-
-
Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat yang berkelayakan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) (pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Sebut Harga ini ditutup) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menyediakan perkhidmatan berikut:
No. Sebut Harga Tajuk Sebut Harga Kod Bidang Tarikh Iklan, Tarikh Taklimat dan Tarikh Tutup
SEDA(SH)-22/2025
SEBUT HARGA PEMBEKALAN DAN PEMASANGAN AKSESORI UNTUK 2 UNIT LIF DI BANGUNAN PEJABAT SEDA MALAYSIA
Kementerian Kewangan
080101
Kejuruteraan Awam, Binaan dan Kelengkapan Kemudahan Awam/ Kelengkapan/ Kemudahan Awam/ Kelengkapan/ Kemudahan Awamatau
140101
Peralatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/Mesin dan Jentera Penjanaan dan Pengagihan Tenaga Elektrik serta Aksesori/Motor dan Alatubah/Alatgantiatau
220503
Perkhidmatan/
Penyelenggaraan/
Pembaikan Kejuruteraan dan Komunikasi/Perkakas/
Sistem ElektrikTarikh Iklan:
3 Disember 2025
(Rabu)Tarikh Tutup:
10 Disember 2025
(Rabu)Masa:
12:00 tengah hari2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Sebut Harga Pembekalan Dan Pemasangan Aksesori Untuk 2 Unit Lif Di Bangunan Pejabat SEDA Malaysia.
3. Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibeli secara dalam talian. Dokumen Sebut Harga mula dijual pada 3 Disember 2025 (Rabu, pukul 9:00 pagi hingga 4:00 petang) sehingga 10 Disember 2025 (Rabu, pukul 9:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit: Satu Ratus sahaja). Syarikat boleh membuat permohonan melalui e-mel kepada [email protected] dengan menyertakan bersamaa:
-
-
-
- Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my);
- Satu (1) Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (beserta dengan lampiran kod bidang berkaitan (080101; atau 140101 atau 220503); dan
- Satu (1) Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Borang 9/D/13/ lain-lain).
-
Unit Perolehan akan memberikan butiran bayaran melalui e-mel kepada syarikat selepas semakan permohonan
disahkan.
-

Borang Pembelian
Dokumen4. Dokumen Meja Sebut Harga boleh dilihat di Lobi Pejabat SEDA Malaysia pada 3 Disember 2025 sehingga 10 Disember 2025 seperti ketetapan berikut:
Hari
Masa
Isnin hingga Khamis
9:00 pagi – 4:00 petang
Jumaat
9:00 pagi – 12:00 tengah hari
2:45 petang – 4.00 petang
-
5. Semua kos berkaitan cadangan tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pemohon. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja. Syarikat hendaklah mengemukakan resit pembayaran melalui e-mel kepada [email protected]. Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.
-
6. Cadangan tawaran (dalam bentuk hardcopy dan softcopy (pendrive)) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga disebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia
Aras 6, Cyberview 23A
Persiaran APEC, Cyber 6
63000 Cyberjaya, Selangor7. Jika serahan dokumen melalui perkhidmatan kurier, Syarikat hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kurier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Syarikat juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup Sebut Harga selewat-lewatnya pada pukul 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
8. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
9. Cadangan tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
10. Syarikat yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.

