Soalan Lazim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM)

Apakah yang dimaksudkan dengan Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) baru (bermula 1 Januari 2019)?

Mekanisme di mana pengguna yang memenuhi syarat untuk memasang sistem PV suria bagi
kegunaan sendiri dan mengeksport lebihan tenaga (kWj) ke grid dan setiap kwj tenaga yang
dieksport akan diimbangi dengan tenaga yang dibekalkan oleh pemegang lesen pengagihan (TNB)
kepada penggunaan elektrik semasa tempoh pengebilan.

Bilakah NEM baru akan bermula (di mana tiada perbezaan pada harga jual dan harga beli tenaga elektrik?)

Mekanisme NEM baru akan bermula pada 1 Januari 2019 dan akan tertakluk kepada semua
pengguna NEM sedia ada.

Apakah yang dimaksudkan dengan pengimbangan satu-kepada-satu?

Pengimbangan satu-kepada-satu bermaksud untuk setiap 1 kWj yang dieksport ke grid akan diimbangi dengan 1 kWj yang digunakan dari grid berdasarkan tarif yang diwartakan. Caj eksport adalah mengikut kadar menurun (bermula dari kadar tertinggi yang ditetapkan)

Siapa yang layak untuk memohon NEM?

Pengguna berdaftar Tenaga Nasional Malaysia (TNB) di Semenanjung Malaysia.

  • Tidak disenaraihitam (Tidak mempunyai bil tertunggak & melakukan pengubahsuaian meter)

Open to all categories of TNB consumers under the following tariff*:

  • Domestic/Residential (Kediaman)
  • Commercial (Komersial) [termasuk bangunan milik kerajaan]
  • Industrial (Perindustrian)
  • Agriculture (Pertanian) Bermula dari 1 Januari 2019

* Rujuk kepada tarif tenaga elektrik pengguna TNB

Sumber penghasilan tenaga elektrik haruslah dari Fotovolta Solar (PV) sahaja

Apakah jenis pemasangan yang layak di bawak NEM?

Jenis pemasangan:

  • di atas bumbung bangunan
  • di atas garaj, tempat meletak kenderaan atau bangunan seakan-akan sama

Nota : Untuk sistem yang dipasakkan ke tanah, ia mungkin dibenarkan mengikut kes dan pemasangan perlulah dalam lingkungan premis pemohon dan telah mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Tenaga.

Berapakah kapasiti permohonan maksimum yang dibenarkan untuk seseorang itu?

  • Untuk pengguna domestik atau pengguna perumahan, kapasiti maksimum yang dibenarkan
    untuk pemasangan sistem PV ialah 12 kWp bagi sistem satu fasa atau 72 kWp bagi sistem 3 fasa.
  • Untuk pengguna komersil, perindustrian dan pertanian, kapasiti maksimum yang dibenarkan untuk pemasangan sistem PV ialah 75% daripada permintaan maksimum atau 60% dari kadar fius atau 60% dari kadar arus transformer.

Bagaimanakah saya boleh memohon NEM?

Permohonan boleh dibuat melalui sistem eNEM. Pemohon NEM perlu melantik Pemberi Perkhidmatan PV SEDA Berdaftar (RPVSP) untuk menghantar permohonan NEM. Untuk pemahaman lanjut, sila rujuk kepada Carta Aliran Proses NEM di “Pemeteran Bersih” >> tab “Aliran Kerja NEM”.

Senarai Pemberi Perkhidmatan PV Berdaftar (RPVSP)

Apakah yang dimaksudkan dengan Perjanjian Pembekalan untuk Tenaga Boleh Baharu (SARE) dan dimanakah saya boleh mendapatan maklumat yang lebih lanjut mengenainya?

Maklumat lanjut/garis panduan lengkap akan siap sepenuhnya pada 22 Nov 2018. Perjanjian tiga-hala di antara tiga pihak (pengguna pelabur solar/ pemajak dan TNB). TNB akan menyediakan perkhidmatan bil, mengutip dan mengirimkan bayaran dari pengguna kepada pelabur solar/pemajak dan sebagai balasan, TNB akan mengenakan sedikit caj perkhidmatan. Model perniagaan yang mendapat sokongan SARE termasuklah pajakan solar, PPA atau hibrid keduanya.

Apakah tempoh maksimum yang dibenarkan dari permohonan kepada cadangan NEMCD?

12 bulan dari tarikh NEM diluluskan sehinggalah cadangan kontrak NEM dengan TNB, dimana kegagalan akan menyebabkan kuota yang ditetapkan akan di tolak dan diberikan kepada pemohon NEM yang berpotensi.

Meter bagaimanakah yang dikehendaki oleh NEM?

2 jenis meter diperlukan seperti dinyatakan di bawah:

  1. Meter dua-arah TNB (dengan perincian import-eksport) bagi merekodkan jumlah tenaga elektrik yang digunakan, dijana atau dieksport;
  2. Meter PV/pembutir data/ alat penyongsang dengan perincian pengawasan untuk mencatat jumlah keseluruhan tenaga elektrik yang dijana oleh sistem PV.

Pilihan – Boleh memasang meter pemeriksa untuk mengukur eksport tenaga (sekiranya ada) dan mestilah sama atau menyerupai piawaian meter pengguna yang dipasang di premis oleh TNB;

Adakah saya layak untuk turut serta dengan NEM?

Ya, selagi anda masih merupakan pelanggan TNB. Perkara paling asas ialah bil elektrik anda. Pastikan anda merupakan pelanggan TNB yang berdaftar (nama anda/syarikat seperti yang dipaparkan bil TNB), hanya dengan itu anda layak untuk turut serta dengan NEM.

Bagaimana sekiranya saya telah memasang sistem PV solar untuk kegunaan sendiri (SELCO) dan telah mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan tiada aliran songsang atau tenaga dieksport ke grid, perlukah saya memohon NEM?

Tidak, tetapi bagi sistem PV dengan kapasiti melebihi 72 kWp, lesen penjanaan (persendirian) dari ST adalah diperlukan dan perlu menurut peraturan yang relevan di bawah Akta Pembekalan Tenaga (ESA). Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk kepada Garis Panduan Pemasangan Penghubung Fotovolta Solar untuk Kegunaan Sendiri yang diterbitkan oleh ST.

Adakah 100% syarikat pemilikan asing, bukan-tempatan dibenarkan menyertai NEM?

Ya, selagi syarikat tersebut merupakan pelanggan TNB.

Apakah hubungan di antara sistem PV solar pengguna dan sistem pengagihan DL?

Sambungan kepada rangkaian TNB perlu dilakukan melalui penyambungan tidak lansung, i.e. hanya di antara litar agihan kepunyaan pemilik.

Apakah jenis insentif yang tersedia untuk pengguna NEM?

Buat masa ini terdapat insentif fiskal ditawarkan kepada syarikat yang layak di dalam bentuk Insentif Teknologi Hijau oleh Lembaga Kemajuan Perindustran Malaysia (MIDA), ditawarkan sehingga tahun 2020.

http://www.mida.gov.my/home/tax-incentives-for-green-industry/posts/

Adakah terdapat tempoh masa yang ditetapkan dalam kontrak NEM baru di antara TNB dan pemilik bumbung?

Tidak terdapat sebarang tempoh masa yang ditetapkan di antara NEM baru dan NEM lama. Kontrak NEM adalah muktamad melainkan ditamatkan oleh mana-mana pihak atau terdapat pembatalan kontrak tenaga elektrik utama.

Adakah pemilik boleh mendapatkan wang bagi lebihan tenaga yang dijana setiap bulan atau hanya akan memperolehi kredit untuk penggunaan bulan hadapan?

Sebarang lebihan tenaga solar yang dijana boleh di bawa ke hadapan dalam tempoh masa 24 bulan dari tarikh mula sistem bil pengguna. Tiada bayaran tunai diberikan di bawah skim NEM.

Saya lihat “pajakan solar” telah diperkenalkan semasa IGEM 2018. Boleh saya tahu, adakah pengeluaran modal untuk pemasangan akan diberikan oleh syarikat (pemberi perkhidmatan) atau geran kerajaan?

Pengeluaran modal bagi pemasangan diberikan oleh pelabur. Sila rujuk terma dan syarat secara lansung dengan mereka.

Apakah Kajian Penilaian NEM (NEMAS)?

Kajian ini akan menentukan impak teknikal kepada pengagihan rangkaian tenaga elektrik milik Pemegang Lesen Pengagihan dan menghasilkan keperluan teknikal dan keselamatan yang mungkin perlu untuk pemasangan.

Keperluan berdasarkan kWp pemasangan adalah seperti di bawah:

Kapasiti Pemasangan Perlu Kajian Kadar Bayaran Kajian (RM)
1 – 72 kWp Tidak
72 kWp – 180 kWp Ya 1,000.00
> 180 kWp – 425 kWp Ya 5,000.00
> 425 kWp – 1 MWp Ya 8,000.00

Adakah lesen ST diperlukan di bawah NEM?

Hanya perlu untuk pemasangan sistem PV solar:

  • melebihi 24kW untuk satu fasa; dan
  • melebihi 72kW untuk tiga fasa.

Sesiapa yang menggunakan, bekerja atau mengendalikan pemasangan dikehendaki mempunyai lesen sebagaimana yang dinyatakan di bawah “Garis Panduan Perlesenan di bawah Seksyen 9 Akta”.

Apakah maklumat & dokumen yang diperlukan untuk permohonan NEM?

Maklumat :

  • Profil Pemohon
  • Maklumat Projek
  • Maklumat Teknikal
  • Cadangan Cara Kerja

Dokumen :

  • Diagram Satu Jalur (SLD) disahkan oleh orang yang layak;
  • Bil elektrik terkini
  • Pengisian Laporan Profil
  • Laporan NEMAS atau PSS
  • Dokumen pembuktian pemilikan kawasan