LATAR BELAKANG MAJLIS
Bersempena dengan Program CSR:Tautan Kasih, SEDA Malaysia telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim Rumah Bakti Al-Kausar. Majlis diserikan dengan kehadiran YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Bin Hj Nasarah, Mantan Menteri Tenaga dan Sumber Asli. Acara ini merupakan salah satu aktiviti CSR di bawah program Tautan Kasih Ramadhan SEDA Malaysia yang telah menjemput seramai 30 kanak-kanak dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi sebagai tetamu-tetamu khas.
OBJEKTIF:
- Memberi bantuan dan sokongan moral kepada anak-anak yatim yang kurang bernasib baik (terutamanya semasa pandemik COVID-19)
- Membantu meringankan beban golongan yang memerlukan sempena Ramadhan