-
-
Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada penyebut harga yang berpengalaman, berkelayakan berdaftar dengan Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Sebut Harga ini ditutup) untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
No. Sebut Harga Tajuk Sebut Harga Kod Bidang Tarikh Iklan dan Tarikh Tutup
SEDA(SH)-05/2026
Pelantikan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi Strategik dan Publisiti Bagi Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA)
Mana-mana 222001
hingga
222006 atau
222009Tarikh Iklan:
13 Mei 2026
(Rabu)Tarikh Tutup:
20 Mei 2026
(Rabu)Masa:
12:00 tengah hari2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Pelantikan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi Strategik dan Publisiti Bagi Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA).
3. Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibeli secara dalam talian. Dokumen Sebut Harga mula dijual pada 13 Mei 2026 (Rabu, pukul 9:00 pagi hingga 4:00 petang) sehingga 20 Mei 2026 (Rabu, pukul 9:00 pagi hingga 12.00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit : Satu Ratus Sahaja).
-
-
4. Syarikat hendaklah mengemukakan permohonan pembelian kepada [email protected] dengan menyertakan dokumen seperti berikut:
-
-
-
- Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga (boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia www.seda.gov.my);
-
Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta lampiran kod bidang yang berkaitan); dan
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Borang 9/13/D/lain-lain).
-
-
- Unit Perolehan akan memberikan butiran bayaran melaui e-mel kepada syarikat selepas semakan permohonan disahkan.

Borang Pembelian
Dokumen -
-
5. Semua kos berkaitan cadangan tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pemohon. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja. Penyebut harga hendaklah mengemukakan resit pembayaran melalui e-mel kepada [email protected]. Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.
6. Cadangan tawaran (mestilah dalam dua (2) bentuk iaitu hardcopy dan softcopy (pendrive)) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia
Blok 3517, Jalan Teknokrat 5, Cyber 5
63000, Cyberjaya, Selangor7. Jika serahan dokumen adalah melalui perkhidmatan kurier, penyebut harga hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kurier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Penyebut harga juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup sebut harga selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
8. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
9. Cadangan tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
10. Syarikat yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.

