TITIK NODAL TNB UNTUK SISTEM TARIF GALAKAN

Senarai Titik Nodal dapat digunakan sebagai panduan awal bagi mana-mana projek Tenaga Boleh Baharu (TBB) untuk disambungkan ke rangkaian pengagihan TNB pada tahap voltan sederhana (33kV dan 11kV). Titik nodal ini boleh dijadikan sebagai rujukan untuk projek TBB yang baru dalam rangkaian pengagihan TNB di bawah sistem Tarif Galakan (FiT) dan juga projek-projek di bawah skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM). Senarai titik nodal dibuat berdasarkan kriteria berikut: –

  1. Pencawang pengagihan dengan tahap kerosakan litar pintas tidak melebihi 90% dari peringkat alat suis, perlu memenuhi keperluan yang dinyatakan dalam klausa 5.4.9.1. Kod Pengagihan; dan
  2. Terdapat bebanan yang mencukupi di pencawang:
    1. Untuk projek FiT (sambungan secara langsung), kapasiti maksima sambungan yang dibenarkan adalah berdasarkan 85% dari purata bebanan minima di Pencawang Pengambilan Utama (PMU).
    2. Untuk projek NEM (sambungan tidak langsung), kapasiti sambungan maksima yang dibenarkan adalah berdasarkan 75% daripada purata Permintaan Maksima (MD) pemohon NEM.

Sila ambil maklum bahawa senarai titik nodal hanya boleh digunakan sebagai pemeriksaan awal sebelum Kajian Penilaian NEM (NEMAS) atau Kajian Sistem Kuasa (PSS) dijalankan dan keputusan akhir berkaitan jaringan perhubungan dan kapasiti yang diluluskan hanya akan dibuat berdasarkan kajian NEMAS dan PSS yang sebenar.

VERSI DOKUMEN MUAT TURUN
Titik Nodal TNB – pada April 2020
Icon
59.39 KB
3744 Downloads