melalui perkhidmatan kurier, Syarikat hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kurier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Syarikat juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup sebut harga selewat-lewatnya pada pukul 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
8. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
9. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
10. Syarikat yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.
-

