SEDA Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran Sistem Dalam Talian Solar Accelerated Transition Action Programme (eATAP). Platform baharu ini dibangunkan khusus untuk memperkemaskan proses permohonan, meningkatkan tahap ketelusan, serta mempercepatkan usaha peralihan tenaga boleh baharu di Malaysia. Permohonan bagi Solar ATAP boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem eATAP bermula 1 Januari 2026, jam 12:00 tengahari.
Kontraktor NEM yang berdaftar dalam sistem eNEM boleh log masuk ke sistem eATAP menggunakan ID pengguna dan kata laluan sediaada melalui pautan atap.seda.gov.my.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui e-mel di [email protected].