Senarai Pengeluar/Pembuat Tempatan Diiktiraf > Enjin Gas

Senarai berikut mengandungi syarikat yang telah diakui sebagai pengeluar / pembuat enjin gas tempatan.

CLLSE Sdn Bhd merupakan rakan kongsi kepada 2G Energietechnik GmbH sistem integrasi profesional dan penyelesaian masalah tenaga bersih anda dengan menggunakan enjin salingan gas yang di pacu Co-gen. Kami menawarkan skop penuh khidmat tempahan dari awal penjualan, pengurusan projek, kejuruteraan, pemasangan hingga ke pentauliahan dan pada jangka masa panjang, penyenggaraan yang boleh dipercayai.

Rangkaian kami merangkumi keseluruhan wilayah di Malaysia bagi memastikan kualiti perkhidmatan dan tindakbalas segera dari kami. CLLSE hanya mempunyai satu fokus; tenaga boleh baharu dan bersih untuk masa depan yang lebih baik. Memberikan penyelesaian tenaga dan menghasilkan nilai kepada pelanggan merupakan hasrat utama dan kehendak kami.

Web : http://www.dana.com.my/

No. Model Diiktiraf : 2017

DANA Engineering Sdn Bhd (DESB) merupakan pengedar dan rakan perkhidmatan enjin gas GE Jenbacher di Malaysia. Fasiliti kami menawarkan bahan api efisien dan mampu mengurangkan pengeluaran karbon. Aplikasi adalah termasuk penyatuan kuasa dan pemanasan (CHP) dengan menggunakan gas semulajadi, biogas, gas tanah timbus dan penjanaan kuasa dari gas kumbahan.

Fokus DESB adalah untuk memberikan pemasangan berkualiti, disertai dengan perkhidmatan selepas jualan yang bertanggungjawab dan boleh di harap. DESB mempunyai pasukan jualan, kejuruteraan, pengurusan projek dan GE berkelayakan dan bertauliah serta jurutera senggaraan terlatih yang di hantar ke Malaysia. Sebagai rakan saluran GE, kami berbudayakan integriti dan standard etika yang tinggi bagi mendukung imej GE.

Web : http://dancomair.com/

No. Model Diiktiraf : 2020

Dancomair Engineering Sdn Bhd (Dancomair) merupakan pengeluar tempatan dengan kebolehan teknikal dalaman dan kapasiti pengeluaran untuk rekaan, kejuruteraan, memasang siap, memasang, mengecat, menguji dan mentauliah set Penjana Biogas Cummins. Kami teah diiktiraf oleh Cummins Sales and Service untuk mengedar dan menjual set Penjana Biogas Cummins di Malaysia.

Adalah menjadi kepercayaan kami untuk menjaga pelanggan dan produk kami sepanjang kitaran hidup produk. Dancomair, dengan kerjasama Cummins Sales and Service di Malaysia, menyediakan selenggaraan kawalan dan pembetulan menerusi pasukan perkhidmatan selepas jualan kami yang lengkap dan terlatih sepenuhnya.

Kami mengambilalih bebanan pemilik enjin gas dalam memastikan pulangan pelaburan tidak lari daripada situasi yang tidak dijangkakan. Sebagai pembuat pakej penjana bahan api gas, kami menggunakan komponen tempatan sedia ada bagi mengekalkan tempoh operasi pengeluaran arus elektrik.

Kami memperkenalkan enjin MAN yang boleh dipercayai dan kebijaksanaan ekonomi Motortech bersama pasukan penyenggara dan pemasangan berdasarkan kepakaran kami selama 35 tahun, memberikan pengguna industri kecemerlangan perkhidmatan yang tidak berbelah bahagi dan tiada tolok bandingnya. Kami memberi jaminan kami sepenuhnya dengan penuh keyakinan.

No. Model Diiktiraf : 2017

Kumpulan Shengdong, diasaskan pada tahun 1978, merupakan pengeluar pembakar dalaman enjin gas yang terawal dan terbesar di China. Penjana biogas Shengdong (260KWe-1600KWe) telah digunakan di merata dunia dan di Malaysia, membekalkan tenaga lestari di ladang-ladang, buangan cairan minyak sawit dan projek-projek tanah timbus, dengan menjana kuasa elektrik yang diyakini untuk kegunaan sendiri atau untuk tarif galakan.

Dengan lebih daripada 50 unit Shengdong beroperasi dengan jayanya di Malaysia selama lebih daripada 8 tahun, Shengdong telah menjadi pilihan utama pemaju tenaga boleh baharu. Powertrade Energy Sdn Bhd, merupakan pengedar diiktiraf bagi enjin gas Shengdong di Malaysia, dengan kerjasama Shengdong, kami memberikan jaminan perkhidmatan, alat ganti dan komitmen penghantaran kepada anda.

Sime Darby Industrial Sdn. Bhd. (SDI) merupakan pengedar eksklusif enjin CATERPILLAR, penjana dan jentera berat di Malaysia. SDI memberikan perkhidmatan dalam pasaran penjanaan arus elektrik melalui enjin pembakaran dalaman yang menggunakan bahan api bersumberkan biogas, gas asli dan diesel.

SDI mempunyai rangkaian 23 cawangan di serata Malaysia dan Brunei serta memberikan perkhidmatan selepas jualan, alat ganti, pengawasan lapangan dan pentauliahan walaupun di kawasan paling ceruk di Malaysia. SDI menyimpan inventori alat ganti yang menyeluruh bagi membolehkan kami memenuhi kehendak pelanggan kami di serata wilayah. Program penyenggaraan holistic SDI adalah termasuk penawaran efektif perkhidmatan selepas jualan melalui Kontrak Penyenggaraan Pencegahan dan Perjanjian Perkhidmatan Pelanggan (CSA).

Web : http://www.spnergy.com/

Perincian Produk

No. Model Diiktiraf : 2018 | 2019

SP Energy Sdn Bhd (SPE) merupakan pembekal yang diiktiraf bagi genset MWM Gas dan Biogas di Malaysia. SPE telah memanfaatkan sekumpulan jurutera yang kompeten dan juruteknik perkhidmatan yang mampu melaksanakan rekaan, pemasangan, pengurusan projek dan pentauliahan genset gas/biogas.

Di antara tanggungjawab pembekal SPE termasuklah perkhidmatan selepas jualan termasuk bagi penjualan alat ganti MWM yang tulen, pegawai perkhidmatan terlatih dengan tahap kalayakan yang setara untuk menyelesaikan masalah secara analisis, penyenggaraan berkala hinggalah membaik pulih genset secara besar-besaran. Bagi penyenggaraan genset yang efektif, SPE menawarkan program penyenggaraan keseluruhan melalui Perjanjian Perkhidmatan Jangka Panjang (LTSA) untuk pelanggan kami.

WZSP bersama-sama rakan enjin kami, MAN Germany telah berjaya menamatkan pembuatan genset gas tempatan pertama di mana teknologi unit berkenaan serta lingkungan kendalian telah disampaikan sepenuhnya kepada jurutera serta juruteknik kami. Melalui peralihan teknologi, kami mampu melayani pengguna akhir dengan lebih baik kerana kos O&M akan menjadi semakin rendah, disertakan dengan kepakaran tempatan sedia ada, kami boleh menyelesaikan/mengendalikan sebarang isu yang mungkin akan timbul semasa pengoperasian genset.

Selain jenama MAN Germany boleh dipercayai dan dengan kebolehan teknikal WZSP, barisan pakej khas penjana baru boleh di tempah khas mengikut spesifikasi pelanggan akan menambahkan lagi keyakinan terhadap industri boleh baharu di Malaysia.