Polisi Keselamatan Siber Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA). Polisi ini juga menerangkan kepada semua pengguna di Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari.