YB Tuan Lukanisman Awang Sauni
YB Tuan Lukanisman Awang Sauni
Pengerusi Pihak Berkuasa

YB Tuan Lukanisman Awang Sauni
Chairman of Authority

 

YB Tuan Lukanisman Awang Sauni dilantik sebagai Pengerusi SEDA pada 16 April 2020. Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Sibuti amat peka dan fokus kepada isu-isu seperti sekolah daif, Perjanjian Malaysia 1963, Reformasi Parlimen, Agenda Anak Muda, Pembangunan Luar Bandar, Ekonomi Digital, Sains Teknologi, Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) dan Polisi Sains.

YB Tuan Lukanisman merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Polisi dan Pengurusan Sains Teknologi dari Universiti Malaya.

Beliau dilahirkan dari keluarga campuran Melanau dan Cina di utara Sarawak, Miri yang lebih dikenali sebagai “Bandar Minyak”. YB Tuan Lukanisman memulakan kariernya dalam kerajaan sebagai Pegawai Maklumat Parlimen dengan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Kementerian Informasi dan Multimedia. Beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Bahagian di dalam Jabatan.

Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Kaukus Muda yang menganjurkan kempen kesedaran suara belia dan kepimpinan dalam reformasi parlimen. YB Tuan Lukanisman turut dianugerahkan beberapa anugerah diantaranya; Anugerah Johan Bintang Kenyalang (JBK) oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak pada tahun 2019, Anugerah Ahli Bintang Kenyalang (ABK) oleh Tuan Yang Terutama Negeri pada tahun 2016 and Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2010, 2012 dan 2015.

YB Tuan Lukanisman juga komited terhadap kerja-kerja sosial dan terlibat secara aktif dalam mendapatkan pengiktirafan Gua Niah sebagai salah satu tapak Khazanah Dunia UNESCO.

 

YBhg. Datuk Ir. Ahmad Fauzi bin Hasan
YBhg. Datuk Ir. Ahmad Fauzi bin Hasan
Anggota Pihak Berkuasa

YBhg. Datuk Ir. Ahmad Fauzi bin Hasan
Anggota Pihak Berkuasa

 

YBhg.  Datuk  Ir.  Ahmad  Fauzi  bin  Hasan  telah  dilantik  sebagai  Ahli  Pihak  Berkuasa   pada   1   Oktober   2017.   Beliau   merupakan   seorang   jurutera   profesional  yang  mempunyai  pengalaman  selama  41  tahun  di  dalam  bidang  pengawalseliaan  di  dalam  industri.  Beliau  mempunyai  pengalaman  yang  luas  di  dalam  bidang  prestasi  berdasarkan  regulasi  di  dalam  sektor  tenaga  dan  industri-industri  berisiko  tinggi  berdasarkan  skala  antarabangsa  untuk  memastikan kualiti prestasi yang baik di dalam industri bekalan tenaga dalam aspek keselamatan, kebolehpercayaan, keselamatan, kelestarian, ekonomi dan kualiti perkhidmatan.

YBhg.  Datuk  Ir.  Ahmad  Fauzi  merupakan  Ketua  Pegawai  Eksekutif  (KPE)  Suruhanjaya Tenaga (ST) Malaysia dari 2010 sehingga 2017 dan juga merupakan Pengerusi ST dari tahun 2018 sehingga 2020. Beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga  Perlesenan  Tenaga  Atom  dari  tahun  2017  sehingga  Januari  2020,  Anggota  Pihak  Berkuasa  Pembangunan  Tenaga  Lestari  sejak  tahun  2017  (sebagai pemangku Pengerusi dari tahun 2018 sehingga 2019) dan Member of the Board of Trustees bagi Malaysia Programme Office for Power Electricity Reform dari tahun 2019 sehingga 2020.

Beliau  juga  merupakan  Fellow  di  Institution  of  Engineers  Malaysia,  bekas  Presiden bagi International Electrotechnical Commission National Committee of Malaysia dari tahun 2011sehingga 2017 dan juga bekas Executive Committee Member bagi Forum East Asia Pacific Infrastructure Regulatory Forum.

Beliau  juga  adalah  penerima  “ASEAN  Excellence  in  Energy  Management  by  Individual  Awards”  semasa  Mesyuarat  Menteri-Menteri  Tenaga  ASEAN  yang  ke-35  pada  tahun  2017  dan  menerima  anugerah  National  Standards  Award  yang  dianugerahkan  oleh  Kementerian  Sains,  Teknologi  dan  Inovasi  pada  tahun 2005.

YBhg.  Datuk  Ir.  Ahmad  Fauzi  menerima  Ijazah  Sarjana  Muda  di  dalam  Kejuruteraan Mekanikal daripada University of Manchester Institute of Science and  Technology,  England  pada  tahun  1978  dan  Ijazah  Sarjana  dalam  bidang  Kejuruteraan daripada  University of Michigan, Amerika Syarikat pada tahun 1983.  Dia  juga  pernah  menghadiri  program-program  pengurusan  di  Asian  Institute  of  Management  dan  INTAN  serta  menghadiri  program  strategi  dan  regulasi utiliti daripada University of Florida.

 

YBhg. Datuk Zurinah binti Pawanteh
YBhg. Datuk Zurinah binti Pawanteh
Anggota Pihak Berkuasa

YBhg. Datuk Zurinah binti Pawanteh
Anggota Pihak Berkuasa

 

YBhg.   Datuk   Zurinah   binti   Pawanteh   telah   dilantik   sebagai   Ahli   Pihak   Berkuasa pada 3 April 2020.Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).

YBhg.   Datuk   Zurinah   menerima   Ijazah   Sarjana   Muda   Sains   dari   Texas   Tech  University  di  Amerika  Syarikat.  Pada  tahun  1989,  beliau  memasuki  Perkhidmatan  Pentadbiran  dan  Diplomatik  sebelum  meneruskan  pengajian  di  peringkat  Sarjana  Pentadbiran  Perniagaan  (MBA)  di  Universiti  Teknologi  MARA (UiTM) pada tahun 2005.

Sebelum perkhidmatan beliau di KeTSA, YBhg. Datuk Zurinah adalah mantan Ketua Setiausaha Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan Kementerian Perusahaan Utama.

Beliau mempunyai pengetahuan mendalam serta kecekapan tinggi berhubung jentera  kerajaan  lantaran  pernah  juga  berkhidmat  di  beberapa  kementerian  dan jabatan kerajaan lain yang termasuk Kementerian Perusahaan Perladangan dan  Komoditi;  Unit  Perancang  Ekonomi;  Jabatan  Pembangunan  Wanita,  Keluarga dan Masyarakat; dan Kementerian Sumber Manusia.

 

 

YBrs. Mr.  Toisin Gantor
YBrs. Mr.  Toisin Gantor
Anggota Pihak Berkuasa

YBrs. Mr. Toisin Gantor
Anggota Pihak Berkuasa

 

YBrs. En. Toisin Gantor telah dilantik sebagai Ahli Pihak Berkuasa pada 15 Mei 2019. Beliau lulus Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia  pada  tahun  1989.  Pada  tahun  1992,  beliau  menyertai  Perkhidmatan  Tadbir  dan  Diplomatik  sebelum  menerima  Sarjana  Pentadbiran  Perniagaan  (MBA)  dari  Universiti  Kebangsaan  Malaysia  pada  tahun  2001.  Beliau  kini  merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Pengurusan Strategik) di  Kementerian  Perusahaan  Perladangan  dan  Komoditi  (MPIC).  Beliau  telah  berkhidmat  di  pelbagai  kementerian  dan  agensi,  termasuk  Kementerian  Kesihatan,  Agensi  Penguatkuasaan  Maritim  Malaysia,  Jabatan  Perkhidmatan  Awam dan Kementerian Kewangan.

YBrs.  En.  Toisin  pernah  menghadiri  pelbagai  program  latihan  profesional,  termasuk RSOG Program Kepimpinan Kanan; Policy Leadership and Strategic Change,  Universiti  Cambridge,  United  Kingdom,  Kursus  Kepimpinan  dan  Pengurusan Utama (INTAN); dan Premier Executive Advanced Development Programme “The Peak” di Canberra, Australia.

Beliau juga merupakan ahli lembaga beberapa organisasi, termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Majlis Standard dan Akreditasi Malaysia.

 

YBhg. Datin Nik Roslini Raja Ismail
YBhg. Datin Nik Roslini Raja Ismail
Anggota Pihak Berkuasa

YBhg. Datin Nik Roslini Raja Ismail
Anggota Pihak Berkuasa

 

YBhg. Datin Nik Roslini Raja Ismail telah dilantik sebagai Ahli Pihak Berkuasa pada 15 Mei 2019.

Beliau telah menghadiri University of Exeter, United Kingdom di mana beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian) Perakaunan. Datin Nik Roslini kemudiannya menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sejak  tahun  2016,  beliau  menyandang  jawatan  Timbalan  Setiausaha  Dasar  Kerajaan   &   Sektor   Akreditasi   Bahagian   Perolehan   Kerajaan   di   bawah   Kementerian Kewangan.

Hasil  dari  pengalaman  dan  perkhidmatan  beliau  di  Kementerian  Kewangan  sejak  tahun  1996,  YBhg.  Datin  Nik  Roslini  mempunyai  pengetahuan  dan  kemahiran mendalam berhubung pengurusan kewangan kerajaan.

Di  luar  Kementerian  Kewangan,  YBhg.  Datin  Nik  Roslini  merupakan  ahli  lembaga organisasi lain termasuk Johor Port Berhad, Keretapi Tanah Melayu Berhad  (KTMB),  Indah  Water  Konsortium  Sdn.  Bhd.  (IWK),  Perbadanan  Nasional Berhad (PNS), Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS), Universiti Sains  Islam  Malaysia  (USIM)  dan  Amanah  Ikhtiar  Malaysia  (AIM)  serta  Ahli  Lembaga Ganti bagi Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB). Selain menjadi ahli Pihak Berkuasa, beliau kini merupakan ahli Lembaga Padiberas Nasional Bhd  (BERNAS)  dan  Ahli  Lembaga  Ganti  bagi  Kumpulan  Wang  Simpanan  Pekerja (KWSP).

YBrs. Puan Usha Nandhini Jayaram
YBrs. Puan Usha Nandhini Jayaram
Anggota Pihak Berkuasa

YBrs. Puan Usha Nandhini Jayaram
Anggota Pihak Berkuasa

 

YBrs. Puan S. J Usha Nandhini telah dilantik sebagai Anggota Pihak Berkuasa SEDA pada 1 Mei 2020.

Beliau menuntut di Universiti Malaya di mana beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Seni (Kepujian) dalam Sejarah/Antropologi & Sosiologi pada tahun 1996. Beliau kemudiannya menyambung pengajian dan menerima Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti London pada tahun 2000 dan meneruskan Sijil Praktik Undang-undang (CLP) dari Universiti Malaya pada tahun 2001.

YBrs. Puan S. J Usha Nandhini telah memegang beberapa jawatan terutamanya dalam bidang undang-undang dan akademik; Editor, Pensyarah, Pengarah & Pelatih serta Penasihat Teknikal bagi beberapa organisasi.

Dari segi politik, YBrs. Puan S. J Usha Nandhini merupakan Ketua Wanita Peringkat Kebangsaan bagi Kongres India Malaysia (MIC). Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) dari tahun 2008 sehingga 2011. Selain itu, beliau turut dipertanggungjawabkan untuk mengetuai delegasi Malaysia ke beberapa acara antarabangsa antaranya; Ketua Delegasi Malaysia ke Persidangan Komanwel Remaja di Pakistan (2005), Ketua Delegasi Parlimen Malaysia ke Persidangan AIPA untuk MDG5 – Peranan Ahli Parlimen Wanita di Phnom Penh, Kemboja (2011), mewakili Malaysia di Seminar Hak Sivil & Manusia di Jerman dan ahli delegasi Kesatuan Antara Parlimen (IPU) ke Geneva (2010).

Pn. S. J Usha Nandhini juga merupakan seorang pemegang amanah dalam Lembaga Pemegang Amanah di Maju Institute of Educational Development (MIED). 

 

YBhg. Datuk Hang Tuah Bin Din @ Mohamed Din
YBhg. Datuk Hang Tuah Bin Din @ Mohamed Din
Anggota Pihak Berkuasa

YBhg. Datuk Hang Tuah Bin Din @ Mohamed Din
Anggota Pihak Berkuasa

 

YBhg. Datuk Hang Tuah Bin Din @ Mohamed Din telah dilantik sebagai Anggota Pihak Berkuasa SEDA pada 1 Mei 2020.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Masters Eksekutif dalam Pengurusan Pembinaan Projek Bersepadu dari Universiti Malaysia Pahang (UMP). Beliau memulakan karier beliau dalam industri telekomunikasi dan elektrikal selama lebih 30 tahun. Beliau turut terlibat dalam pengeluaran tiang pemusingan pra-tekanan konkrit untuk kegunaan elektrikal, komunikasi dan jalan keretapi.

Beliau merupakan pengasas dan bekas Presiden bagi Persatuan Kontraktor Elektrikal Melayu Malaysia. Dari sisi politik, YBhg. Datuk Hang Tuah Din pernah memegang jawatan Ketua Setiausaha Biro Kebajikan UMNO Malaysia dan beliau kini menggalas jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Gopeng. Pada zaman mudanya, YBhg. Datuk Hang Tuah Din terlibat secara aktif dalam pergerakan pelajar dan anak muda. Beliau juga pernah mengetuai banyak misi kemanusiaan sama ada di dalam atau di luar negara.

 

 

YB Dato’ Haji Mohd Salim Bin Sharif @ Mohd Sharif
YB Dato’ Haji Mohd Salim Bin Sharif @ Mohd Sharif
Anggota Pihak Berkuasa

YB Dato’ Haji Mohd Salim Bin Sharif @ Mohd Sharif
Anggota Pihak Berkuasa

 

YB Dato’ Haji Mohd Salim Bin Sharif @ Mohd Sharif telah dilantik sebagai Anggota Pihak Berkuasa SEDA pada 1 Mei 2020. Beliau menerima Ijazah Sarjana Eksekutif dalam Pengurusan Kepimpinan pada tahun 2017 dari Universiti Kolej Agrosains Malaysia (UCAM). YB Dato’ Haji Mohd Salim juga telah menerima Diploma Pertanian dari Institut Pertanian Malaysia pada tahun 1986 dan memperoleh Sijil Pengurusan Kebun dari MARDI pada tahun 1987.

Dari sisi politik, YB Dato’ Haji Salim memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Negara bermula 21 April 2014 sehingga 21 April 2018. Beliau merupakan Setiausaha Sulit Kanan kepada dahulunya – Timbalan Menteri Pendidikan bermula dari tahun 2009 sehingga 2013, Ketua Pegawai Khas kepada Menteri Pendidikan dari tahun 2006 sehingga 2009 dan merupakan Setiausaha Politik kepada dahulunya – Menteri Wilayah Persekutuan bermula dari tahun 2004 sehingga 2005. Beliau juga pernah menjadi Ahli Majlis Daerah Jempol, Negeri Sembilan dari tahun 1998 sehingga tahun 2004.

YB Dato’ Haji Mohd Salim memegang jawatan sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di bawah Kementerian Luar Bandar. Di antara jawatan lain yang disandang beliau sebelum ini adalah Ahli Lembaga TH Travel Sdn. Bhd. (2016-2019), Pengerusi RISDA Estate Sdn. Bhd (2015-2018) dan Pengerusi RISDA Bina Sdn. Bhd. (2014-2015).

YB Dato’ Haji Mohd Salim telah dikurniakan beberapa anugerah, antaranya; Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS), Jasa Pendamai (JP), Anugerah Jasa Kebaktian (PJK) and Ahli Negeri Sembilan (ANS).