Fungsi-fungsi SEDA

SEDA berfungsi sepertimana yang telah termaktub di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu 2011, atau mengikut mana-mana undang-undang tenaga lestari yang mempunyai fungsi berikut:

  • Untuk menasihati Menteri dan entiti kerajaan yang berkaitan mengenai semua perkara berkaitan tenaga lestari termasuklah memberikan cadangan-cadangan mengenai polisi undang-undang dan tindakan yang perlu diambil bagi mempromosikan tenaga lestari;
  • Untuk menggalakkan dan melaksanakan objektif polisi tenaga lestari negara;
  • Untuk menggalakkan, meransang, memantau dan membangunkan tenaga lestari;
  • Untuk melaksanakan, mengurus, memantau dan mengkaji semula sistem tarif galakan termasuklah menjalankan penyiasatan, pengumpulan, merekodkan dan menyelenggarakan data, maklumat dan statistik berkenaan dengan sistem tarif galakan dan memberikan data, maklumat dan statistik itu kepada Menteri sebagaimana yang dikehendakinya dari semasa ke semasa;
  • Untuk melaksanakan undang-undang tenaga lestari dan mengesyorkan pembaharuan undang-undang yang berkaitan kepada Kerajaan Persekutuan;
  • Untuk menggalakkan pelaburan sektor swasta termasuk mencadangkan kepada entiti kerajaan yang berkaitan mengenai insentif berhubungan dengan cukai, duti kastam dan eksais serta insentif fiskal lain yang dibenarkan dalam pelaburan berkenaan;
  • Untuk menjalankan atau mengendalikan kajian, taksiran, kertas kerja dan khidmat nasihat, mengumpul, menganalisa serta mewar-warkan informasi, statistik, dan faktor-faktor berkaitan kepada Entiti Kerajaan, orang awam dan pelabur atau bakal pelabur tenaga lestari;
  • Untuk menjalankan, mempromosi dan memberikan sokongan yang dirasakan wajar oleh SEDA, serta menjalankan kajian dan aktiviti-activiti berkaitan inovasi tenaga lestari;
  • Untuk menjalankan, mempromosi dan memberikan sokongan yang dirasakan wajar oleh SEDA, memberikan latihan dan program-program berkaitan pembangunan sumber manusia dan peningkatan kapasiti dalam sektor tenaga lestari;
  • Untuk melaksanakan langkah-langkah menggalakkan penyertaan awam serta meningkatkan kesedaran awam dalam hal-hal berkaitan tenaga lestari;
  • Untuk menjadi rujukan utama dalam membantu Menteri berkenaan perkara-perkara berhubung tenaga lestari dan perubahan iklim berkaitan tenaga;
  • Untuk mengendalikan fungsi-fungsi lain seperti yang telah termaktub atau berada di bawah mana-mana undang-undang tenaga lestari dan menjalankan mana-mana fungsi yang menyokong secara tidak sengaja mahupun terhasil daripada fungsi-fungsi yang disebutkan di atas.

Sumber: Akta SEDA 2011 ( S. 15 )