-
Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada Syarikat Insurans atau Broker Insurans yang berpengalaman, berkelayakan, berdaftar dengan Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Lesen Bank Negara. Pendaftaran tersebut masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Sebut Harga ini ditutup untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
No. Sebut Harga | Tajuk Sebut Harga | Kod Bidang |
Tarikh Iklan Dan Tarikh Tutup |
SEDA(SH)-10/2024 |
Perkhidmatan Skim Perlindungan Insurans Pepasangan Solar Fotovolta Building Integrated Photovoltaic (BIPV) Bagi 332 Buah Rumah di Bawah Program Mysuria |
221801 atau 221802
|
Tarikh Iklan: Tempat Taklimat: Tarikh Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Perkhidmatan Skim Perlindungan Insurans Pepasangan Solar Fotovolta Building Integrated Photovoltaic (BIPV) Bagi 332 Buah Rumah di Bawah Program Mysuria.
3. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada Syarikat Insurans atau Broker Insurans yang ingin menyertai Sebut Harga ini dan akan diadakan secara fizikal di Auditorium, SEDA Malaysia pada 9 Julai 2024 (Selasa; jam 10:00 pagi). Syarikat Insurans atau Broker Insurans boleh membuat permohonan melalui e-mel kepada [email protected], [email protected], dan [email protected] selewat-lewatnya pada 9 Julai 2024 (Selasa; jam 9:00 pagi) dengan menyertakan bersama:
- Borang Pengesahan Kehadiran (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (seda.gov.my);
- Satu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta lampiran kod bidang berkaitan);
- Satu salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia; dan
- Satu salinan Lesen Bank Negara Malaysia (BNM).
4. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan pemohon tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Syarikat Insurans atau Broker Insurans yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Sebut Harga ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua (2) syarikat yang berbeza. Wakil Syarikat Insurans atau Broker Insurans hendaklah penama di dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan atau orang yang diberi kuasa (Surat Penurunan Kuasa perlu disertakan).
5. Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibeli secara dalam talian. Syarikat Insurans atau Broker Insurans hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia www.seda.gov.my) bersama-sama dokumen sokongan seperti di perkara 3 termasuk resit pembayaran melalui e-mel kepada [email protected], [email protected], dan [email protected].
6. Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia. Dokumen Sebut Harga mula dijual pada 3 Julai 2024 (Rabu; jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang) sehingga 17 Julai 2024 (Rabu; jam 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak 00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus sahaja). Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
Borang Pembelian Dokumen |
Borang Pengesahan Kehadiran |
7. Semua kos berkaitan cadangan tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pemohon. Pembelian Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
8. Cadangan tawaran (dalam bentuk hardcopy dan softcopy) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia)
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
9. Syarikat Insurans atau Broker Insurans hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kurier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Syarikat Insurans atau Broker Insurans juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup Sebut Harga selewat-lewatnya pada jam 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
10. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
11. Cadangan tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
12. Penyebut Harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.