TINJAUAN SOAL SELIDIK MENGENAI PINDAAN KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KELULUSAN GALAKAN DAN KADAR TARIF GALAKAN) 2011 [P.U.(A) 385/2011] BAGI PELAKSANAAN REGULATORY IMPACT ANALYSIS (RIA)
Dimaklumkan bahawa SEDA Malaysia sedang melaksanakan proses pindaan terhadap Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Kelulusan Galakan dan Kadar Tarif Galakan) 2011 [P.U.(A) 385/2011] dengan skop pindaan tertumpu kepada memperkemas pelaksanaan sistem tarif galakan supaya menjadi lebih teratur, cekap dan selaras dengan keperluan semasa .
Sehubungan itu, SEDA Malaysia ingin menjemput YBhg. Datuk/ Dato’/ Ir./ Dr./ Ts./ Tuan/ Puan untuk turut serta di dalam tinjauan soal selidik berhubung cadangan pindaan Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Kelulusan Galakan dan Kadar Tarif Galakan) 2011 [P.U.(A) 385/2011] melalui borang tinjauan awam yang boleh diakses melalui pautan berikut:
https://upc.mpc.gov.my/view-consultation/84
Maklum balas soal selidik boleh dikemukakan selewat-lewatnya pada 5 Januari 2026 (Isnin).

