Cyberjaya, 10 Oktober 2025
SEDA Malaysia ingin mengumumkan bahawa permohonan kuota tarif galakan (Feed-in Tariff, FiT) secara e-bidding tahun 2026 bagi sumber biogas, biojisim dan hidrokuasa kecil adalah seperti berikut:
| Tempoh Permohonan | Kaedah Permohonan | 
| 10:00 pagi, 10 Februari 2026 sehingga 3:00 petang, 17 Mac 2026 | e-FiT online system (https://efit.seda.gov.my). | 
Sehubungan dengan itu, SEDA Malaysia akan mengadakan sesi taklimat berhubung keperluan dan syarat permohonan kuota FiT secara e-Bidding di ketetapan berikut:
- Tarikh : 27 Oktober 2025 (Isnin)
- Masa : 3.00 petang – 4.30 petang
- Platform : GoToWebinar (pautan taklimat akan dimaklumkan kemudian)
Pemohon yang berminat, boleh menghadiri sesi taklimat dengan membuat pendaftaran melalui imbasan QR code di bawah:

Agenda untuk sesi taklimat adalah seperti berikut:
| Masa | 
 | 
 | Agenda | 
| 3.00 petang – 3.05 petang 3.05 petang – 3.45 petang | 
 | : : | Ucapan pembukaan Taklimat berhubung permohonan kuota FiT secara e-Bidding tahun 2026 bagi sumber biogas, biojisim dan hidrokuasa kecil | 
| 3.45 petang – 4.30 petang | 
 | : | Sesi soal jawab | 
Sila hubungi pegawai-pegawai berikut untuk pertanyaan lanjut:
Nama : Ts. Rubita Hani binti Abd Samad
Timbalan Pengarah, Bahagian Operasi Pasaran
E-mel : [email protected]
No. Telefon : 03-8870 5829
Nama : Pn. Nor Azlin binti Sharom
Penolong Pengarah, Bahagian Operasi Pasaran
E-mel : [email protected]
No. Telefon : 03-8870 5830/5879
Nama : Pn. Atikah Izzati binti Abu Kahar
Penolong Pengarah, Bahagan Operasi Pasaran
E-mel : [email protected]
No. Telefon : 03-8870 5818

