YBhg. Dato’ Hamzah bin Hussin
YBhg. Dato’ Hamzah bin Hussin
Ketua Pegawai Eksekutif

YBhg. Dato’ Hamzah bin Hussin
Ketua Pegawai Eksekutif

YBhg. Dato’ Hamzah bin Hussin telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SEDA Malaysia pada 22 Februari 2021. Beliau telah mendapat pendidikan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Analisa) dari Universiti Malaya pada tahun 1999. Memulakan karier di dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada tahun 2003 sebagai kerjaya Penolong Setiausaha di Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran dan hingga kini telah berkhidmat di pelbagai kementerian serta pentadbiran daerah.

YBhg. Dato’ Hamzah mempunyai pengalaman luas sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri dan Timbalan Menteri di pelbagai kementerian iaitu Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).

Selain itu, beliau juga mempunyai pengalaman di dalam bidang pentadbiran dan pengurusan tanah serta pengurusan projek-projek pembangunan. Pada tahun 2014, beliau telah dilantik sebagai Pegawai Daerah Kerian, Perak untuk tempoh selama 2 tahun. YBhg. Dato’ Hamzah telah menempa sejarah apabila dilantik sebagai Pegawai Daerah pertama bagi Daerah Bagan Datuk, Perak yang baru diwujudkan pada Mei 2016.

Portfolio dan pengalaman YBhg. Dato’ Hamzah yang luas khususnya dalam bidang pengurusan, pentadbiran, perancangan strategik dan dasar-dasar kerajaan diharapkan dapat merealisasikan agenda kelestarian tenaga di Malaysia.

Ts. En. Steve Anthony Lojuntin
Ts. En. Steve Anthony Lojuntin
Pemangku Ketua Pegawai Strategik

Ts. En. Steve Anthony Lojuntin
Pengarah Pembangunan Teknikal dan Fasilitasi (Pemangku Ketua Pegawai Strategik)

Ts. En. Steve Anthony Lojuntin kini merupakan Pengarah Bahagian Pengurusan Permintaaan Tenaga yang bertanggungjawab dalam merencana, mengimplimentasi dan mengawasi aktiviti-aktiviti dan program-program berkaitan inisiatif pengurusan tenaga di bawah SEDA Malaysia.

Beliau merupakan penerima ijazah kepujian Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Malaya pada tahun 1997, secara praktikalnya seorang pengurus tenaga dan berkelayakan sebagai Fasilitator Indeks Bangunan Hijau (GBIF) dan ahli jawatankuasa Persatuan Profesional Tenaga Malaysia (MEPA).

Beliau memulakan karier sebagai jurutera sistem IT untuk projek pelantar-ujian TELEKOM’s MSC dan seterusnya sebagai jurutera mekanikal dengan Majutek Perunding Sdn Bhd. Beliau juga mempunyai pengalaman bekerja dengan pelbagai badan perintis pengurusan tenaga milik tempatan dan antarabangsa seperti Malaysian Green Technology Corporation @ GreenTech Malaysia (dahulunya dikenali Pusat Tenaga Malaysia), ECO Energy Sdn Bhd, Danish International Development Assistance (DANIDA) and Gagasan Sentral Sdn Bhd. Beliau juga terlibat dengan pelbagai jenis khidmat pengurusan tenaga seperti melaksanakan audit tenaga komersil & perindustrian, memberikan latihan kepada pengurus tenaga, membantu mereka input kecekapan tenaga, pengurusan tenaga & sistem kawalan, peningkatan proses, pentauliahan & penambahbaikan/penstabilan khidmat bangunan, prestasi tenaga & pengawasan, operasi & penyenggaraan, bangunan hijau rendah karbon, program bandar rendah karbon, ICT hijau, teknologi hijau dsb.

Beliau turut mempunyai pengalaman bekerja sepenuh masa di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air (KeTTHA) sebagai Penasihat Teknikal Tempatan (Konsultan Rekaan Tenaga) bersama DANIDA untuk Bangunan Pejabat Cekap Tenaga milik KeTTHA di Putrajaya, juga terlibat dengan pembangunan Pejabat Tenaga Hijau (GEO) GreenTech Malaysia (atau lebih dikenali Pejabat Tenaga Sifar Pusat Tenaga Malaysia – Bangunan PTM ZEO) di Bangi dan berpengalaman dalam memberikan bantuan teknikal kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) terutamanya terhadap penambahbaikan rekaan kecekapan tenaga bangunan-bangunan awam di Malaysia. Pada tahun 2010 beliau telah mengetuai pembangunan Program Perbandaran Hijau milik KeTTHA, Rangka Kerja Bandar-bandar Karbon Rendah (LCCF) dan Tahap Piawaian Pembinaan CIDB (CIS) 20, GreenPASS.

Beliau turut terlibat secara aktif dengan jawatankuasa teknikal beberapa agensi kerajaan seperti CIDB, Jawatankuasa Green ICT (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK-MOHR) sebagai panel pakar pengulas NOSS, Projek Perkhidmatan Kecekapan Tenaga Bangunan (BSEEP-JKR-UNDP), jawatankuasa piawaian SIRIM.

Ts. En. Steve Anthony Lojuntin kini merupakan Pengarah Pembanguna Teknikal dan Fasilitasi, yang bertanggungjawab dalam melaksanakan fungsi perkhidmatan umum dalam bidang tenaga lestari.

En. Roslan Ali @ Hassan
En. Roslan Ali @ Hassan
Pengarah Kanan Komunikasi Strategik

En. Roslan Ali @ Hassan
Pengarah Kanan Komunikasi Strategik

 

En. Roslan mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam sektor korporat dengan memberikan bimbingan kepimpinan dan strategik terutamanya dalam praktis pemasaran terbaik kepada para eksekutif.

Di antara pencapaian terbesar beliau termasuklah kejayaan beliau dalam mereka dan melaksanakan strategi-strategi perhubungan awam serta pemasaran dengan hasil yang maksima untuk sebahagian besar organisasi yang diiktiraf di negara ini dan merangkumi pelbagai industri antaranya telekomunikasi, perkhidmatan kerajaan, peruncitan, kejuruteraan dan media.

Sebelum beliau memegang jawatan ini, portfolio karier beliau di dalam bidang komunikasi termasuklah sebagai Ketua Komunikasi Korporat di Kumpulan Selia, Pengarah Komunikasi Korporat di Kementerian Perladangan, Industri dan Komoditi, Ketua Komunikasi Pemasaran TM Sales & Services dan Ketua Bahagian Pengiklanan dan Promosi di Radio Rediffusion. En. Roslan merupakan bekas penuntut Universiti Technology MARA dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Seni & Rekacipta.

En. Koh Keng Sen
En. Koh Keng Sen
Pengarah Operasi Pasaran

Mr. Koh Keng Sen
Pengarah Operasi Pasaran

En. Koh Keng Sen merupakan graduan dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrikal/Elektronik) dengan pengkhususan Kuasa Elektrikal. Pada 4 Mac 2019, beliau di beri peranan sebagai Pemangku Pengarah Bahagian Tarif Galakan (FiT). Antara tugasan beliau termasuklah mengendalikan tugas-tugas khas bagi urusan berkaitan mekanisme tarif galakan, tabung tenaga boleh baharu termasuklah mengendalikan laporan berkala dan mencadangkan pindaan terhadap polisi-polisi TBB sedia ada dan garis panduan. 

Sebelum beliau menyertai SEDA Malaysia, En. Koh merupakan Penolong Pengarah (Teknikal & Pembinaan) untuk Powertek Berhad di mana beliau dikehendaki melakukan tugasan terperinci seperti pembangunan projek, pelaksanan termasuklah membuat usaha wajar teknikal, kajian tekno ekonomi, memriksa/merangka kontrak-kontrak untuk projek (PPA, EPC & O&M). En. Koh juga telah berkhidmat dengan Tenaga Nasional Berhad, sebuah syarikat kuasa terbesar di bursa saham Malaysia bermula dari 2003 sehingga 2008 dan memegang 2 jawatan iaitu; Jurutera Projek & Perancangan dan Jurutera Operasi & Penyenggaraan.

En. Koh telah menyertai Pihak Berkuasa sejak tahun 2012 dan pengalaman luas beliau dalam meneraju industri TBB di Malaysia menjadi kelebihan yang besar buat SEDA Malaysia. Bermula pada 1 Ogos 2020, beliau menjawat jawatan Pengarah Operasi Pasaran.

Pn. Zafina Ahmad
Pn. Zafina Ahmad
Pengarah Kewangan

Puan Zafina Ahmad
Pengarah Kewangan

Pn Zafina Ahmad merupakan seorang Akauntan Bertauliah (MIA) dan Pengamal Sijil Akauntan Bertauliah (CPA Australia) dengan pengalaman lebih 18 tahun, merentasi segala lapangan seperti kewangan, syarikat antarabangsa multinasional, teknologi informasi dan sektor kerajaan. Kepakaran beliau termasuklah pengurusan kewangan, operasi kewangan, laporan kewangan, pengurusan perbendaharaan, analisis perniagaan dan laporan, pengurusan risiko, tadbir urus korporat, pentaksiran dan rangkaan model untuk tender-tender, pentaksiran pelaburan dan perbankan komersil. 

Setelah beliau menamatkan pengajian di Universiti Canberra, Australia dengan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dalam Perakaunan pada Mei 1997, beliau menyertai Bahagian Perbankan Komersil di Southern Bank Berhad. Setelah lebih 7 tahun bekerja di bank, beliau memperoleh pengalaman berharga dan sepanjang tempoh beliau berkhidmat, beliau telah berjaya membangunkan dan melaksanakan pengurusan risiko kredit dari sudut yang berbeza merentasi segmen pelanggan utama bersama-sama dengan konsultan pihak bank, McKinsey & Co.

Pn Zafina kemudiannya berkhidmat di QI Services Sdn Bhd, subsidiari QI Ltd, sebuah syarikat multinasional yang beribu pejabat di Hong Kong. Beliau merupakan penganalisa pelaburan dan seterusnya menjadi Auditor Dalam Kumpulan bermula dari September 2004 hingga Oktober 2006 dan memainkan peranan penting dalam menjalankan keseluruhan audit untuk pelbagai pejabat di Hong Kong, Kuala Lumpur, Jakarta dan Bangkok. Pada Disember 2006, beliau berhijrah ke Singapura dan menyertai Random Connexion Pte Ltd sehingga Jun 2008 dan dipindahkan ke syarikat naungan yang sama, Mystiq Mobile Pte Ltd dari Jun 2008 hingga Mac 2009. Kedua-dua syarikat ini terlibat di bidang teknologi maklumat, dengan kepakaran utamanya applikasi mudah alih. Sepanjang 2 1/2 tahun berkhidmat sebagai Pengawal Kewangan, beliau bertanggungjawab dalam perancangan kewangan, pengurusan dan polisi selain daripada fungsi-fungsi Pentadbiran dan Sumber Manusia secara amnya di dalam kumpulan.

Sebelum menyertai SEDA Malaysia pada Februari 2020, beliau merupakan Naib Presiden Pembangunan Korporat & Bahagian Kewangan di Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) selama lebih dari 7 tahun. Sebagai ketua di Bahagian Kewangan IRDA, beliau bertanggungjawab untuk pengurusan kewangan keseluruhan selain daripada menjadi Ahli Tetap untuk Jawatankuasa Perolehan termasuklah Ahli Jawatankuasa Sebut Harga dan Jawatankuasa Kepelbagaian Langganan.

Ts. En. Hazril Izan Bahari
Ts. En. Hazril Izan Bahari
Pengarah Perkhidmatan Digital

Ts. En. Hazril Izan Bahari
Pengarah Khidmat Digital

 

Ts. En. Hazril Izan Bahari menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Informasi beliau dari Universiti Terbuka Malaysia pada tahun 2011 dan menerima Ijazah Master dalam Teknologi Informasi dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) pada tahun 2018. Beliau menamatkan Ijazah Master beliau di bawah biasiswa IEPRe dalam bidang Pusat Data Hijau di mana beliau menerbitkan sebuah kertas kerja di Institut Kejuruteraan Elektrikal dan Elektroniks (IEEE).

Beliau juga merupakan alumni Agensi Koperasi Antarabangsa Jepun (JICA) selepas beliau menamatkan Kursus Kerja Kepakaran Rangkaian di JICA Okinawa pada tahun 2006. En Hazril mempunyai lebih 15 tahun pengalaman bekerja di pusat-pusat data dan operasi rangkaian, dan beliau ialah seorang Certified Ethical Hacker. Sebelum beliau menyertai SEDA, beliau pernah berkhidmat dengan Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau (KeTTHA) sehingga tahun 2011.

Beliau terlibat dalam memajukan pusat data hijau pertama dalam kerajaan di KeTTHA. En. Hazril juga merupakan pasukan peneraju di SEDA Malaysia dalam memajukan infrastruktur ICT selain dari terlibat dalam pembangunan sistem dalam talian e-FiT sejak beliau memulakan perkhidmatan di SEDA Malaysia pada September 2011. Sebagai Pengarah Khidmat Digital, beliau bertanggungjawab untuk mengurus dan menambahbaik teknologi ICT di SEDA Malaysia dan terlibat secara aktif dalam fraterniti ICT bagi membangunkan inovasi ICT terutamanya berkaitan tenaga lestari.

 

En. Ibrahim Ariffin
En. Ibrahim Ariffin
Pengarah (Penganalisis Tenaga), Bahagian Perancangan Strategik

En. Ibrahim Ariffin
Pengarah (Penganalisis Tenaga), Bahagian Perancangan Strategik

En. Ibrahim Ariffin menerima Ijazah Sarjana Tenaga Boleh Baharu (pada tahun 2019) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Muda Sains di dalam bidang Kejuruteraan Tenaga Elektrik dari Institut Politeknik Rensselaer, Amerika Syarikat (pada tahun 2008). Setelah menamatkan pengajian sarjana muda, beliau berkhidmat dengan Tenaga Nasional Berhad, sebuah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia dari tahun 2008 sehingga tahun 2020 sebagai Jurutera Kanan Perancangan Grid. Melalui kepakaran beliau di dalam bidang analisa sistem kuasa dan kemahiran dengan perisian simulasi sistem tenaga seperti PSSE, beliau terlibat dalam formulasi Pelan Pembangunan Sistem Penghantaran Tahunan untuk Semenanjung Malaysia dan penilaian sambungan grid rentas sempadan seperti ASEAN Power Grid.

Portfolio beliau sebelum ini termasuk urusan fasilitasi penyambungan projek tenaga boleh baharu (TBB) ke dalam sistem grid nasional termasuk program Net Energy Metering (NEM) dan Tarif Galakan (FiT). Beliau juga mendapat pendedahan mengenai aspek tadbir urus kerajaan dan komersial projek TBB, secara khususnya bagi projek Solar Berskala Besar (LSS) di Malaysia menerusi penglibatan beliau dalam penyediaan garis panduan teknikal untuk sambungan LSS ke rangkaian elektrik, dan penyediaan Perjanjian Pembelian Kuasa bersama-sama dengan pihak Single Buyer, Grid Owner dan Grid System Operator. Keterlibatan dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan perundingan bersama pemaju projek untuk pelaksanaan projek TBB dari tahap perancangan awal sehingga ke tahap pentauliahan memberi En. Ibrahim pemahaman yang menyeluruh mengenai latar belakang projek yang membantu beliau dalam menangani aspek teknikal dan komersial sesebuah projek dengan sewajarnya.

 

Pn. Sazlinda Ayu Arshad
Pn. Sazlinda Ayu Arshad
Pemangku Pengarah Sumber Manusia & Pentadbiran

Pn. Sazlinda Ayu Arshad
Pemangku Pengarah Sumber Manusia & Pentadbiran

Pn. Sazlinda Ayu Arshad menamatkan pengajian dari Universiti Utara Malaysia pada tahun 2003 dengan menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dengan keutamaan diberikan dalam pengajian kewangan. Beliau mempunyai pengalaman kerja yang luas terutamanya dalam bidang komunikasi korporat, pengurusan dan sumber manusia.

Pada tahun 2005, beliau bekerja di Standard Chartered Bank Sdn Bhd selama 3 tahun dan kemudiannya menyertai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) selama setahun. Pada tahun 2009, beliau menyertai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) di bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam. Sepanjang tempoh beliau berkhidmat di KeTTHA, Pn Ayu menggalas tanggungjawab berkaitan perhubungan awam serta mendapat pendedahan mengenai projek dan aktiviti-aktiviti berkaitan tenaga, air dan teknologi hijau.

Seterusnya pada tahun 2012, beliau telah menyertai SEDA Malaysia. Pada peringkat awal perlantikan, beliau telah diletakkan di bawah pasukan kecekapan tenaga terutamanya dalam program galakan SAVE. Oleh kerana pengalaman luas beliau di bidang komunikasi korporat, beliau telah menyertai bahagian komunikasi korporat bermula pada tahun 2013 sehingga bulai Julai 2019. Sepanjang beliau berkhidmat di bahagian komnikasi korporat, beliau merupakan individu utama yang memainkan peranan dalam merancang, mengurus dan menyelaras kesemua urusan perhubungan awam, aktiviti-aktiviti kesedaran dan hal ehwal media dengan pihak-pihak berkepentingan (kementerian, agensi berkaitan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan). Beliau juga terlibat dalam melaksanakan program-program komunikasi, rancangan promosi oleh SEDA Malaysia, serta terlibat dalam mempromosi SEDA Malaysia di dalam dan luar negara.

Pengalaman Pn Ayu semasa bekerja di SEDA Malaysia melayakkan beliau menjawat jawatan beliau kini iaitu sebagai Pemangku Pengarah Sumber Manusia & Pentadbiran SEDA Malaysia bermula pada 1 Ogos 2019.

Pn. Mazliana Mazlan
Pn. Mazliana Mazlan
Penasihat Undang-Undang

Pn. Mazliana Mazlan
Penasihat Undang-undang

 

Pn. Mazliana Mazlan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LLB) Kepujian pada tahun 2008 dari Universiti Technologi MARA (UiTM), Shah Alam. Sebelum ini, beliau merupakan Pegawai Undang-undang di Pejabat Peguam Negara (AGC) dan beliau pernah berkhidmat di beberapa jabatan kerajaan antaranya Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian dan Jabatan Insolvensi Malaysia sejak 2008.

Sebelum menyertai SEDA Malaysia, beliau merupakan Penasihat Undang-Undang/Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan). Sebagai Ketua Unit Undang-undang, beliau bertangungjawab memberikan pandangan kepada Ketua Pengarah Tanah dan Galian serta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dari sudut perundangan. Peranan lain yang dipertangungjawabkan ke atas beliau termasuklah memeriksa perjanjian, mewakili jabatan bagi kes-kes sivil yang melibatkan jabatan sebagai plaintif dan merangka pindaan undang-undang utama dan subsidiari milik jabatan. Antara pindaan undang-undang di mana beliau terlibat secara langsung adalah Kanun Tanah Negara, Akta Hakmilik Strata 1985, Akta Pengambilan Tanah 1960, Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 dan Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957.

Pn. Nor Radhiha Mohd Ali
Pn. Nor Radhiha Mohd Ali
Ketua Audit Dalam

Pn. Nor Radhiha Mohd Ali
Ketua Audit Dalam

Pn. Nor Radhiha Mohd Ali menamatkan pengajian beliau pada tahun 2017 dari Universiti Terbuka Malaysia dengan Ijazah Master dalam Pentadbiran Sumber Manusia, pada tahun 1996 dari Universiti Utara Malaysia dengan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pentadbian Perniagaan dan Diploma Pemasaran dari Universiti Sultan Zainal Abidin. Beliau mempunyai pengalaman kerja bertahun-tahun berkhidmat dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran, pemasaran, sumber manusia, dan sebagainya. Pada tahun 2000, beliau menyertai Pusat Tenaga Malaysia (atau sekarang dikenali Malaysia Green Technology Corporation) sebagai Eksekutif Pejabat dan bermula dari situ beliau telah didedahkan dengan pelbagai projek dan aktiviti berkaitan tenaga. Beliau kemudiannya menyertai Unit Hal Ehwal Korporat dan Pembangunan Perniagaan sebagai Eksekutif Sumber Manusia selama dua tahun. Pada tahun 2005, beliau telah ditawarkan menjadi Pegawai Kanan dalam Projek Bangunan Bersepadu Fotovolta Malaysia (MBIPV), sebuah projek PV solar yang disokong oleh Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) dan Fasiliti Alam Sekitar Global (GEF), projek tersebut telah dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air (KeTTHA) Malaysia melalui pasukan Projek MBIPV. Objektif projek ini adalah untuk penggalakan meluas dan aplikasi berterusan sistem penyambungan-grid fotovolta dalam bangunan. Beliau terlibat dalam mentadbir ISPQ PV, mengendalikan acara berkaitan PV, separa ambilalih peranan IT seperti mengemaskini laman web dan juga mentadbir akaun-akaun emel dan menyelaras program Kelulusan Khidmat Pembekal PV (APVSP). Pada penghujung tempoh pelantikan, tahun 2011 beliau diletakkan menjadi sebahagian dari pasukan Interim SEDA (di bawah KeTTHA) dan bertanggungjawab secara langsung ke atas pengubahsuaian pejabat SEDA, persediaan pentadbiran dan juga segala aspek aktiviti sumber manusia termasuklah pengambilan, pemilihan, penubuhan polisi-polisi sumber manusia, serta pentadbiran pejabat.

Kemahiran Puan Radhiha mengenai Akta SEDA 2011 [Akta 726] dan rekod lampau beliau yang cemerlang membolehkan beliau memegang jawatan beliau hari ini sebagai Ketua Audit Dalam di SEDA Malaysia.