Senarai Pengeluar / Pemasang Tempatan Yang Diiktiraf

Bagi meningkatkan usaha industri tempatan dalam sektor tenaga boleh baharu, SEDA telah bergabung tenaga dengan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) untuk menyenaraikan semua pengeluar/pemasang tempatan yang diiktiraf di Malaysia. Modul PV, alat penyongsang, enjin gas, dan dandang yang dihasilkan oleh pengeluar/pemasang tempatan akan layak mendapat bonus di bawah jadual pertama seperti dinyatakan dalam Tenaga Boleh Baharu (Kelulusan Galakan dan Kadar Bayaran Tarif Galakan) Peraturan 2011. Walaubagaimanapun, bagi kategori bonus-bonus lain PKG perlu memenuhi kriteria seperti yang telah disenaraikan oleh garis panduan bagi membolehkan bonus dilaksanakan.

Tekan pautan di bawah untuk melihat
Senarai Pengeluar / Pemasang Tempatan Yang Diiktiraf

Image

Modul-modul PV Solar

Maklumat lanjut
Image

Penyongsang Solar

Maklumat lanjut
Image

Dandang

Maklumat lanjut
Image

Enjin Gas

Maklumat lanjut
Image

Penggas

Maklumat lanjut

Bagaimana untuk memohon menjadi pengeluar/pemasang tempatan yang diiktiraf?

Untuk menjadi pengeluar/pemasang tempatan yang diiktiraf, pemohon perlu melalui beberapa siri penilaian. Langkah-langkah berikut boleh dijadikan sebagai rujukan dalam proses permohonan :

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan proses permohonan, sila rujuk dokumen berikut

Icon
2.00 MB
2754 Downloads
.
Sekiranya penjelasan lanjut diperlukan, sila hubungi:

  • Pemohon perlu menyediakan surat rasmi kepada SEDA di mana pemohon perlu menyatakan minat untuk menjadi pengeluar/pemasang tempatan yang diiktiraf.
  • Pemohon perlu melampirkan semua dokumen-dokumen sokongan sebagaimana yang diminta oleh SEDA berdasarkan Tenaga Boleh Baharu (Kelulusan Galakan dan Kadar Bayaran Tarif Galakan) Peraturan 2011.
  • Sepasukan pegawai dari SEDA akan dihantar ke kilang pemohon untuk mengesahkan penglibatan operasi tempatan.
  • Pemohon akan di jemput ke ibu pejabat SEDA bagi melakukan pembentangan akhir berkenaan produk syarikat dan operasi bagi memberikan justifikasi bahawa komponen tenaga boleh baharu telah dikeluarkan/dibuat secara tempatan sepertimana yang dikehendaki SEDA.
  • SEDA akan merujuk kepada MIDA berdasarkan laporan pembentangan dan pemeriksaan kilang sebelum membuat keputusan akhir.

Dengan kerjasama :

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia  ( MIDA )