-
-
-
-
Tawaran Tender ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan di Malaysia sahaja yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (pendaftaran tersebut masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Tender ini ditutup) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menyediakan perkhidmatan berikut:
No. Tender Tajuk Tender Kod Bidang Tarikh Iklan, Tarikh Taklimat dan Tarikh Tutup
SEDA(T)-01/2026
Perkhidmatan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok (Takaful) Warga Kerja SEDA Malaysia Bagi Tempoh Satu (1) Tahun Bermula 1 April 2026 Sehingga 31 Mac 2027
Kementerian Kewangan Malaysia
221801
atau
220802Tarikh Iklan:
15 Januari 2026 (Khamis)Tarikh Taklimat:
19 Januari 2026 (Isnin)Masa:
2:30 petangTempat Taklimat: Secara dalam talian (Microsoft Teams)
Tarikh Tutup:
10 Februari 2026 (Selasa)Masa:
12:00 Tengah Hari2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Perkhidmatan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok (Takaful) Warga Kerja SEDA Malaysia Bagi Tempoh Satu (1) Tahun Bermula 1 April 2026 Sehingga 31 Mac 2027.
3. Hanya sebuah (1) Syarikat Insurans Induk (principal) sahaja yang layak mewakili produk insurans syarikat tersebut untuk mengemukakan Tawaran Tender.
4. Syarikat broker insurans dan ejen insurans dibenarkan untuk turut serta dalam tender.
5. Sesi Taklimat Tender adalah DIWAJIBKAN kepada syarikat yang ingin menyertai Tender ini dan akan diadakan secara dalam talian (Microsoft Teams) pada 19 Januari 2026 (Isnin; pukul 2:30 petang). Syarikat boleh membuat permohonan melalui e-mel kepada [email protected] selewat-lewatnya pada 19 Januari 2026 (Isnin; pukul 1:00 petang) dengan menyertakan bersama:
-
-
- Borang Pengesahan Kehadiran (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my);
-
Satu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta lampiran kod bidang berkaitan); dan
- Satu salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
-


Borang Pembelian
DokumenBorang Pengesahan Kehadiran 6. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan pemohon tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Syarikat yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Tender ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua syarikat yang berbeza. Wakil syarikat hendaklah penama di dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia atau orang yang diberi kuasa (Surat Penurunan Kuasa perlu disertakan).
7. Dokumen Tender hanya boleh dibeli secara dalam talian. Dokumen Tender mula dijual pada 15 Januari 2026 (Khamis; pukul 9:00 pagi sehingga 4:00 petang) sehingga 10 Februari 2026 (Selasa; pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM200.00 (Ringgit: Dua Ratus Sahaja.
8. Syarikat hendaklah mengemukakan permohonan pembelian kepada [email protected] dengan menyertakan Borang Pembelian Dokumen Tender (boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia www.seda.gov.my) dan dokumen sokongan seperti di para 4. Unit Perolehan akan memberikan butiran bayaran melalui e-mel kepada syarikat selepas semakan permohonan disahkan.
9. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Tender ini adalah menjadi tanggungjawab syarikat. Bayaran Dokumen Tender hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja. Syarikat hendaklah mengemukakan resit pembayaran melalui e-mel kepada [email protected]. Dokumen Tender akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.
10. Cadangan Tawaran (mestilah dalam dua (2) bentuk iaitu hardcopy dan softcopy (pendrive) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Tender di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender atau dihantar melalui kurier ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Tender
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia
Blok 3517, Jalan Teknokrat 5, Cyber 5
63000, Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan11. Jika serahan dokumen adalah melalui perkhidmatan kurier, Syarikat hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kurier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Syarikat juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup tender selewat-lewatnya pada pukul 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
12. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana- mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
13. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
14. Syarikat yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Tender adalah dianggap tidak berjaya.
-
-
-

