Penafian

Maklumat yang terkandung dalam laman sesawang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia) adalah bagi kegunaan dan paparan umum sahaja. Walaupun kami berusaha untuk menyediakan maklumat yang terkini dan benar, maklumat yang dipaparkan adalah tertakluk kepada perubahan dan mungkin tidak lagi tepat selepas tarikh muat naik. Kami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kesilapan atau peninggalan maklumat, atau hasil yang diperoleh daripada penggunaan maklumat ini, kami tidak juga memberi apa-apa bentuk representasi atau jaminan, secara nyata atau tersirat, kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan laman sesawang ini atau maklumat yang terkandung dalamnya bagi apa-apa tujuan.

Apa-apa kebergantungan pada maklumat yang diberikan adalah atas risiko sendiri. SEDA Malaysia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Kerajaan Malaysia, atau mana-mana syarikat, ejen, pekerja atau konsultan yang berkaitan dengannya tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana orang bagi sebarang keputusan yang dibuat atau tindakan yang diambil berdasarkan kebergantungan pada maklumat dalam laman sesawang ini atau bagi apa-apa ganti rugi, tetapi tidak terhad kepada ganti rugi am dan khas daripada penggunaan atau kebergantungan pada maklumat dalam laman sesawang ini, sama ada melalui tindakan dalam kontrak, tort atau dalam apa-apa cara sekalipun.

Pemakaian dan kesan undang-undang boleh berubah mengikut fakta tertentu. Berdasarkan sifat undang-undang yang berubah, serta kewujudan bahaya dalam komunikasi elektronik, mungkin akan terdapat kelewatan, peninggalan atau ketidaktepatan maklumat yang terkandung di dalam laman sesawang SEDA Malaysia. Sehubungan dengan itu, maklumat dalam laman sesawang ini disediakan dengan syarat bahawa SEDA Malaysia tidak terlibat dalam memberi nasihat atau perkhidmatan undang-undang, perakaunan, cukai, atau nasihat dan perkhidmatan professional lain. Oleh yang demikian, maklumat yang diberikan tidak boleh digunakan bagi menggantikan rundingan dengan akauntan profesional, penasihat cukai atau penasihat undang-undang, atau penasihat wibawa lain. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada penasihat profesional dalam bidang yang berkaitan sebelum membuat apa-apa keputusan atau mengambil apa-apa tindakan.

Sebahagian daripada pautan-pautan yang terdapat di dalam laman sesawang ini dihubungkan ke laman sesawang lain yang dikawal selia oleh pihak ketiga yang tidak dikawal selia oleh SEDA Malaysia. SEDA Malaysia tidak memberi sebarang representasi terhadap ketepatan atau aspek lain maklumat yang terkandung dalam laman sesawang lain.

Artikel, laporan dan kaji selidik yang dipaparkan merupakan pandangan individu yang menyediakannya, melainkan dinyatakan secara jelas dalam teks, tidak semestinya menggambarkan atau mewakili pendirian SEDA Malaysia atau mana-mana anggotanya, KeTSA atau Kerajaan Malaysia.

SEDA Malaysia tidak mempunyai tanggungjawab atau liabiliti bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang anda tanggung, termasuklah kerosakan kepada perisian atau perkakasan akibat penggunaan atau capaian kepada laman sesawang ini.