YBhg. Dato’ Hamzah bin Hussin
YBhg. Dato’ Hamzah bin Hussin
Ketua Pegawai Eksekutif

YBhg. Dato’ Hamzah bin Hussin
Ketua Pegawai Eksekutif

YBhg. Dato’ Hamzah bin Hussin telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SEDA Malaysia pada 22 Februari 2021. Beliau telah mendapat pendidikan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Analisa) dari Universiti Malaya pada tahun 1999. Memulakan karier di dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada tahun 2003 sebagai kerjaya Penolong Setiausaha di Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran dan hingga kini telah berkhidmat di pelbagai kementerian serta pentadbiran daerah.

YBhg. Dato’ Hamzah mempunyai pengalaman luas sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri dan Timbalan Menteri di pelbagai kementerian iaitu Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).

Selain itu, beliau juga mempunyai pengalaman di dalam bidang pentadbiran dan pengurusan tanah serta pengurusan projek-projek pembangunan. Pada tahun 2014, beliau telah dilantik sebagai Pegawai Daerah Kerian, Perak untuk tempoh selama 2 tahun. YBhg. Dato’ Hamzah telah menempa sejarah apabila dilantik sebagai Pegawai Daerah pertama bagi Daerah Bagan Datuk, Perak yang baru diwujudkan pada Mei 2016.

Portfolio dan pengalaman YBhg. Dato’ Hamzah yang luas khususnya dalam bidang pengurusan, pentadbiran, perancangan strategik dan dasar-dasar kerajaan diharapkan dapat merealisasikan agenda kelestarian tenaga di Malaysia.

Ts. Mohammad Nazri bin Mizayauddin
Ts. Mohammad Nazri bin Mizayauddin
Ketua Pegawai Strategi

Ts. Mohammad Nazri bin Mizayauddin
Ketua Pegawai Strategi

Ts. Mohammad Nazri bin Mizayauddin mempunyai pengalaman lebih dari 21 tahun di dalam sektor korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLCs). Beliau berpengalaman luas yang merangkumi pelbagai industri seperti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), perbankan pusat & perkhidmatan kewangan dan juga di sektor Minyak & Gas. Sebelum menyertai SEDA, beliau merupakan Naib Presiden di Bank Rakyat dan juga di Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP). Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pembangunan Lestari Pelaporan & Komunikasi dan Ahli Jawatankuasa Pelaburan di PETRONAS. Ts. Mohammad Nazri juga pernah berkhidmat di Petronas Leadership Centre (PLC) sebagai jurulatih dalaman di dalam bidang Kewangan & Perbendaharaan. Sebelum itu, beliau telah berkhidmat di Labuan Reinsurance Ltd, Bank Negara Malaysia dan juga di Maybank. Beliau memulakan karier di SONY sebagai Jurutera R&D merangkumi strategi dan pembangunan perniagaan.

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dari University of Hartford, Amerika Syarikat. Beliau juga memiliki MBA dari Management & Science University (MSU) dan merupakan ahli bersekutu Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) melalui Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia. Selain itu, beliau juga merupakan ahli Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) dan Ahli Teknologi Profesional (Ts.) yang berdaftar di bawah Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

Ts. En. Steve Anthony Lojuntin
Ts. En. Steve Anthony Lojuntin
Pengarah Pembangunan & Fasilitasi Teknikal

Ts. En. Steve Anthony Lojuntin
Pengarah Pembangunan Teknikal dan Fasilitasi

Ts. En. Steve Anthony Lojuntin kini merupakan Pengarah Bahagian Pengurusan Permintaaan Tenaga yang bertanggungjawab dalam merencana, mengimplimentasi dan mengawasi aktiviti-aktiviti dan program-program berkaitan inisiatif pengurusan tenaga di bawah SEDA Malaysia.

Beliau merupakan penerima ijazah kepujian Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Malaya pada tahun 1997, secara praktikalnya seorang pengurus tenaga dan berkelayakan sebagai Fasilitator Indeks Bangunan Hijau (GBIF) dan ahli jawatankuasa Persatuan Profesional Tenaga Malaysia (MEPA).

Beliau memulakan karier sebagai jurutera sistem IT untuk projek pelantar-ujian TELEKOM’s MSC dan seterusnya sebagai jurutera mekanikal dengan Majutek Perunding Sdn Bhd. Beliau juga mempunyai pengalaman bekerja dengan pelbagai badan perintis pengurusan tenaga milik tempatan dan antarabangsa seperti Malaysian Green Technology Corporation @ GreenTech Malaysia (dahulunya dikenali Pusat Tenaga Malaysia), ECO Energy Sdn Bhd, Danish International Development Assistance (DANIDA) and Gagasan Sentral Sdn Bhd. Beliau juga terlibat dengan pelbagai jenis khidmat pengurusan tenaga seperti melaksanakan audit tenaga komersil & perindustrian, memberikan latihan kepada pengurus tenaga, membantu mereka input kecekapan tenaga, pengurusan tenaga & sistem kawalan, peningkatan proses, pentauliahan & penambahbaikan/penstabilan khidmat bangunan, prestasi tenaga & pengawasan, operasi & penyenggaraan, bangunan hijau rendah karbon, program bandar rendah karbon, ICT hijau, teknologi hijau dsb.

Beliau turut mempunyai pengalaman bekerja sepenuh masa di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air (KeTTHA) sebagai Penasihat Teknikal Tempatan (Konsultan Rekaan Tenaga) bersama DANIDA untuk Bangunan Pejabat Cekap Tenaga milik KeTTHA di Putrajaya, juga terlibat dengan pembangunan Pejabat Tenaga Hijau (GEO) GreenTech Malaysia (atau lebih dikenali Pejabat Tenaga Sifar Pusat Tenaga Malaysia – Bangunan PTM ZEO) di Bangi dan berpengalaman dalam memberikan bantuan teknikal kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) terutamanya terhadap penambahbaikan rekaan kecekapan tenaga bangunan-bangunan awam di Malaysia. Pada tahun 2010 beliau telah mengetuai pembangunan Program Perbandaran Hijau milik KeTTHA, Rangka Kerja Bandar-bandar Karbon Rendah (LCCF) dan Tahap Piawaian Pembinaan CIDB (CIS) 20, GreenPASS.

Beliau turut terlibat secara aktif dengan jawatankuasa teknikal beberapa agensi kerajaan seperti CIDB, Jawatankuasa Green ICT (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK-MOHR) sebagai panel pakar pengulas NOSS, Projek Perkhidmatan Kecekapan Tenaga Bangunan (BSEEP-JKR-UNDP), jawatankuasa piawaian SIRIM.

Ts. En. Steve Anthony Lojuntin kini merupakan Pengarah Pembanguna Teknikal dan Fasilitasi, yang bertanggungjawab dalam melaksanakan fungsi perkhidmatan umum dalam bidang tenaga lestari.

En. Roslan Ali @ Hassan
En. Roslan Ali @ Hassan
Pengarah Kanan Komunikasi Strategik

En. Roslan Ali @ Hassan
Pengarah Kanan Komunikasi Strategik

 

En. Roslan mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam sektor korporat dengan memberikan bimbingan kepimpinan dan strategik terutamanya dalam praktis pemasaran terbaik kepada para eksekutif.

Di antara pencapaian terbesar beliau termasuklah kejayaan beliau dalam mereka dan melaksanakan strategi-strategi perhubungan awam serta pemasaran dengan hasil yang maksima untuk sebahagian besar organisasi yang diiktiraf di negara ini dan merangkumi pelbagai industri antaranya telekomunikasi, perkhidmatan kerajaan, peruncitan, kejuruteraan dan media.

Sebelum beliau memegang jawatan ini, portfolio karier beliau di dalam bidang komunikasi termasuklah sebagai Ketua Komunikasi Korporat di Kumpulan Selia, Pengarah Komunikasi Korporat di Kementerian Perladangan, Industri dan Komoditi, Ketua Komunikasi Pemasaran TM Sales & Services dan Ketua Bahagian Pengiklanan dan Promosi di Radio Rediffusion. En. Roslan merupakan bekas penuntut Universiti Technology MARA dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Seni & Rekacipta.

En. Saiful Hakim bin Abdul Rahman
En. Saiful Hakim bin Abdul Rahman
Pengarah, Bah. Perancangan Strategik

En. Saiful Hakim bin Abdul Rahman
Pengarah, Bah. Perancangan Strategik

En. Saiful Hakim bin Abdul Rahman telah berkecimpung di dalam bidang berkaitan utiliti dan tenaga selama lebih daripada 28 tahun. Beliau memulakan kerjayanya dengan TNB sebagai pemegang biasiswa TNB dan berkhidmat di bahagian pengagihan (distribution) selama 17 tahun di mana ianya memberikannya pengalaman luas dalam perniagaan Rangkaian Pengagihan Beliau kemudiannya berpindah ke United Kingdom (UK) dan bekerja dengan Scottish and Southern Energy (SSE), salah satu daripada 6 syarikat utiliti terbesar di UK yang berpangkalan di Glasgow. Semasa di SSE, beliau terlibat dalam bidang Perancangan Perniagaan, Pelaporan dan Pematuhan Kawal Selia, Pengurusan Aset dan menyokong sambungan grid untuk Tenaga Boleh Baharu di dalam bidang Transmisi. Beliau turut bekerja rapat dengan OFGEM yang merupakan Pengawal Selia untuk syarikat utiliti di UK dalam tempoh itu dalam membangunkan Laporan Pengawalseliaan bagi Tempoh Pengawalseliaan RIIO-T1. Semasa bekerja di sana, beliau telah mengembangkan minat beliau terhadap bidang Tenaga Boleh Baharu. Kemudian, En. Saiful menyertai Landis+Gys AG, sebuah syarikat pengurusan tenaga yang berpangkalan di Switzerland yang membangunkan perniagaan mengenai penyelesaian pengurusan tenaga seperti pemeteran pintar dan grid pintar.

 

En. Saiful Hakim bin Abdul Rahman memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan di dalam bidang Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dari University of Brighton, United Kingdom pada tahun 1993 dan MBA (Pengurusan Strategik) daripada Aston University, United Kingdom pada tahun 2011. Ketika beliau mengambil MBA juga,  beliau turut menghadiri Audencia Business Sekolah, Nantes di Perancis bagi sesi kuliah.

Ts. Edisham Mohd Sukor
Ts. Edisham Mohd Sukor
Pengarah, Bahagian Operasi Pasaran

Ts. Edisham Mohd Sukor
Pengarah, Bahagian Operasi Pasaran

Ts. Edisham Mohd Sukor telah menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia dengan Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan memperolehi Diploma di dalam bidang Kejuruteraan Kimia. Beliau juga telah diiktiraf sebagai pakar industri di bawah Sektor Alam Sekitar dan Landskap di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Di SEDA Malaysia, antara peranannya ialah melakukan penilaian teknologi, mendorong inovasi dan pengkomersialan teknologi tenaga boleh baharu (TBB). Ts. Edisham juga terlibat dalam pembangunan modal insan yang berkaitan dengan latihan TBB dan menyokong pihak berkepentingan dalam aktiviti berkaitan teknologi TBB termasuklah pengesahan teknologi TBB.

Sebelum menyertai SEDA Malaysia, Ts. Edisham telah berkhidmat sebagai Pengurus Alam Sekitar di Worldwide Holdings Bhd di mana beliau merupakan sebahagian daripada pasukan projek yang membina loji janakuasa gas pelupusan tersambung grid berkuasa 2MW yang pertama di Malaysia. Beliau mempunyai rekod pengalaman lebih daripada 10 tahun di dalam mereka bentuk dan mengendalikan projek biogas.

Ts. Edisham telah bersama dengan Pihak Berkuasa sejak 2012 dan pengetahuannya yang meluas dalam mempelopori industri TBB di Malaysia merupakan kelebihan buat SEDA Malaysia.

 

Pn. Zafina Ahmad
Pn. Zafina Ahmad
Pengarah Kewangan

Puan Zafina Ahmad
Pengarah Kewangan

Pn Zafina Ahmad merupakan seorang Akauntan Bertauliah (MIA) dan Felow Pengamal Sijil Akauntan Bertauliah (CPA Australia) dengan pengalaman lebih 18 tahun, merentasi segala lapangan seperti kewangan, syarikat antarabangsa multinasional, teknologi informasi dan sektor kerajaan. Kepakaran beliau termasuklah pengurusan kewangan, operasi kewangan, laporan kewangan, pengurusan perbendaharaan, analisis perniagaan dan laporan, pengurusan risiko, tadbir urus korporat, pentaksiran dan rangkaan model untuk tender-tender, pentaksiran pelaburan dan perbankan komersil. 

Setelah beliau menamatkan pengajian di Universiti Canberra, Australia dengan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dalam Perakaunan pada Mei 1997, beliau menyertai Bahagian Perbankan Komersil di Southern Bank Berhad. Setelah lebih 7 tahun bekerja di bank, beliau memperoleh pengalaman berharga dan sepanjang tempoh beliau berkhidmat, beliau telah berjaya membangunkan dan melaksanakan pengurusan risiko kredit dari sudut yang berbeza merentasi segmen pelanggan utama bersama-sama dengan konsultan pihak bank, McKinsey & Co.

Pn Zafina kemudiannya berkhidmat di QI Services Sdn Bhd, subsidiari QI Ltd, sebuah syarikat multinasional yang beribu pejabat di Hong Kong. Beliau merupakan penganalisa pelaburan dan seterusnya menjadi Auditor Dalam Kumpulan bermula dari September 2004 hingga Oktober 2006 dan memainkan peranan penting dalam menjalankan keseluruhan audit untuk pelbagai pejabat di Hong Kong, Kuala Lumpur, Jakarta dan Bangkok. Pada Disember 2006, beliau berhijrah ke Singapura dan menyertai Random Connexion Pte Ltd sehingga Jun 2008 dan dipindahkan ke syarikat naungan yang sama, Mystiq Mobile Pte Ltd dari Jun 2008 hingga Mac 2009. Kedua-dua syarikat ini terlibat di bidang teknologi maklumat, dengan kepakaran utamanya applikasi mudah alih. Sepanjang 2 1/2 tahun berkhidmat sebagai Pengawal Kewangan, beliau bertanggungjawab dalam perancangan kewangan, pengurusan dan polisi selain daripada fungsi-fungsi Pentadbiran dan Sumber Manusia secara amnya di dalam kumpulan.

Sebelum menyertai SEDA Malaysia pada Februari 2020, beliau merupakan Naib Presiden Pembangunan Korporat & Bahagian Kewangan di Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) selama lebih dari 7 tahun. Sebagai ketua di Bahagian Kewangan IRDA, beliau bertanggungjawab untuk pengurusan kewangan keseluruhan selain daripada menjadi Ahli Tetap untuk Jawatankuasa Perolehan termasuklah Ahli Jawatankuasa Sebut Harga dan Jawatankuasa Kepelbagaian Langganan.

Kekosongan
Kekosongan
Pengarah Perkhidmatan Digital

Kekosongan
Pengarah Perkhidmatan Digital

En. Mohd Hafiz Johari
En. Mohd Hafiz Johari
Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran

En. Mohd Hafiz Johari
Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran

En. Mohd Hafiz Johari menyertai SEDA Malaysia sebagai Pengarah Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia (BPSM) pada 11 Oktober 2023 untuk menerajui pelaksanaan strategi dan inisiatif modal insan & pentadbiran SEDA Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman lebih 22 tahun dalam pelbagai industri meliputi industri Telekomunikasi, Automotif, FMCG, Perbankan dan Insurans/Takaful.

Sepanjang karier beliau, En. Mohd Hafiz telah memegang pelbagai jawatan kepimpinan merangkumi bidang-bidang utama dalam spektrum sumber manusia seperti pembangunan organisasi, pengurusan prestasi, faedah dan imbuhan, perhubungan industri, penglibatan pekerja, pembangunan bakat dan perancangan tenaga kerja.

En. Mohd Hafiz memulakan kerjaya beliau dengan Telekom Malaysia pada tahun 1999 sebagai pelatih industri sumber manusia dan kemudiannya meluaskan pengetahuan dalam bidang sumber manusia bersama syarikat-syarikat MNC dan GLC yang bereputasi tinggi seperti Celcom, Standard Chartered, Proton Holdings, Cadbury Malaysia, Great Eastern Takaful, Danajamin, Sun Life Assurance dan University Kuala Lumpur (UniKL).

Sebelum menyertai SEDA Malaysia, beliau memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Kanan, Modal Insan di Co-opbank Pertama Malaysia Berhad selama tiga tahun.

En Mohd Hafiz memiliki Diploma Perbankan dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia, kedua-duanya dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Pada masa lapang, En Mohd Hafiz aktif menyertai pelbagai acara sukan seperti bola sepak, berbasikal dan badminton.

Pn. Afroza Banu Abd Halim
Pn. Afroza Banu Abd Halim
Ketua, Unit Khas

Pn. Afroza Banu Abd Halim
Ketua Unit Khas

Pn. Afroza Banu Abd Halim berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera (Bahasa Inggeris) dengan minor dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia. Beliau memasuki Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada tahun 2006 dan menerima Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada tahun 2008. Pada tahun 2018, beliau telah dianugerahkan Biasiswa Chevening yang berprestij oleh Kerajaan UK bagi melanjutkan pengajian Sarjana Pentadbiran Awam (MPA) di University of Birmingham.

Puan Afroza memulakan kerjayanya pada tahun 2003 sebagai Pensyarah Bahasa Inggeris di kolej/universiti swasta sebelum menyertai sektor awam pada tahun 2006. Sebelum menyertai SEDA Malaysia, beliau merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di bawah Kementerian Dalam Negeri. Pengetahuan dan pengalaman beliau dalam sektor kerajaan sepanjang perkhidmatan di pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Jabatan Insolvensi Malaysia, dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) membolehkan beliau memegang jawatan beliau hari ini sebagai Ketua Unit Khas di SEDA Malaysia.

Pn. Mazliana Mazlan
Pn. Mazliana Mazlan
Penasihat Undang-Undang

Pn. Mazliana Mazlan
Penasihat Undang-undang

 

Pn. Mazliana Mazlan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LLB) Kepujian pada tahun 2008 dari Universiti Technologi MARA (UiTM), Shah Alam. Sebelum ini, beliau merupakan Pegawai Undang-undang di Pejabat Peguam Negara (AGC) dan beliau pernah berkhidmat di beberapa jabatan kerajaan antaranya Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian dan Jabatan Insolvensi Malaysia sejak 2008.

Sebelum menyertai SEDA Malaysia, beliau merupakan Penasihat Undang-Undang/Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan). Sebagai Ketua Unit Undang-undang, beliau bertangungjawab memberikan pandangan kepada Ketua Pengarah Tanah dan Galian serta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dari sudut perundangan. Peranan lain yang dipertangungjawabkan ke atas beliau termasuklah memeriksa perjanjian, mewakili jabatan bagi kes-kes sivil yang melibatkan jabatan sebagai plaintif dan merangka pindaan undang-undang utama dan subsidiari milik jabatan. Antara pindaan undang-undang di mana beliau terlibat secara langsung adalah Kanun Tanah Negara, Akta Hakmilik Strata 1985, Akta Pengambilan Tanah 1960, Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 dan Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957.

Pn. Nor Radhiha Mohd Ali
Pn. Nor Radhiha Mohd Ali
Ketua Perolehan

Pn. Nor Radhiha Mohd Ali
Ketua Perolehan

Pn. Nor Radhiha Mohd Ali menamatkan pengajian beliau pada tahun 2017 dari Universiti Terbuka Malaysia dengan Ijazah Master dalam Pentadbiran Sumber Manusia, pada tahun 1996 dari Universiti Utara Malaysia dengan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pentadbian Perniagaan dan Diploma Pemasaran dari Universiti Sultan Zainal Abidin. Beliau mempunyai pengalaman kerja bertahun-tahun berkhidmat dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran, pemasaran, sumber manusia, dan sebagainya. Pada tahun 2000, beliau menyertai Pusat Tenaga Malaysia (atau sekarang dikenali Malaysia Green Technology Corporation) sebagai Eksekutif Pejabat dan bermula dari situ beliau telah didedahkan dengan pelbagai projek dan aktiviti berkaitan tenaga. Beliau kemudiannya menyertai Unit Hal Ehwal Korporat dan Pembangunan Perniagaan sebagai Eksekutif Sumber Manusia selama dua tahun. Pada tahun 2005, beliau telah ditawarkan menjadi Pegawai Kanan dalam Projek Bangunan Bersepadu Fotovolta Malaysia (MBIPV), sebuah projek PV solar yang disokong oleh Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) dan Fasiliti Alam Sekitar Global (GEF), projek tersebut telah dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air (KeTTHA) Malaysia melalui pasukan Projek MBIPV. Objektif projek ini adalah untuk penggalakan meluas dan aplikasi berterusan sistem penyambungan-grid fotovolta dalam bangunan. Beliau terlibat dalam mentadbir ISPQ PV, mengendalikan acara berkaitan PV, separa ambilalih peranan IT seperti mengemaskini laman web dan juga mentadbir akaun-akaun emel dan menyelaras program Kelulusan Khidmat Pembekal PV (APVSP). Pada penghujung tempoh pelantikan, tahun 2011 beliau diletakkan menjadi sebahagian dari pasukan Interim SEDA (di bawah KeTTHA) dan bertanggungjawab secara langsung ke atas pengubahsuaian pejabat SEDA, persediaan pentadbiran dan juga segala aspek aktiviti sumber manusia termasuklah pengambilan, pemilihan, penubuhan polisi-polisi sumber manusia, serta pentadbiran pejabat.

Kemahiran Puan Radhiha mengenai Akta SEDA 2011 [Akta 726] dan rekod lampau beliau yang cemerlang membolehkan beliau memegang jawatan beliau hari ini sebagai Ketua Audit Dalam di SEDA Malaysia.