YBrs. Tuan Ahmad Zairin Ismail
YBrs. Tuan Ahmad Zairin Ismail
Pengerusi Pihak Berkuasa

YBrs. Tuan Ahmad Zairin Ismail
Pengerusi Pihak Berkuasa

 

YBrs. Tuan Ahmad Zairin Ismail telah dilantik sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa pada 15 Mei 2023.

Beliau membawa lebih daripada 20 tahun pengalaman di dalam industri tenaga. Memulakan kerjayanya sebagai Jurutera Pembangunan, dan kemudiannya, YBrs. Tuan Ahmad Zairin dinaikkan pangkat kepada Pengurus Kanan dengan mengetuai Unit Kejuruteraan Pembangunan Model Baharu di sebuah syarikat multinasional.

Kerjaya profesional beliau di industri tenaga bermula apabila YBrs. Tuan Ahmad Zairin menyertai Pusat Tenaga Malaysia (PTM) pada tahun 1999. PTM merupakan sebuah organisasi non-profit yang ditadbir oleh Kementerian Tenaga Malaysia untuk mempelopori pelbagai inisiatif nasional di dalam bidang Kecekapan Tenaga (KT) dan Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Malaysia.

Sehingga awal tahun 2015, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi/ Naib Presiden Kanan di Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC). Bidang tanggungjawabnya termasuk Persekitaran Binaan, Pembiayaan Hijau, Perolehan My Green, dan program Bandar Rendah Karbon. Beliau turut menyelia pelaksanaan Projek Penambahbaikan Kecekapan Tenaga Industri Nasional yang dibiayai UNDP/GEF dan Projek Penjanaan Tenaga Biojisim dan Penjanaan Bersama di dalam Industri Minyak Sawit.

Beliau juga memainkan peranan penting dalam mendapatkan pembiayaan Fasiliti Tenaga EU-ASEAN (EAEF-2006) dengan melibatkan pakar binaan tenaga rendah EU di dalam Pembangunan dan Pembinaan Pejabat Tenaga Hijau Pertama yang Diperakui di Malaysia dipanggil Pejabat Tenaga Sifar (ZEO) di Bangi, Selangor.

Beliau juga merupakan Penyelaras Projek Nasional (2018-2020) untuk Projek Pengangkutan Rendah Karbon Cekap Tenaga Malaysia. Sebelum itu, beliau merupakan Pengurus Projek Nasional (2016- 2018) bagi Projek Kecekapan Tenaga Sektor Bangunan yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), dibiayai oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan Kemudahan Alam Sekitar Global (GEF).

Buat masa ini, YBrs. Tuan Ahmad Zairin berkhidmat selaku Penyelaras Projek Kebangsaan untuk Projek UNIDO (ditadbir bersama oleh Ibu Pejabat UNIDO, MITI Malaysia dan Agensi Tenaga Korea) dalam menghadapi perubahan iklim melalui perundingan dasar dalam bidang KT dan TBB.

Diiktiraf di atas kepimpinan beliau di dalam sektor tenaga, YBrs. Tuan Ahmad Zairin telah diberi penghormatan dengan dianugerahkan ‘Kecemerlangan dalam Pengurusan Tenaga’ melalui Program Kerjasama Tenaga ASEAN dan beliau turut diperakui sebagai “Certified Training Professional” oleh Institut Pengurus dan Pentadbir Profesional di United Kingdom.

YBrs. Tuan Ahmad Zairin Ismail telah menamatkan pengajian di Universiti Liverpool, United Kingdom, dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektronik) pada tahun 1984 dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 1995

 

YBhg. Dato’ Haji Rosli bin Isa
YBhg. Dato’ Haji Rosli bin Isa
Anggota Pihak Berkuasa

YBhg. Dato’ Haji Rosli bin Isa
Anggota Pihak Berkuasa

 

YBhg. Dato’ Haji Rosli bin Isa telah dilantik sebagai Anggota Pihak Berkuasa untuk Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia pada 1 Jun 2022. Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).

YBhg. Dato’ Haji Rosli merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Politik pada tahun 1989 daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada tahun 1990, beliau menerima Diploma Pendidikan di UKM dan beliau memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Awam dan Diplomatik pada tahun 1996.

Beliau mempunyai kepakaran dan pengetahuan yang mendalam berhubung pentadbiran awam/Kerajaan lantaran pengalaman beliau berkhidmat di beberapa kementerian dan jabatan Kerajaan seperti Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan.

YBhg. Dato’ Haji Rosli bin Isa telah dikurniakan beberapa anugerah, antaranya; Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada Kementerian Pengajian Tinggi, Penganugerahan Pingat Pekerti Terpilih Negeri Perak, Penganugerahan Pingat Paduka Mahkota Perak dan Penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang.

YBhg. Datuk Ir. Ahmad Fauzi bin Hasan
YBhg. Datuk Ir. Ahmad Fauzi bin Hasan
Anggota Pihak Berkuasa

YBhg. Datuk Ir. Ahmad Fauzi bin Hasan
Anggota Pihak Berkuasa

 

YBhg.  Datuk  Ir.  Ahmad  Fauzi  bin  Hasan  telah  dilantik  sebagai  Ahli  Pihak  Berkuasa   untuk Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia pada   1   Oktober   2017.  

YBhg. Datuk Ir. Ahmad Fauzi bin Hasan merupakan   seorang   jurutera   profesional  yang  mempunyai  pengalaman  selama  42  tahun  di  dalam  bidang  kawalselia  industri.  Beliau  mempunyai  pengalaman  yang  luas  di  dalam  bidang  kawala selia dan regulatorisektor  tenaga  dan  industri-industri  yang berisiko  tinggi  berdasarkan  rujukan pematuhan/amalan   antarabangsa  , bagi memastikan kualiti prestasi industri bekalan tenaga dalam, aspek keselamatan, kebolehupayaan,  kelestarian, keselamatan ekonomi, dan kualiti perkhidmatan sektor tenaga.

YBhg.  Datuk  Ir.  Ahmad  Fauzi  merupakan  Ketua  Pegawai  Eksekutif  (KPE)  Suruhanjaya Tenaga (ST) Malaysia dari 2010 sehingga 2017,  dan juga merupakan Pengerusi ST dari tahun 2018 sehingga 2020. Beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga  Perlesenan  Tenaga  Atom  dari  tahun  2017  sehingga  Januari  2020,  Ahli  Pihak  Berkuasa  untuk Pihak Berkuasa Pembangunan  Tenaga  Lestari  sejak  tahun  2017  (sebagai pemangku Pengerusi dari tahun 2018 sehingga 2019) dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah bagi Malaysia Programme Office for Power Electricity Reform dari tahun 2019 sehingga 2020.

Beliau juga  merupakan  Fellow  di  Institution  of  Engineers  Malaysia dan juga Ahli Majlis Penasihat Persatuan Profesional Risiko Bertauliah, mantan Presiden bagi International Electrotechnical Commission National Committee of Malaysia dari tahun 2011 sehingga 2017, dan juga bekas Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi Forum East Asia Pacific Infrastructure Regulatory Forum. Beliau juga merupakan Profesor di Universiti Tenaga Nasional.

Beliau  merupakan  penerima anugerah  “ASEAN  Excellence  in  Energy  Management  by  Individual  Awards”  semasa  Mesyuarat  Menteri-Menteri  Tenaga  ASEAN  yang  ke-35  pada  tahun  2017  dan  menerima  anugerah  National  Standards  Award  dari  Kementerian  Sains,  Teknologi,  dan  Inovasi  pada  tahun 2005.

YBhg.  Datuk  Ir.  Ahmad  Fauzi  merupakan pemegang  Ijazah  Sarjana  Muda  Kejuruteraan Mekanikal daripada University of Manchester’s Institute of Science and  Technology,  England  pada  tahun  1978  dan  Ijazah  Sarjana  dalam  bidang  Kejuruteraan daripada University of Michigan, Amerika Syarikat pada tahun 1983.   Beliau juga pernah mengikuti program pengurusan lanjutan di Institut Pengurusan Asia dan INTAN serta program strategi  dan peraturann utiliti awam di University of Florida.

YBrs Ts Dr Sang Yew Ngin
YBrs Ts Dr Sang Yew Ngin
Anggota Pihak Berkuasa

YBrs Ts Dr Sang Yew Ngin
Anggota Pihak Berkuasa

 

YBrs Ts Dr Sang Yew Ngin telah dilantik sebagai Anggota Pihak Berkuasa untuk Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia pada 1 April 2022. Beliau kini berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian BioBahan Api, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) sejak 17 Jun 2019.

YBrs Ts Dr Sang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) pada tahun 1997 dan Ijazah Sarjana Alam Sekitar pada tahun 1998 daripada Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau mendapat kelulusan Ijazah Kedoktoran (PhD) pada tahun 2016 daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) menerusi Biasiswa Kursi Ekonomi Tenaga di bawah Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE). Beliau juga terlibat aktif dalam jurnal ilmiah berwasit sebagai penulis dan pengulas manuskrip untuk Journal of Cleaner Production dan Energy Policy yang diterbitkan oleh Elsevier, Environment System and Decisions yang diterbitkan oleh Springer dan pernah menjadi Editor Artikel bagi SAGE Open.

YBrs Ts Dr Sang juga merupakan seorang Teknologis Professional (P.Tech) yang berdaftar dengan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) di samping menjadi Exco bagi PSESIG, Institut Jurutera Malaysia (IEM) sejak 2015 sehingga kini. Beliau juga merupakan Ahli Ganti dalam Lembaga Biokeselamatan Negara (LBK) sejak tahun 2020 sehingga kini.

YBrs Ts Dr Sang juga mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam pentadbiran awam lantaran pengalaman beliau dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik dan pernah berkhidmat di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

YBrs. Tuan Mohd Saiful Sungkih Abdullah
YBrs. Tuan Mohd Saiful Sungkih Abdullah
Anggota Pihak Berkuasa

YBrs. Tuan Mohd Saiful Sungkih Abdullah
Anggota Pihak Berkuasa

 

YBrs. Tuan Mohd Saiful Sungkih Abdullah telah dilantik sebagai Anggota Pihak Berkuasa pada 1 Ogos 2022. Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian  di Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan Malaysia.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada tahun 1995 daripada Universiti Malaya (UM). Beliau memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Awam dan Diplomatik pada tahun 1997.

YBrs. Tuan Mohd Saiful telah dikurniakan beberapa anugerah, antaranya; Anugerah Pingat Kebesaran Negeri Sarawak, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada Perbendaharaan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah and Jabatan Perdana Menteri.

YBrs. Dr Nurmazilah Dato’ Mahzan
YBrs. Dr Nurmazilah Dato’ Mahzan
Anggota Pihak Berkuasa

YBrs. Dr Nurmazilah Dato’ Mahzan
Anggota Pihak Berkuasa

 

YBrs. Dr Nurmazilah Dato’ Mahzan telah dilantik sebagai Anggota Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia pada 15 Jun 2023.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan pengajian PhD dalam Perakaunan dari Universiti Birmingham, United Kingdom. YBrs. Dr. Nurmazilah merupakan ahli MIA, MICPA, CPA ASEAN dan felo CGMA. Beliau juga merupakan Juruanalisa ESG bertauliah, Akauntan Awam bertauliah dan Juruaudit Dalaman Bertauliah dengan kelayakan Pengurusan Risiko dan Jaminan Kualiti.

Mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman di dalam pelbagai organisasi, YBrs. Dr. Nurmazilah Dato’ Mahzan merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akauntan Malaysia (MIA). Di MIA, beliau mengetuai dan melaksanakan transformasi sistem pengurusan, penggunaan teknologi, peningkatan tadbir urus dan penjenamaan.

YBrs. Dr. Nurmazilah turut memainkan peranan aktif di dalam Persekutuan Akauntan Antarabangsa, Lembaga Rangka Kerja Pelaporan Bersepadu Antarabangsa, dan Persekutuan Akauntan ASEAN. Selain itu, beliau mengetuai pelaksanaan beberapa projek, termasuk Rangka Tindakan (Blueprint) Teknologi Digital, Profesion Perakaunan yang Relevan pada Masa Depan (FRAP), dan program-program kesedaran Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Beliau juga menyelia fungsi-fungsi pengawalseliaan pengauditan dan perakaunan, termasuk semakan penyata kewangan, kualiti audit dan etika profesional. Beliau juga terlibat di dalam perbincangan topik berkaitan ESG di peringkat tempatan dan antarabangsa, yang mendedahkan beliau kepada pelbagai dasar-dasar berkaitan ESG.

Sebelum menerajui MIA, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan di Universiti Malaya, Pengurus Akaun Korporat KUB Malaysia Berhad dan Juru audit Kanan Arthur Andersen &Co. Pengalaman korporat beliau yang luas meliputi pelbagai industri, termasuk pembangunan dan pembinaan hartanah, perbankan, amanah saham, perdagangan dan pembuatan. YBrs. Dr. Nurmazilah merupakan ahli Majlis MIA, ahli Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia, ahli Lembaga Gabenor bagi Institut Juruaudit Dalaman, ahli Majlis Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia dan Bendahari bagi Persatuan Ekonomi Malaysia. Beliau juga berkhidmat di dalam pelbagai jawatankuasa MIA dan MICPA.

Buat masa ini, YBrs. Dr. Nurmazilah merupakan Ahli Lembaga Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di BIMB Securities Sdn. Bhd, IIUM Schools Sdn Bhd dan Ahli Majlis Pelaporan Bersepadu dan Keterhubungan IFRS (sebelum ini Lembaga Rangka Kerja IR). Beliau juga turut melaksanakan program latihan melibatkan pengarah dan pengurusan kanan mengenai bidang berkaitan tadbir urus, pelaporan korporat dan kelestarian.

YBrs. Puan Haslina Abdul Samad
YBrs. Puan Haslina Abdul Samad
Anggota Pihak Berkuasa

YBrs. Puan Haslina Abdul Samad
Anggota Pihak Berkuasa

 

YBrs. Puan Haslina Abdul Samad telah dilantik sebagai Anggota Pihak Berkuasa untuk Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia pada 15 Mei 2023.

Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti of Missouri, Columbia MO Amerika Syarikat (1987). YBrs. Puan Haslina berpengalaman lebih 25 tahun dalam industri tenaga merangkumi tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga dan penjanaan kuasa.

YBrs. Puan Haslina memulakan kerjaya beliau di Tenaga Nasional Berhad (TNB), di mana beliau berkhidmat di beberapa bahagian di bawah TNB yang terdiri daripada TNB Generation (di HQ dan Stesen Janakuasa Paka) dan TNB Energy Services Sdn. Bhd (TNBES). Tugas beliau merangkumi kerja operasi dan penyelenggaraan loji janaelektrik. Beliau juga pernah bertugas sebagai pengurus pembangunan perniagaan yang melibatkan rundingan bidaan bagi projek-projek tempatan dan antarabangsa. Tugas terakhir beliau di TNBES ialah selaku Pengurus Kanan (Tenaga Boleh Baharu) di mana beliau menyelia pembangunan dan pelaksanaan inisiatif tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Teknikal kepada Malaysian Green Tech Corporation (MGTC) di bawah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) untuk sektor biojisim.

Memiliki kepakaran serta berpengetahuan luas dalam bidang tenaga, YBrs. Puan Haslina telah membentangkan kertas-kertas kerja mengenai “Pelaksanaan Projek Tapak Pelupusan Sisa kepada Tenaga” dan “Pemulihan Gas Metana di Tapak Pelupusan Sisa” di seminar-seminar tenaga boleh baharu tempatan dan antarabangsa. Selain itu, beliau turut bergiat aktif di dalam program-program latihan di peringkat global yang memfokuskan pada sistem tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga industri, loji janakuasa gas di tapak pelupusan dan pemasaran perniagaan di dalam industri tenaga.

YB Lee Chean Chung
YB Lee Chean Chung
Anggota Pihak Berkuasa

YB Lee Chean Chung
Anggota Pihak Berkuasa

 

YB Lee Chean Chung telah dilantik sebagai Anggota Pihak Berkuasa untuk Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia pada 1 Ogos 2023. Beliau merupakan seorang ahli politik, penyelidik dan aktivis alam sekitar yang telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen (MP) Petaling Jaya sejak November 2022.

YB Lee menamatkan pengajian sarjana muda di dalam bidang Kejuruteraan, dalam jurusan Komputer di Universiti Multimedia (MMU). YB Lee mempunyai dua ijazah sarjana daripada Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) dalam bidang Sarjana Sains dalam Pengangkutan dan Logistik pada tahun 2006 dan Sarjana dalam Pentadbiran Awam daripada Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew, Universiti Nasional Singapura (NUS) pada tahun 2019. Pada tahun 2020, beliau juga turut menerima Biasiswa Dong Fang daripada Universiti Peking, China bagi mengikuti program eksekutif ‘Bengkel Tadbir Urus’ selama 3-bulan bersama 25 orang pemimpin cemerlang yang baru muncul.

Sebelum terlibat aktif di dalam bidang politik, YB Lee mempunyai pengalaman bekerja di firma penyelidikan dan perundingan pasaran global. Beliau turut menyertai Unit Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) sebagai Pegawai Penyelidik dari tahun 2008 hingga 2011. Di KPRU, beliau menyediakan sokongan penyelidikan dari segi strategik dan menganjurkan mesyuarat-mesyuarat berkaitan perundingan rang undang-undang bagi 30 Ahli Parlimen.

YB Lee turut mempunyai pengalaman penyelidikan yang luas di dalam pelbagai bidang. Tesis sarjana beliau yang bertajuk “Sistem Navigasi Teksi GPS Berdasarkan Laluan Terpendek Algoritma,” telah menjadi bahan rujukan di dalam beberapa artikel jurnal. Pada tahun 2019, beliau telah bekerjasama di dalam kertas kerja yang bertajuk “Institusi untuk Kelestarian: Pendudukan Tak Sah” bagi Persidangan GSP 2019: Urban Possibilities: Reimagining Philippines. Selain itu, beliau turut menjadi pengarang bersama bagi buku-buku seperti “Jiwa Merdeka”, “Reformasi Politik Hijau” (粉红政改) dan telah menyumbang kepada beberapa platform penerbitan seperti The Edge, Malaysiakini, dan Oriental Daily.

Terlibat aktif di dalam penglibatan antarabangsa, YB Lee telah dianugerahkan Alumnus Paling Cemerlang di dalam program Konrad Adenauer Stiftung Young Politicians (KASYP) pada tahun 2019. Beliau juga merupakan felo kepada International Adenauer Network, Felo Profesional Belia untuk Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) dan Majlis Pemimpin Politik Muda Amerika (ACYPL), dan lulusan Kursus Penasihat Politik daripada Sekolah Siswazah Kerajaan (Universiti Sydney). YB Lee turut dijemput untuk berucap di Akademi Kepimpinan Belia Demokrasi Generasi (2017), Sidang Kemuncak Demokrasi Copenhagen (2020) dan Institut Parti dan Demokrasi Denmark (DIPD) (2020).