-
-
Tawaran Tender ini adalah dipelawa kepada syarikat yang berpengalaman, berkelayakan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Tender ini ditutup) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk membekalkan perkhidmatan berikutt:
No. Tender Tajuk Tender Kod Bidang Tarikh Iklan, Tarikh Taklimat dan Tarikh Tutup
SEDA(T)-02/2025
TENDER TO DESIGN, SUPPLY, INSTALL, CARRY OUT TESTING AND COMMISSIONING (T&C), AND OPERATION AND MAINTENANCE (O&M) OF A SOLAR-POWERED ELECTRIC VEHICLE DC FAST CHARGING (EV DCFC) SYSTEM WITH BATTERY ENERGY STORAGE SYSTEM (BESS) AND SMART MOBILE APPLICATION PLATFORM
Kementerian Kewangan
140203
atau
140502
atau
222801Tarikh Iklan:
12 Disember 2025
(Jumaat)Tarikh Taklimat:
18 Disember 2025
(Khamis)Tempat Taklimat:
Blok 3517, Jalan Teknokrat 5, Cyber 5, 63000 Cyberjaya, SelangorMasa Taklimat:
10:00 pagiTarikh Tutup:
16 Januari 2026
(Jumaat)Masa:
12:00 tengah hari2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi TENDER TO DESIGN, SUPPLY, INSTALL, CARRY OUT TESTING AND COMMISSIONING (T&C), AND OPERATION AND MAINTENANCE (O&M) OF A SOLAR-POWERED ELECTRIC VEHICLE DC FAST CHARGING (EV DCFC) SYSTEM WITH BATTERY ENERGY STORAGE SYSTEM (BESS) AND SMART MOBILE APPLICATION PLATFORM.
3. Sesi Taklimat Tender adalah DIWAJIBKAN kepada syarikat yang ingin menyertai Tender ini dan akan diadakan secara fizikal di alamat yang tertera dibawah:
-
| Sesi Taklimat | Sesi Lawatan Tapak |
|
Tarikh : 18 Disember 2025 |
Tarikh : 18 Disember 2025 |
- Syarikat boleh membuat permohonan melalui e-mel kepada [email protected] selewat-lewatnya pada 18 Disember 2025 (Khamis; pukul 9:00 pagi) dengan menyertakan bersama:
-
- Borang Pengesahan Kehadiran (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my);
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta lampiran kod bidang berkaitan); dan
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Borang 9/D/13/lain-lain).
-
-
4. Kegagalan atau lewat hadir ke sesi taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan pemohon tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Syarikat yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Tender ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua syarikat yang berbeza. Wakil syarikat hendaklah penama di dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan atau orang yang diberi kuasa (Surat Penurunan Kuasa perlu disertakan).
-
5. Dokumen Tender hanya boleh dibeli secara dalam talian. Dokumen Tender mula dijual pada 12 Disember 2025 (Jumaat, pukul 9:00 pagi hingga 4:00 petang) sehingga 16 Januari 2026 (Jumaat, pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM200.00 (Ringgit : Dua Ratus Sahaja).
-


Borang Pembelian
DokumenBorang Pengesahan Kehadiran 6. Syarikat hendaklah mengemukakan permohonan pembelian kepada [email protected] dengan menyertakan Borang Pembelian Dokumen Tender (boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia www.seda.gov.my) dan dokumen sokongan seperti di perkara 3. Unit Perolehan akan memberikan butiran bayaran melalui e-mel kepada syarikat selepas semakan permohonan disahkann.
-
7. Semua kos berkaitan cadangan tawaran Tender ini adalah menjadi tanggungjawab pemohon. Bayaran Dokumen Tender hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja. Syarikat hendaklah mengemukakan resit pembayaran melalui e-mel kepada [email protected]. Dokumen Tender akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.
-
8. Cadangan tawaran (mestilah dalam dua (2) bentuk iaitu hardcopy dan softcopy (pendrive) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Tender di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Tender
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia
Aras 6, Cyberview 23A
Persiaran APEC, Cyber 6
63000 Cyberjaya, Selangor9. Jika serahan dokumen adalah melalui perkhidmatan kurier, Syarikat hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kurier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Syarikat juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup tender selewat-lewatnya pada pukul 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
10. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
11. Cadangan tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
12. Syarikat yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Tender adalah dianggap tidak berjaya.

